Assalamualaikum! Maaf, mak teh lambat update sebab banyak perkara kena buat dan perkara yang berlaku. Selepas entry mak teh pasal kekurangan beras haritu, kami telah mendapat 5 peket beras yang dihantar oleh seorang Hamba Allah yang tak mahu beritahu siapa dia. Tapi mak teh dapat teka siapa dia tu dari keterangan yang diberi oleh anak mak teh. Hari berikutnya, kami dapat lagi 3 peket beras yang kami langsung tidak ada idea siapa yang memberinya kerana Hamba Allah itu hantar ke asrama semasa semua orang berada di sekolah. Kemudian pada hari Ahad, ada lagi rezeki kami, melalui Blogger OO ada orang kirimkan rm 300 sebagai derma untuk beli beras. Alhamdulillah dapatlah mak teh beli beras dan stok beras kami bertambah lagi 11 peket. Terima kasih kami ucapkan kepada Hamba -hamba Allah yang prihatin dan pemurah ini. Allah SWT sahaja yang dapat memberi balasan yang di janjikanNYA kepada mereka.
Semalam mak teh pergi sendiri beli barang-barang di kedai borong kat kelang tu. Punyalah bertambun bekalan beras semua jenama ada tetapi harga tiap peket 10 kg dah naik rm 10. umpamanya beras jenama merbuk dulu rm 17 sekarang rm 27, jenama jasmine dulu rm 18 sekarang 28. Eeee! Geramnye mak teh, so mak teh kata kepada tauke Si Che tu,
" Eh, bukankah hargnya naik ke rm 25 saje!? "
" Siapa kata! " jawabnya dengan nada sombong.
" Saya lah tanya, sebab dengar berita kata boleh naik rm 6- rm 8 sahaja " kata mak teh.
" Boleh naik rm 10 beras jenis 5 %, itulah beras jenis 5% lah! " kata tauke Si Che itu. ( Maksud dia beras gred bagus yang beras hancurnya 5% sahaja ).
" Inipun akan naik lagi tau !" sambung Si Che itu.
" Ni kau yang buat untung ke supplier."
" Ni barang wa sudah bayar wang nye dulu. " Sahih dia lah yang telah sorok barang-barang tu dan dialah yang sedang membuat keuntungan yang berlipat ganda!
Lepas tu mak tehpun diam. Pergi tanya kedai lainpun macam tu juga harga dan lain barang naik melambung terutama yang ada kaitan denga beras! Lepas tu mak tehpun balik rumah dengan suhu badan yang panas dan bp yang naik tinggi. Perasaan kesal menyelinap kedalam hati mak teh dengan apa yang sedang berlaku dalam negara kita ini. " Itulah kalau Pemerintah tidak tegas, orang-orang yang tidak bertanggung jawab berani berbuat sesuka hati" fikir mak teh.
Al-kisah di zaman Khalifah Omar Ibni Abdul Aziz, seorang Khalifah yang sangat tegas, jujur dan amanah dalam pemerintahannya, dikatakan sang serigalapun tidak mencuri makan kambing-kambing pengembala. Dalam kes negara kita sekarang ini bukan saja segala serigala di hutan belantara dan bandar mencuri untuk makan kenyang, orang-orang khalifahpun turut mencuri makan kambing-kambing raayat! Andar fikirkanlah!Wallahu'alam!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Eiiii geramnya rasa dengan tauke tu Mak Teh!
ReplyDeletebukan main sombong lagi dia tu! Bila dah jadi macam ni saya teringat kata-kata dr. zainol yang jual ayam organik tu, kata dia inilah sebabnya orang2 islam perlu join bidang bisnes ni supaya kita ada jalinan ekonomi kita sendiri, kita jual dan orang kita jugak yang beli - bila ekonomi Muslims ni mantap orang tak berani buat sesuka hati.
Masalahnya kita ni nama jer negara Islam, tapi makanan yang halal wa thoyyib susah nak dapat.
Meh, meh Mak Teh kita bukak food bisnes nak?
