Assalamualikum! Sekarang mak teh ada idea nak blogkan resepi-resepi warisan Tok nenek supaya anak cucu mak teh nanti tahulah apa yang tok nenek depa makan. Kalau depa ingin nak makan nanti bolehlah mereka buat sendiri. Ada banyak resepi dalam kepalaku, dari yang mudah hingga yang rumit untuk menyediakannya. Kawan-kawan bloggers pun kalau rasa ada berminat bolehlah ikut siri resepi dalam blog ini.
Eloklah kita mula dengan yang mudah-mudah kemudian kita akan meningkat kepada yang lebih rumit untuk menyediakannya. Mak teh rasa nak tulis pasal salad yang mudah tetapi enak dan berkhasiat. Nama dia Salad sambal kelapa bungkus.
Bahan-bahannya:
2 pokok daun salad ( ada 10 helai daun )
2 -3 biji chili merah
1 biji timun
1/2 biji kelapa parut
4 sudu udang kering
3 biji telur ( di rebus dan di hiris nipis )
1/4 sudu teh garam
Cara Buatnya :
Basuh daun salad tiap helai hingga bersih, buang bahagian tangkai. Tumbuk chili merah( gunakan lesung batu ) . Masukkan udang kering ( dah basuh ) dan tumbuk sekali dengan chili. Kemudian masukkan kelapa parut ( yang lembut) dan sedikit garam, tumbuk sekali hingga semua bahan tadi sebati dan halus ( tidak terlalu lumat )
Letakkan daun sehelai daun salad atas pinggan. Ambil 1 hiris timun letak atas daun salad. Atasnya letakkan 1 sudu adunan yang di tumbuk tadi, atas adunan itu letak sekeping telur rebus. Kemudian bungkus bahan-bahan itu di dalam daun salad.
Selepas itu boleh hidang dan terus makan.
Nota:
Salad ini elok di hidangkan makan tengah hari atau makan malam di hidangkan bersama ayam goreng dan gulai darca. Hehehe selamat mencuba.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
6 years ago