Monday 27 October 2008

Pemulihan Setelah Pembedahan

Assalamualaikum!

Oleh kerana hari ini cuti umum Deepavali, sekolah kamipun bercuti. Pelajar-pelajar berada dalam asrama mengulangkaji untuk peperiksaan mereka yang akan bermula pada 12 November ini. Nampaknya mereka sedang tekun mengulangkaji. Sejak Pak haji sakit ni, anak-anak tahfiz tidaklah menunjuk kenakalan mereka. Merekapun telah banyak melakukan solat hajat untuk Pak haji. Zed kata mereka berkelakuan baik dan mudah di kontrol.

Pagi ini dapatlah aku rehat sedikit kerana Kin dan Cik Su bertugas menjada Pak haji di hospital malam tadi hingga ke tengah hari ini. Mak teh akan mengambil alih tugas itu dari tengah hari hingga jam 10.00 malam. Shif tugas begini telah kami jalankan sejak Pak haji di masukkan ke wad selepas keluar dari ICU. Shif begini sesuai dengan aku yang tak tahan sejuk malam ( air-cond ) dan di pagi hari aku mengurus hal-hal sekolah.

Semalam Pak haji sudah boleh bangun berjalan perlahan-lahan dalam bilik ke tandas di temani ( tak boleh lepas sendirian bahaya takut jatuh ). Dia masih mengadu sakit kepala yang agak kuat ( di beri panadol ) Kata doc ini perkara biasa selepas operation. Sejak selepas pembedahan suhu badan menunjukkan dia demam sedikit, juga perkara biasa kata doc dan juga doc peribadi dari Jordan ( Dr Lia ). Alhamdulillah semalam lapuran medical Pak haji lebih baik, suhu badan sudah normal, tekanan darah bagus, hertbeat normal, gula dalam darah 9 dan oxygen dalam darah bagus! Gembiranya Dr Lia mendapat lapuran itu dari nurse pribadai Pak haji ( mak teh lah ). Yang masih ada ialah sakit kepalanya, aku suruh dia bersabar sajalah sambil beristighfar.

Ramai sahabat handai dan ibubapa pelajar telefon ingin melawat Pak haji. Aku berterima kasih kepada keprihatinan dan niat baik mereka,namun aku meminta mereka supaya datang menziarah apabila Pak haji kami bawa pulang ke rumah. Ada dua sebab kenapa aku meminta demikian, pertama kami takut jangkitan kuman kerana Pak haji masih lemah, kedua kerana Pak haji perlu rehat dan tirak sesuai menerima pelawat. Lagi beberapa hari dia boleh pulang dan barulah sesuai menerima pelawat. Aku harap kawan-kawan dan sahabat handai faham akan keadaan ini.

Pak haji amat bersyukur dan berterima kasih atas semua solat-solat hajat dan doa yang di lakukan oleh semua orang. Setiap kali aku memberi tahunya ada kumpulan itu atau ini yang telah melakukan solat hajat untuknya Pak haji akan menunjukkan wajah seperti hendak menangis kerana menahan sebak di dada dan kelihatan sebutir dua air mata keluar dari kelopak matanya! Ramainya orang yang prihatin dan mengasihi Pak haji ( dia tidak sangka ! )

Sekarang aku nak masak makanan pukul 10 untuk anak-anak tahfiz. Kemudian aku akan ke pasar basah, kemudian nak memberi kerja latihan untuk pelajar-pelajar ting 1 & 2. Selepas itu mak teh akan ke IJN menjaga Pak haji. Oh ya! IJN telah menjadi seperti rumah kedua kami. ( Kan beberapa bulan lalu mak teh masuk IJN dan 3 tahun lepas Pak haji juga telah masuk IJN ). Di sana aku ada ramai anak-anak angkat yang memperdulikan hal kami. Pertama ada Dayana , ketua nurse OT kawan Zed yang sangat mengambil berat hal Pak haji dari mula masuk hingga pembedahan hinggalah pemulihan. Kedua kami ada nurse Ju kawan Lia ( dulunya selalu melepak atau study dengan Lia kat rumah kami di Alor Setar) yang selalu menjenguk dan ambil tahu pemulihan Pak haji. Ketiga aku ada Syima ( front office )yang sentiasa menyambut kedatanganku dengan senyuman manis dan sapaan mesra. Keempat aku ada En Zan pegawai perhubungan yang sentiasa mendengar akan masaalahku apabila di IJN.

7 comments:

  1. Alhamdulillah good progress nampaknya dan Alhamdulillah juga setiap langkah Mak Teh sekeluarga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah...semoga kesihatan Makteh sekeluarga terpelihara..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.

    semoga mak teh dan pak Haji sentiasa kuat menghadapi ujian ini, dan pak haji kembali sihat sejahtera..insyaAllah bila kalian sudah dirumah dan ade masa kami berkunjung ke rumah Mak Teh.

    sama-sama kita doakan kesihatan org yg kita kasihi yer..amin.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ramai yang prihatin , berkat jasa baik Pak Haji dan Makteh selama ini .

    Harap Makteh pun jaga kesihatan juga.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah, semoga Pak Haji akan pulih secepat mungkin. Kagum dengan ketabahan Mak Teh menghadapi semua cabaran ini.

    ReplyDelete
  6. Hello Mak Teh, happened to check for something in an old posting noticed your visit.
    How are you?
    Hope this finds you well.
    Best regards, Lee.

    ReplyDelete
  7. My salam to all. Thank you all of you who had left comments and had extended the doas for pak haji's health and for our family's well-being. Thanks a million!

    ReplyDelete