Assalamualaikum! Selalu kita terbaca atau melihat siaran TV kisah Jutawan-jutawan. Ada yang memperlihatkan kediaman atau cara hidup mewah mereka atau ada juga yang tunjuk beg tangan dan kasut mewah mereka. Hehehe, kadang-kadang nak ketawa tengok gelagat mereka ini. Nak kata jealous tak juga tapi hairan dan kesian tu adalah terutama yang tunjuk koleksi kasut-kasut berjenama. Tapi biarlah kat depa, masing-masing manusia dalam dunia ni ada kepelikkan sendiri. Semua orang tak samakan, kalau tidak masakan habis laku kain sekodi, kata orang tua-tua.
Anyway mak teh teringat hal orang jutawan-jutawan tu mak teh terasa pula nak ajak anak-anak jadi jutawan juga. Mari kita target nak jadi jutawan lain dari yang kita tengok dalam akhbar dan majallah tu. Kita akan jadi atau tidak belum tentu lagi tapi kita kenalah berusaha. Lagi satu perkara jutawan yang jenis mak teh kata ni tak boleh siar nama atau wajahnya dalam akhbar majallah or TV.
Adakah anda berminat untuk berusaha menjadi Jutawan Istimewa ini? Macam mana ya? Kita tak perlu banyak modal, tak perlu pinjam dari bank. Haa, begini caranya:
1) Banyak berzikir dan zikir paling utama ialah membaca Al-Quran.
2) Banyak bersedekah dan sedekah yang utama adalah kepada kaum keluarga ( miskin )
3) Banyak bersolat dan solat yang bagus ialah solat berjemaah.
4) Banyak berpuasa dan puasa yang dapat banyak markah ialah berpuasa sebulan ramadhan serta bersambung dengan puasa enam ( seolah-olah berpuasa sepanjang tahun ).
5) Memberi makan fakir miskin.
6) Mengajar orang ilmu yang bermanafaat.
7) Membantu orang dalam kesusahan .
8) Menderma kepada pelajar dan fisabilillah ( orang yang buat kerja kejalan Allah )
9) Berusaha mendapat pahala malam LailatulQadar suatu malam dalam bulan Ramadhan yang pahala beribadahnya sama seperti beribadah 1000 bulan.
10) Mengumpul pahala dari ibadah-ibadah mudah seperti memberi senyuman, memberi dan menjawab salam, membuang duri, paku atau benda-benda berbahaya dari laluan orang ramai. Berdoa, berzikir, berdiam diri sambil mengingati Allah SWT, menyebut Suhanallah ketiga kagum melihat kejadian Allah SWT.
Kita cubalah berusaha kearahnya, kitaka manusia biasa, banyak kelemahan. Walaupun perkara-perkara yang saya sebut tadi mudah tetapi tidak mudah bagi kita melakukannya, melaikan orang yang mempunyai azam yang kuat ( kuat iman ) untuk melakukannya. Kalau kita tak mula dari sekarang cara berdikit-dikit kita tidak akan dapat mengumpulkan kekayaan ini semasa hayat kita masih ada.
Dan apabila kita telah melakukannya ( mengumpul harta/ pahala ) kita tidak pula boleh memberitahu orang. Semoga kita sama-sama dapat menjadi Jutawan Istimewa ini. Wallahhu'alam.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Mak Teh,
ReplyDeleteni nak komen panjang :)
as human, kadangkala timbul rasa envious dalam hati bila tengok orang lain yang nampaknya sungguh mewah kehidupan mereka bagaikan tiada langsung problem yang singgah dalam hidup mereka, sedangkan kita ni macam-macam masalah kita nak fikirkan.
Macam kain sehelai tak cukup, tarik atas nampak kaki, tarik bawah nampak kepala.
Ada tu muda-muda lagi dah ada banglo mewah, kereta besar; macam Mak Teh cakap tayang handbag dan kasut berjenama.
Nak kesana sini tak ada masalah. Pergi jer, bawak anak2 makan angin sana-sini. Nak kelengkapan dapur yang macam mana, semua boleh dapat. Nak hias rumah macam mana semua boleh.
Saya banyak kali rasa humbled sangat bila pegi rumah kawan2 sebaya, tengok rumah dia orang interior design yang lengkap serba serbi compared to my house yang hanya ada sofa macam belacan dan set meja makan yang dah tak cukup sifat. Rasa malu nak ajak orang datang rumah!! Betul Mak Teh! Saya rasa macam tu.
