Assalamualaikum!Hari sabtu lepas saya, Pak haji dan 3 orang anak kami telah pulang ke Kedah sebab bonda sakit dan telah dimasukkan ke hospital KMC. Beliau sekarang berumur 82 tahun dan telah banyak berbakti kepada kami dan masyarakat. Semua anak-anak menantunya dan cucu-cucu bersama pasangan mereka serta anak-anak mereka pulang untuk menziarahi bonda. Bonda telah dikurniakan 9 orang anak, 8 orang menantu, 46 orang cucu dan 10 orang cicit.
Keaadaan kesihatan bonda agak meleset membuat kami anak-anaknya sedih melihat keaadaan nya yang tidak boleh makan dan setiap menelan apa-apa jua akan mengadu kesakitan. Setelah doktor membuat 'endoscopy' didapati beliau mengalami ulcer yang serius di bahagian aesophagus dan upper stomach. Sekarang doktor sedang merawat penyakit itu. Mulanya beliau dimasukkan ke hospital itu adalah kerana patah tangan sebab terjatuh.( Kisah beliau jatuh patah tangan tu cerita lain dan panjang pulak ceritanya)
Kini lain pula penyakit yang menyakitkannya. Bonda memang sentiasa dirawat oleh doktor pakar jantung di KMC kerana penyakit jantungnya yang telah lama di alami sejak beberapa tahun yang lalu. Pada masa ini 3 orang pakar merawat beliau, pakar jantung, pakar tulang dan pakar sistem gastro? (saya tak pasti gelarannya)
Oleh kerana hari kedua saya disana keadaan bonda kelihatan teruk saya telah SMS semua ahli keluarga dan sahabat beliau mengenai keadaannya. Maka berikutan tersebar berita itu, ramailah sanak saudara terutama sepupu beliau (ada yang dia tak pernah jumpa bertahun-tahun oleh kerana mereka telah manjadi orang-orang yang tersohor dan sibuk dengan tugas masing-masing ) pulang menziarahnya. Keadaan tersebut menceriakan bonda dan membuat tahap kesihatannya bertambah baik. Alhamdulillah, pada hari berikutnya, nampak beliau segar sedikit. Melihat perubahan itu saya minta diri dari bonda untuk balik ke Shah Alam.
Kami sampai di Shah Alam jam 12 malam. Keesokannya (semalam) saya dan Pak haji terus menjalankan tugas kami yang di pikul oleh anak kami Ally semasa ketiadaan kami. Oleh kerana terlalu keletihan semalam saya tidak dapat menulis blog atau menjawab komen.
Ter1ma kasih kepada anda semua yang berdoa untuk kesejahteraan bonda. Semoga bonda akan terus sihat dan Allah SWT panjangkan umur beliau dalam kesejahteraan. Ameen!
Kepada sepupu beliau yang belum pulang menziarahinya eloklah berbuat demikian kerana pada pendapat saya lebih elok ziarah seseorang itu semasa beliau masih ada di bumi ini dari menziarahinya semasa beliau sudah tiada. Oleh kerana bonda anak tunggal sejak dahulu lagi beliau telah menganggap sepupu-sepupunya yang ramai itu sebagai adik-adik kandungnya. Selalu beliau menyebut nama-nama anda semua. Wassallam !
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
selalunya macam tu lah Mak Teh, kalau sakit kita pasti nak tengok sanak saudara datang melawat especially yang dah lama kita tak jumpa - kalau dapat jumpa lifting the spirit and emotion orang kata kan?
ReplyDeletemudah2an bonda mak teh diberi Allah keringanan mengatasi keuzuran yang di alami sekarang.
OO, betul rupanya apabila orang datang ziarah terutama orang yang pesakit rindukan maka sedikit sebanyak dapat mengubati penyakit.
ReplyDeleteInsya-Allah penyakit ibu saya akan beransur pulih.
Semoga bonda Mak Teh segera sembuh bila dapat jumpa orang-orang yang dia teringin melawat tu... dia rindu agaknya.. Masa sihat, susah orang nak datang. Masa sakit aje lah di harapkan orang datang kan..
ReplyDeleteSemoga kita esok tak lah macam tu kan Mak Teh. Biarlah kita ingat orang tua tak kira lah orang tua kita sihat ataupun sakit... Insyaallah...
Neeza, thank you for the doa. Selalunya orang tua, sanak saudara ( not immediate family )datang tengok bila dah tak ada. Kalau datang ziarah waktu dia masih ada bukan kah lebih bagus?
ReplyDeletePak haji berpendapat kalau waktu hidup tak ziarah adik-beradik kalau kita dah tak ade orang tu tak payah ziarahlah! ( terukkan Pak haji ni! )