Khalifah dulu2 jubah pun satu jer ada, sepatutnya di negara kita yang supposed to be kaya dengan segala macam resources ni tak ada masalah macam ni, orang miskin melarat, tak cukup makan dsbnya.
Seorang ustaz ada mengatakan, kekurangan makanan asas ni sort of peringatan pada kita - banyak sangat gejala rasuah berleluasa serta kemungkaran2 lain. Tengok saja kat TV tu, orang lain berlumba nak jadi saintis, anak2 orang islam berlumba nak jadi penyanyi dan pelakon!
OO, dah lama mak teh nak buat bisnes jenis makanan ni, tapi belum lagi tercapai. Masa mak teh balek kedah dulu berpuluh relung bendang orang nak jual kat mak teh, tapi tak jadi belipun. Sekarang ada sikit menyesallah. Namun dalam hati masih ingat rezeki di tangan Allah.
ReplyDeleteMasih belum terlambat sesiapa yang ingin join Food Supply kita bolehlah. Kita buat E- PASARAYA. Barang akan dihantar ke rumahnya. Harga sudah tentu sama Giant or lebih murah. Barang dijamin halal dan berkualiti.Hehehe, kita boleh mula sekarang! Apa macam ?
Dalam kata kena jimat-jimat sebab beras naik harga, rupanya tokeh kedai jugak yang kaut untung lebih,memang dasar peniaga tak beretika.
ReplyDeleteSemoga urusan perjalanan sekolah makteh tidak terjejas dengan kenaikan harga makanan ruji ni.
Kalau makteh dan OO buka online kedai, I InsyaAllah akan beli.
salam mak teh
ReplyDeletekalau mak teh n kak oo nak buat bisnez makanan ni , pB pun nak join samalah ....
syukur sebab ada yang bermurah hati menderma ...
moga segala urusan sekolah mak teh akan terus berjalan dengan lancar walaupun timbul masalah kenaikan harga nie ...
alams Mak Teh.. Bile saya baca post Makteh ni saya pun rasa geram gak..Ish..Manusia sekarang ni lebih takut dengan manusia...bukan dengan Allah lagi!...
ReplyDeleteSarina, Alhamdulillah dengan adanya Hamba-hamba Allah yang membantu dapatlah sekolah kami beroperasi seperti biasa.
ReplyDeleteThank you we will count you as a supporter or member. Kalau groceries tu tak dapatlah nak hantar sampai sana. Hehe!
Salam Pb, Insya-Allah satu hari nanti akan ada kedai on-line kita. Pb pun boleh jadi member. Nak barang-barang murah tak yah pergi berasak-asak dengan orang ramai.
ReplyDeleteUntuk pengetahuan Pb tahun depan kami akan buka Sekolah Rendah Tahfiz Intergrasi bermula dengan pengambilah untuk darjah 1, 2 & 3.
Salam Mr janggeltrekker, Manusia memang tamak melainkan orang-orang yang bertakwa. Kalau kafirun tu lagilah, apa dia nak peduli dapat kaut untung dia kautlah semuanya.
ReplyDeletesalam mak teh. pertama sekali, neeza minta maaf sebab tak dapat pergi jumpa mak teh. pergi jumpa kak pb pun sebab kebetulan, adik neeza ada kat tempat yang neeza jumpa kak pb tu. Memang schedule pack masa di area Banting tu. Bila balik kemaman, free sikit tapi masih tak leh jalan jauh. Tu yang dapat pergi rumah kak Rina dan Mak Lang aje.
ReplyDeleteInsyaallah, balik lagi sekali, neeza cuba untuk jenguk mak teh.
Bercakap tentang harga beras di malaysia, neeza heran jugak. negara kita ada jugak keluarkan beras tapi harga boleh naik sama dengan harga beras di saudi yang penuh dengan padang pasir ni. kalau iye pun naik, takkan lah sampai 3 kali ganda kan...
Tapi kan, bagi orang yang menuntut di jalan Allah, pasti ada rezeki untuk anak-anak tahfiz mak tu... Insyaallah...