Saturday 31 January 2009

Asrama Banat Perlu Tambah

Assalamualaikum!

Asrama banat (perempuan) perlu di tambah (diperluaskan) dengan segera! Itulah yang kami( Pak haji, mak teh dan Zed) rumuskan, kerana minggu lepas kami masih menerima permohonan untuk masuk ke sekolah kami. Asrama yang dimaksudkan buat masa ini ialah sebahgian dari rumahku. Ada 1 bilik besar menempatkan 6 katil double-dekker untuk 12 orang dan 1 bilik sederhana, menepatkan 2 katil double-dekker untuk 4 orang. 16 orang pelajar perempuan sedang mendiami asrama yang merupakan sebahagian (sebelah) dari rumahku. Diantara pelajar itu termasuk cik Su, anak bungsuku dan Ilai, penghuni asrama yang termuda ( murid darjah 2 )

Esok ada seorang pelajar perempuan akan datang untuk temuduga. Sekiranya kami menerima dia, maka Cik Su atau Ilai terpaksa keluar asrama, maksudku mereka akan aku bawa tidur kebilik atas yang merupakan bahagian rumah yang dihuni keluargaku. Cik Su sudah menyatakan keengganannya berbuat demikian. Dia tidak mahu diasingkan dari kawan-kawannya. Kasihan pula aku pada Ilai kalau aku renggangkannya dari kakak-kakaknya itu. Jadi terpaksalah kami rennovate bahagian store untuk jadi asrama. Bapa Ilai ( seorang kontraktor ) telah bersetuju untuk memulakan kerja rennovation awal bulan mac nanti. Jadi untuk sementara waktu kami akan tambahkan sebuah katil double-dekker dalam bilik 2 tadi. Kesian anak-anak tahfizku terpaksa berhimpit sedikit. Namun kami bahagia melihat mereka sihat dan ceria belajar bersungguh-sungguh setiap hari.

1 comment:

  1. kesian diorang terpaksa bersempit2..
    tapi ada hikmahnya jugak. At least mereka tahu susah payahnya nak menuntut ilmu.
    berbaloi mak ayah mereka hantar mereka kesitu.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete