Salam Semua !
Suasana sekeliling terasa sunyi luar biasa. Rumahku yang selalunya penuh dengan penghuni, penuh dengan aktiviti, riuh rendah suara anak-anak Tahfiz mengaji, kini sepi sekali. Rumah jiran sekelilingpun sunyi kerana kebanyakan mereka sudah pergi bercuti.
Dua hari cuti berlalu, terasalah badan rehat sedikit. Apakah aktiviti yang aku akan lakukan ? Mula-mula dah rancang nak pergi bercuti esok. Sudah buat booking dan dapat bilek penginapan di Kuala Trengganu. Pagi tadi kami ambil keputusan batalkan dahulu percutian ke Pantai Timur kerana beberapa perkara. Di antara sebab yang utama ialah pekerja-pekerja masih belum habis membuat kerja-kerja rennovation. Bagaimana kami nak tinggalkan rumah ?
Kawasan yang dibena khas untuk laundry telah siap. Esok Pak haji berjanji hendak pergi berjumpa manager syarikat pengeluar mesin basuh komersial yang kami ingin beli itu. Kami nak putuskan harga mesin itu dan nak buat tempahan. Syarikat itu telah beri sebutharga satu pakej sekali dengan mesin penggering. Rasanya kami tak mampu untuk membeli sebagai satu pakej yang telah di tawarkan itu. Sekarang target kami cuma nak beli sebuah mesin pencuci kain dahulu. Jadi kenalah pergi runding harga baru untuk mesin pencuci sahaja. Mesin penggering itu kami tangguhkan pembeliannya.
Dapur kamipun tidak berasap sangat. Kami tidak lagi masak makanan rehat jam 10.30. Persediaan untuk makan tengah hari dan makan malamp kamipun ala kadar sahaja. Maka dapatlah pembantu yang masih setia denganku itu rileks sedikit. Bolehlah dia melakukan kerja kemas-kemas rumah yang sememangnya di abaikan sewaktu kami terlalu sibuk serta tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi.
Sekian dulu cerita untuk hari ini.
Sekuntum bunga ros dari taman Pak haji untuk peminat blog mak teh
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Mak Teh nak bercuti ke pantai timur? bestnya.. boleh lah Mak Teh borong keghepok lekor.. :)
ReplyDeletecantik mawar tu.. segar mata neeza memandangnya :)
Neeza,
ReplyDeleteInsya-allah akan pergi setelah kerja-kerja disini selesai. Selain bercuti ke Kedah, Pantai Timur menjadi pilihan kami.
Ya, selalunye mak teh borong keghopok lekor samapi Rm 50.00. Faveret mak teh juga nasi daghe, nasi keghabu dan nasi berlauk. Hehehe
Salam..
ReplyDeleteDah biasa riuh rendah dgn kanak2... memang terasa sgt sepi nya...
Saya pun gemar bunga mawar... tapi bila tanam tak pernah hidup lama.. masa beli subur jer... tapi 2 minggu lepas tu.. hidup segan... mati tak mau... hihihi..
Selamat bercuti... hati2 di jalan raya..
Umie Kak Yong,
ReplyDeleteBetul Umie, apabila mereka semua tak ada kami dapatlah rehat sikit tapi rumah kami jadi sepi.
Menanam pokok-pokok tak kira apa jenisnya adalah hobi Pak haji. Jarang dia membeli benih malainkan di buatnya sendiri.
Pokok bunga ros ini dia dapat benih dari masjid sungai petani beberapa tahun dahulu ( dia minta ranting dari penjaga masjid itu ). Kalau Umie suka tanam pokok bolehlah minta benih dari Pak haji.