Assalamualaikum! Susah rasanya nak buat entry kali ini. The last entry was 11 days ago. That was in the morning and then on the same day at about 4.30 pm, i received news that my eldest brother kembali ke Rahmatullah. Innalillahi wainna ilaihiroojiuun! Kesedihan masih terasa terutama apabila terbayang hari-hari akhirnya bersama kami ( hari-hari terakhir aku menjaganya di hospital ). Berakhirlah riwayat abang yang dikasihi yang telah mengganti tempat seorang ayah kepada kami 8 adik-adiknya sejak aku berumur 12 tahun! Semoga roh abangku ditempatkan bersama roh-roh orang yang beriman. Ameen!
Selesai perkara yang sedih itu, aku sekeluarga segera pulang ke Shah Alam. Ada satu event yang penting pada 1 mei iaitu majlis pertunangan anak keduaku dengan anaknda sahabat kami. Oleh kerana sebulan April kami asyik berulang-alik ke Kedah, aku tidak tumpu perhatian kepada persiapan majlis tersebut. Nasib baiklah anak-anakku Kin dan Ude telah membuat segala persiapan untuk majlis tersebut. Alhamdulillah majlis pertunangan telah berjalan lancar dan rombongan kami telah disambut dengan ikhlas dan mesra. Jadi telah rasmilah aku dapat bakal menantu, Insya-Allah majlis akad nikah dan perkahwinan akan dilangsungkan pada bulan Disember tahun ini.
Alkisah, selepas tarikh itu hari berikutnya, aku ada appoinment dengan Doktor di IJN. Appoinment ini telah lama aku buat kerana aku kekadang diserang sesak nafas. Datuk Dok yang memeriksa aku terkejut mendapati tekanan darahku 260 sehingga alat yang mencatatkan tekanan darah itu tidak dapat merekodkannya yang timbul perkataan ERROR, ERROR. Aku sendiripun terkejut kerana memahami bahaya tekanan darah yang tinggi itu. So dipendekkan cerita aku di masukkan ke wad Anggrek menjadi penghuni IJN selama 5 hari 4 malam. Setelah dirawat di IJN tekanan darah aku turun ke paras yang baik. Mereka buat segala ujian darah, kencing dan scan jantungku, pakar-pakar di IJN berpendapat aku sihat dan tidak ada apa-apa tanda sakit jantung. Aku agak sangsi pendapat itu dan minta dirujukkan ke HUKM.
Selepas pulang dari IJN, aku masih rasa tidak berapa sihat. Aku dapat serangan sesak nafas berulangkali dalam sehari ( terasa berdebar, lemah dan nak pengsan ). So akupun pack barang pergi ke HUKM, masuk melalui bahagian kecemasan. Aku diperiksa dan dilakukan ECG, Xray dan blood test oleh doktor, kemudian didapati aku sihat dan tidak ada masaalah jantung! Perasaanku ketika itu lega kerana tak di masukkan wad dan mereka kata aku sihat. Lagi satu perasaanku pening juga memikirkan penyakit serangan sesak nafas ini. So aku sendiri buat conclusion keadaan kesihatanku ini kerana terlalu sibuk letih dan merana di atas kesedihan yang menimpa. Entahlah! Aku berdoa kepada Allah SWT semoga aku diberi kesihatan yang baik supaya dapat aku meneruskan kerja-kerja yang aku sedang lakukan setiap hari ketika sihat. Dengan kesihatan yang baik aku ingin melakukan kerja-kerja ini sehingga akhir hayatku. Ameen, Ameen YaRobbul'aalamin!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
I guess you are still overwhelmed with emotions - things that you are still holding back deep down at the bottom of your heart; so each time you think about that, you feel "suffocated".
ReplyDeleteDitambah pulak sentiasa dikelilingi kesibukan yang memang sedia menunggu.
Rest well, think postively. We are also praying for your good health. Life goes on indeed.
