Assalamualaikum!
Untuk anak-anak yang di kasihi sekelian, mak teh ingin memberikan beberapa doa untuk amalan seharian. Amalkan sedikit-sedikit lama-lama akan jadi amalan harian anda.
1) Apabila nak tinggalkan rumah bacalah surah Al-ikhlas, seeloknya jangan berpatah balik atau pandang balik kerana kita sudah meninggalkan rumah kita dengan yakin ianya didalam jagaan Allah SWT.
2) Apabila hendak mengidupkan enjin kereta bacalah Bismillahirrohmaanirrahiim.
3) Apabila kenderaan dah berjalan bacalah, " Subhanalladzisakhorolana haazaa wamakunna lahu mukhrineen. Wainnailarobbina lamunngkholibuun."
4) Apabila nak keluar dari kereta, nak masuk pasar ke nak shopping ke bacalah " Laailaaha illallahu wahdahuu laa syariikalah. Lahulmulku walahulhamdu yuhyii wayummi tu wahuwa 'alaa kullisyai innkhodiir." Akan di pelihara Allah SWT dari segala perkara yang buruk, seperti kena tipu, beli barang ikut nafsu, silap membeli barang dan sebagainya.
5) Apabila nak berjumpa dengan orang, nak temuduga, nak beri ucapan dan sebagainya, bacalah, " Robbisyrohlii sodrii wayassirlii amrii wahlul ukhdatanmillisaani , yafkhohu khaulii." Akan dipelihar Allah lidah kita berkata yang benar dan yang baik-baik sahaja dan orang mudah memahami maksud perkara yang kita nak sampaikan itu.
6) Apabila memulakan perjalanan atau nak keluar rumah bacalah, " Bismillahi tawakkaltu 'allahu wala khaula wala khuwataillah billahil 'aalii yil 'azeem " Akan dilindungi dari gangguan syaitan dan perkara-perkara yang buruk.
7) Apabila nak berjalan jauh atau bermusafir bacalah " Bismillahi majreha wamursaaha inna robbi laghofururrohiim ." Akan dipelihara Allah dari segala kejadian yang tak diingini.
8) Apabila bertemu sahabat atau saudarara muslim kita bersalam, jabat tangan atau peluk cium bacalah solawat atas Nabi Muhammad SAW, " Allahumma solli 'aala saiyiidinna Muhammad wa'alaa aalisaiyidina Muhammad. " Akan mendapat pahala solawat dan diperkukuhkan hubungan sesama saudara islam itu.
Elok juga tahu makna doa ni sekali apabila mengamal bacaannya.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Thank you Mak Teh,
ReplyDeleteDo'a naik kenderaan tu insyaAllah anak2 selalu ingatkan - hehehehe, yang kecik2 tu biasanya baca so we are reminded by them.
Surah al-Ikhlas tu nak kena amal, so far tak pernah buat just amalkan do'a keluar rumah yang begini:
Bismillahi tawakkal tu 'alallah
Allahomma inni 'auzubika an udhilla au udhalla; au azilla au uzalla, au adzlima au udzlama, au ajhala au yujhila 'alayya.
makna:
Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah.
Ya Allah! Aku berlindung dengan Engkau dari kesesatan atau disesatkan orang, dari tergelincir atau digelincirkan orang, dari menganiaya atau dianiaya orang, dari kebodohanku sendiri atau dibodohi orang.
Do'a ini terkandung di dalam satu buku do'a yang saya perolehi sebagai hadiah semasa Darjah 6 dan sejak tinggal diasrama semasa 13 tahun, saya cuba sentiasa amalkan.
Alhamdulillah, so far memang banyak incidents yang tidak di ingini dilindungi Alllah buat saya. Syukur banyak-banyak.
Insya-Allah boleh tambah sikit-sikit amalan do'a harian ni. TQ again.
Doa OO tu bagus lagi pnajang dan complete. Mak teh cuba beri ynag senan-senang dulu. Takut ada yang tak boleh ikut.
ReplyDeleteInsya-Allah mak teh akan tambah lagi. Tq.
mak teh oi, tulih lah makna doa doa tu kat sini.. hehehe..mengada ngadakan saya nih..hehe
ReplyDeleteAdik Jin oi, nanti mak teh tulis buku teruslah amalan dan doa-doa ini bersama maknanya sekali. Bolehlah adik jin amalkan hari-hari. Insya-Allah.
ReplyDeleteSalam..Mak Teh, InsyaAllah doa-doa ini sentiasa akan saya amalkan.. Semoga hidup kita sentiasa diberkati dan tidak mendapat kecelakaan. Terima kasih di atas kiriman doa-doa tersebut!!!
ReplyDeleteMr janggeltrekker, Alhamdulillah kalau anda amalkannya mak tehpun tumpang dapat pahala.
ReplyDeleteDalam hidup ini kita sama-sama ingat-mengingati.
Terima Kasih Mak Teh....
ReplyDelete