Assalamualaikum! Ini kisah makanan lagi. Pada zaman aku kanak-kanak, tiap pagi ibu akan bangun awal untuk sediakan sarapan pagi. Masa itu tidak ada orang jual makanan untuk sarapan di kampung kami dan kami juga sukar mendapat bekalan roti ( bread ). Jadi ibu akan sedia pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi dari menu yang susah di buat hinggalah kepada yang amat mudah tergantung pada bahan yang ada pada hari itu.
Apabila ibu dapati didapurnya tiada bahan lain, hanya tepung gandum, ibu akan buat roti miskin. Nama ini aku yang berikan sebab aku rasa dah tak adakah bahan makanan lain untuk menu yang lebih baik. Makanan ini terlalu simple, pendek kata tak mengancam lah makanan ini ( pada fikiranku pada masa itu ianya sesuai untuk orang miskin ). Tetapi apabila ibu masakan roti ini habis juga kami makan. Kalau hari cuti sekolah akupun boleh membuatnya. Inilah menu yang paling simple dan mudah di sediakan.
Bahan-bahannya:
1/2 kg tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1/2 biji kelapa di parut( ambil yang isinya masih lembut dari pokok tepi rumah )
1/2 cawan minyak masak
1 mangkuk air
Cara Buatnya:
Masukkan tepung dalam bekas, kemudian massukkan kelapa yang telah diparut. Gaulkan hingga rata. Kemudian masukkan garam kedalam air, larutkan. Tuang air kedalam makngkuk tepung tadi sedikit demi sedikit sambil gaulkan adunan itu sehingga adunan lembut.
Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak di dalam kuali, ratakan. Kemudian masukkan sesenduk adunan kedalam kuali dan ratakan supaya keping tepung itu tidak tebal agak 1-2 cm. Masak dengan api kecil/sedang sehingga kuning, kemudian alih sebelah lagi masak hingga kuning. Angkat dan hidangkan.
Nota:
Makanan ini sedap dimakan panas-panas bersama gula atau kari semalam yang telah di panaskan atau sambal tumis ikan bilis. Hehehe cubalah!
Oleh kerana keluarga kami pada masa itu ada 12 orang ibu terpaksa sediakan 12 keping roti ini, lebarnya sebiji pinggan makan sedang dan menngunakan 1 kilo tepung dan sebiji kelapa. Ianya boleh mengenyangkan anda sehingga tengah hari.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
This is one of the most simple recipes! Memang boleh sangat nak buat - cuma kalau kat bandar ni instead of kelapa parut isi lembut, pakai kelapa parut biasa jer lah...
ReplyDeletecicah kual dal sedap tak agaknya?
Mak Teh panggil roti miskin ye. Kat kuantan, nama dia lempeng.. mahal ni.. ada yang jual dekat RM2 sekeping.. sedap kan.. memang neeza suka. lagi pulak kalau kelapa tu yang muda lagi.. yuummmyyyy... sedapnyaaa...
ReplyDeleteMak Teh, kalau kat Johor kita orang panggil lempeng kelapa. Memang best kalau makan panas-panas dengan sambal tumis ikan bilis. Teringat pulak lempeng yang mak kita buat dulu. Buat kita nostalgialah Mak Teh.
ReplyDeleteSaya pun panggil lempeng kelapa... Mengidam balik dibuatnya..
ReplyDeleteOO, kalau beli kelapa parut yang di pasar tu mintalah yang putih dan lembut baru sedap. Kerana mudah bolehlah ajar anak-anak menyediakan makanan ini.
ReplyDeleteNeeza, betul orang panggil dia lempeng kelapa. Mak tehlah kecik dulu suka protes, so pamggil dia roti miskin. Hehehe.
ReplyDeleteMazz, yelah bila kita cakap kisah zaman kanak-kanak ni memang nostalgia!
ReplyDeleteMamamia, hehehe, mengidam tu maknanya ada isi. Sorang lagi on the way kah?
ReplyDeleteooohhh elisa suka lempeng nyior!! Makan dengan kari semalam.. memang sedaappppp
ReplyDelete*droool*
hm.. boleh lah try ni ;)