Assalamualaikum! Cuaca nampak gelap seperti nak hujan. Aku tidak aktif hari ini, hanya bersantai di rumah. Rumahku sunyi sebab anak-anak tahfiz pulang bercuti sejak hari Jumaat lepas.Bagus juga begini kerana fikiranku mula ditumpukan kepada buku baru yang Zai ( seorang kawan editor publisher yang telah keluarkan bukuku dahulu )minta aku tuliskan. Semua benda nak tulis sudah lama ada dalam kepala. Masaalanya aku nak tulis dalam bentuk apa ya? Zai minta aku tuliskan pengalamanku mendidik dan membesarkan 9 orang anak. Katanya buku macamtu akan memberi panduan kepada ibu-ibu muda.
Betul juga kata Zai tu. Ramai ibu-ibu telah bertanyakan aku bagaimana dalam kesibukan berkarier aku dan suami dapat mendidik dan membesarkan anak-anak yang 9 orang itu. Dari sudut mana ye aku nak mulakan? Kesihatan dan pemakanan mereka, pendidikan ilmu dunia dan akhirat, tertib dan adab sopan, atau penekanan disiplin? Sebenarnya bila difikirkan semuanya ada hubungkaitnya, mendidik dan membesarkan anak-anak merangkumi kesemua itu.
Seperti yang mungkin anda pernah dengar, mendidik anak bermula dari dalam perut. Apa yang telah aku lakukan semasa mengandung? Pertama aku buat appoinment untuk mendapatkan khidmat Doktor Pakar Bidan (Gynie) yang terbaik pada waktu itu. Aku jaga kesihatan dengan makan makanan yang baik-baik termasuk segala vitamin dan zat galian yang di beri doktor. Aku jaga makan benda-benda yang aku pasti halal sahaja, sehingga kalau nak rasa buah yang akan ku beli aku akan minta izin dari penjualnya terlebih dahula. Benda-benda yang mungkin memudaratkan kandungan juga aku tidak akan makan.Aku juga akan jaga tingkah laku dan perkataan, takut terkenan pada kandungan. Sekiranya ternampak insan-insan yang cacat aku akan beristighfar dan mengalihkan pandangan kelain tempat kerana takut terkenan pada baby. Untuk menjaga keselamatan kandungan, aku tidak di benarkan mengangkat barang-barang berat. Semua pekerjaan rumah mesti di buat dengan duduk bertimpuh elok-elok. Selain dari itu ibadah sangat di beratkan dan bila ada kesempatan aku membaca Al-Quran, terutama surah-surah yang di sarankan ibu-ibu mengandung membacanya ( Surah Maryam, Surah Annisa', Surah Yusuf, Surah Luqman )
Sekian dulu, dah azan Asr. Insyaallah akan ku sambungkan esok.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Assalamu'alaikum Mak Teh, welcome back! lama betul tak dapat baca cerita Mak Teh di sini...
ReplyDeleteSemoga kemunculan Mak Teh dapat mengubat rindu rakan bloggerse sekelian untuk mendengar celoteh Mak Teh di alam maya ini...
Salam Nurazzah! Terima kasih menyambut kemunculan semula mak teh ke dunia blogging ini. Terlalu lama mak teh menyepi hingga terasa gayat nak masuk kesini.
ReplyDeleteInsyaallah setelah mula langkah kesini Nurazzah akan selalu bertemu mak teh disini.Btw nak ke Jordankah kita nanti?