*HUGS*
Salam Mak Teh,
ReplyDeleteAlhamdulilah, kami turut bersyukurlah pada Allah SWT yang Mak Teh didapati oleh pakar2 doktor dikedua-dua hospital to be ok. Apa yang Mak Teh lalui sebulan yang lalu menghadapai ibu yang sakit dan abang yang kembali ke Rahmatullah mungkin terlalu menekan sehinggakan Mak Teh merasa sesak nafas itu.
Since I know you, you have always been a person to take charge. So maybe it's time for you to slow down a bit, sit back and let the others run the show and you just give the directions and advice.
Banyak lagi yang Mak Teh nak buat tu, so listen to this old friend of yours and take it easy for a while dan kami akan sentiasa doakan kesihatan dan keselamatan Mak Teh.
Assalamualaikum Mak Teh.. pertama skali saya nak ucapkan Takziah di atas pemergian kekanda Mak Teh yang tersayang. Saya tau begitu banyak kenangan manis yang tersemat di memori Mak Teh. Semoga Makteh terus tabah menghadapi dugaan ini.
ReplyDeleteTahniah buat Mak Teh yang terus tabah melawan kesakitan dan terus melaksanakan kewajipan yang telah diamanahkan. Semoga Mak Teh sentiasa dilindungi Allah dan berada dalam keadaan sihat sejahtera. Jaga diri baik-baik dan sentiasa amalkan gaya hidup yang sihat.
Tahniah juga kepada Makteh yang bakal menerima menantu hujung tahun ini. Semoga keluarga Makteh sentiasa ceria dan bertambah besar.!!!
Akhir sekali, jaga diri dan senyum selalu.
Ummi doakan semoga mak teh kembali normal supaya dapat menerima menantu dan menjalankan tugas dengan baik.
ReplyDeleteOO, saya berdoa untuk kembali sihat. Insya-Allah rasanya selepas berehat lagi sehari dua akan segar dan sihat kembali. You may be right, the suffocation may be due to emotional experience which i had gone through a lot. When i read your comments, i thought about it and tend to agree with you.
ReplyDeleteMazz, thank you for your doa and advice. Sebenarnya i memang sengaje berehat these few days. Kin pergi pasar sebelum pergi kerja, amal and ally pergi pasar kedai borong kelang untuk dry goods and zed buat shopping and banking. Cuma yang belum ada pengganti my Bahasa class. Sedang di cari guru pengganti.
ReplyDeleteBy the way you may register your newborn grandson in our school for the year 214 intake. Hehehe he breaks the record for youngest to be registeres with MTAQSA. Not forgetting to make sure the parents agree your decision. Semoga Allah SWT membuka hati mereka kearah ini. Ameen!
Mr junggel trekker, terima kasih diatas ucapan takziah dan doa anda buat mak teh.
ReplyDeleteInsya-Allah mak teh akan cuba mengamalkan pemakanan sihat dan makan ubat-ubat.
Tidak lupa mak teh akan cuba senyum selalu. Terima kasih nasihat anda ini akan menbuat mak teh dapat pahala kerana senyuman itu sedekah. Hehehe! Senyum!!
Ummi, terima kasih banyak atas doa anda buat mak teh. Nipun dah rasa sihat sikit sebab tu boleh jawab komen.
ReplyDeleteMak teh akan buat resit sumbangan anda seperti yang dijanji secepat mungkin. Ok. Nanti bila dah dapat mesej mak teh. Hehehe.
a'kum mak teh,
ReplyDeletesimptoms yg mak teh describe tuh most prob due to the stressful situation. but there is somethig called phaechoromocytoma ( growth of adrenal gland) that could present with similar symptoms. You might want to consult ur doctor about it. It is highly unlikely but worth checking.
Terima kasih medstudent kerana melawat mak teh yang tak sihat ni. Semalam mak teh berjumpa doc pakar Hukm jiran mak teh (bidang lain bukan cardio ). Dia berpendapat mungkin mak teh allergic to the liquid they injected ( IJN ) when they conducted my stress test. So dia kata kalau minggu ni mak teh tak beransur pulih dari attack itu dia akan masukkan mak teh ke HUKM akan di rujukkan ke Pakar-pakar yang berkenaan.
ReplyDeleteTerima kasih diatas keperihatinan anda terhadap mak teh.