Assalamualaikum! Semalam kami bawa pelajar-pelajar kami ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 08 bertempat di PWTC. Kami telah lepas mereka disitu dari jam 10.00 am hingga jam 3.00 pm dengan berbekalkan sandwich dan air minuman. Seronoklah anak-anak tu meronda setiap ceruk ruang pameran di PWTC tu. Pada jam 12.30 mereka berkumpul semula di tempat letak kereta untuk menunggu bas datang semula untuk mengambil makanan tengah hari. Kami telah sediakan sepeket nasi goreng bersama minuman serta snack. Setelah makan mereka pergi mencari surau untuk bersolat. Jam 3.00 petang kami bersedia untuk pulang. Kelihatan pelajar-pelajar mengendong buku-buku yang dibeli dengan terlukis kepuasan di wajah mereka. Begitulah setiap tahun kami akan bawa ana-anak tahfiz kami ke Pesta Buku tersebut.
Hari ini sekolah kami akan mendapat seorang tenaga pengajar baru. Alhamdulillah ada juga hamba Allah yang suka datang nak membantu sekolah ini. Individu ini mempunyai niat yang murni ia itu hendak berkhidmat kerja ke jalan Allah. Nanti mak teh akan ke sekolah untuk menyambut kedatangan beliau. Beliau akan mengajar mata pelajaran maths, science, kemahiran hidup and also will be assigned as Students Welfare Officer.
Besok hari Isnin warga MTAQSA akan mula berpuas sunat. Puasa sunat elok dilakukan untuk membersihkan jiwa kita dan untuk melatihkan anak-anak tahfiz kami suka dan sabar melakukan ibadah-ibadah sunat. Puasa sunat disaran di lakukan pada hari Isnin dan Khamis, tetapi kami hanya benar dilakukan hari Isnin sebab pada hari khamis ada aktiviti kawad. Pernah mereka telah berpuasa di suatu hari Khamis, kesian tengok anak-anak kami di sergah oleh komander (ex- military ), " Kenapa lembik sangat! Awak tak makan nasi kah?". "Tak! kami berpuasa." jawab mereka beramai-ramai. Terdiam Komander.
Selepas itu kami tak galakkan pelajar-pelajar kami berpuasa di hari Khamis lagi. Nak ditukarkan hari kawad ke hari lain tidak ada masa yang sesuai. Kalau nak tengok pelajar-pelajar kami berkawad datanglah pada petang hari Khamis jam 5.30 petang di padang sekolah. Bersemangat, smart beruniform, cantiik!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
bertuah anak2 yang dapat bersekolah di situ mak teh...
ReplyDeleteElisa ucapkan Tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada cikgu baru Mak Teh :)
ReplyDeletekesiannya kena sergah dengan komander. Jangan kata anak2, orang tua pun letih kalau kena berkawad semasa puasa walaupun kita tak boleh jadikan ianya alasan. Tapi, anak2 yang kecil tu, dah tentunya penat...
ReplyDeleteMak Teh, macam mana nak bagi anak2 rajin berpuasa? Neeza latih anak2 neeza tapi bila pergi sekolah, tengok kawan tak puasa, dia pun tak nak puasa sama...
Elisa senyum macam tau je siapa guru baru itu! hehehe.
ReplyDeleteThank you mak lang! We are trying to make the best school dalam aliran ini insya-Allah. Kan Cik Su, anak bongsu mak teh pun ada disekolah ini.
ReplyDeleteNeeza, selamat kembali dari melakukan Umrah. Best kan!
ReplyDeleteMak teh memang kesian bila mereka berpuasa terutama yang saiz cili padi tu. Tetapi kalau kita tak organizekan puasa nipun mereka akan melakukannya sendiri.
Pesta buku... dah bertahun tak berkesempatan nak ke sana.. sure seronok budak-budak tu dapat beli buku yang banyak di sana...
ReplyDeleteBagus di ajar puasa agar kuat spiritual mereka.. sekolah anak saya di al amin pun amalkan puasa sunat juga pada pelajarnya.
saya ni dah 2 minggu nak start puasa sunat masih belum mula pun! asyik tak jadi je! *malu dgn anak2 Mak Teh ni*
ReplyDeletesarina, mai lah KL masih ada Pesta Buku hingga 14 april kalau tak silap. Memang seronok pesta buku ni boleh jumpa publisher dan kalau anda kaki menulis bolehlah offer karya anda untuk di keluarkan.
ReplyDeleteOO, puasa sunat sorang-sorang memang susah sikit. Kalau macam kami ramai-ramai seronok je. Mailah join sekali niat je kemudian datang join kami berbuka. Hehehe!
ReplyDelete