That's make me decline smetimes to meet up with friends whom I know far, far above me materially.
Tapi bila tersedar diri saya faham, rezeki masing2 Allah dah tentukan semuanya, ajal maut, jodoh dan rezeki.
I've watched one program in Astro pasal pegi Panggilan Haji oleh Datuk Hasan not long ago and I cukup insaf when I watched that.
Now I realized, among the precious thing that Allah want to give us is HIS HIDAYAH.
Saya dulu bukan tak fikir nak pegi buat haji (misalnya) tapi selalu "tolak tepi" put it at the back of my mind and now when I look around berapa ramai yang dok ulang alik pi oversea - bukan sikit tu belanja, tapi haji/umrah belum lagi tertunai. Ada tu bilang lebih baik renovate rumah dulu dsbnya (bila tengok program haji tu I realised betapa besar tuntutan haji tu)
tu baru bab haji - lain2 lagi?
Bila ingat balik jadi takut. Takut tak cukup ongkos nak tempah golden ticket in Jannah.
Sekarang bukan tak envy orang kaya, lagi envy kalau orang kaya beriman!!! Seronoknya!!! ..berdo'a jugak tu supaya Allah kasi lebih rezeki - kalau lebih boleh di infakkan ke jalan Allah (insyaAllah).
Thank you for posting this Mak Teh! Reminds me of how we should lead our lives. Mudah-mudahan kita semua di bimbing Allah ke jalan yang benar. Ameen.
Salam..
ReplyDeleteTahnks Mak Teh for the precious Tips.
OO, Alhamdulillah anda mendapat Hidayah dari Allah. Itulah kekayaan yang sebenar. Anda ada keluarga yang bahagia, anda ada anak-anak yang sihat dan cukup sifat. Bandinglah dengan orang lain dari segi itu maka anda akan amat bersyukur dan akan sedar betapa kayanya anda sebenarnya.
ReplyDeleteAnda envy rakan-rakan yang mendapat material lebih? Usah envykan. Sebenarnya kekayaan itulah dugaan bagi mereka dan lebih banyak orang tidak lulus apabila dugaan itu berbentuk kemewahan, kekuasaan dan pangkat! Sedikit sangat orang yang tidak berjaya dengan cemerlang apabila dugaan itu merupakan kemiskinan or kekurangan harta dan pangkat.
Anda baru saja menulis tentang perception dalam blog anda. Cubalah fikir dan kaitkan tentang apa yang anda tulis itu dengan kes yang kita bincang ini- Jutawan.
Kita tidak sedar kita sebenarnya seorang Jutawan. Allah beri pada kita penglihatan nilainya berapa Ratus ribu? Allah berikan kita pendengaran dan pelbagai kemudahan pada tubuh kita tak ternilai harganya. Allah berkata dalam surah Al Mulk dan surah Assajadah bahawa Allah sudah beri semua itu tetapi manusia sedikitpun tidak bersyukur !
Anda envy orang yang beriman yang Jutawan? Usah envy sebab Allah itu Maha Adil, kalau seorang jutawan memberi infak sebanyak Satu Juta, seorang miskin beri kejalan Allah beberapa RM mengikut kemampuannya, nilainya disisi Allah SWT adalah sama. MasyaAllah! So jangan lah tunggu kita kaya duku baru nak bersedekah atau infak kejalan Allah.
Anda minta rezeki lebih? Tidak salah meminta begitu tetapi utamakan kesyukuran atas apa yang telah diberi. Sekurang-kurangnya rezeki kita sekarang memang ada yang dah lebih, lihatlah semut, kucing, ayam, burung boleh memakan lebihan makanan kita setiap hari. Betul tak ?
Alhamdulillah kita sebenarnya sememangnya seorang Jutawan. InsyaAllah dengan fahaman begini anda akan jadi seorang yang bahagia dan seorang Hamba Allah yang bersyukur! Itulah Hidayah yang anda dapat. Ameen!
Mr Janggel Trekker, terima kasih kembali kerana sudi melawat mak teh.
ReplyDeleteAstaghfirullah! and MasyaAllah! Dah baca komen Mak Teh ni, sedarlah saya bahawa saya ni "banyak harta" sebenarnya. Jutawan rupanya saya ni. Bila dah bergelar jutawan tentunya boleh nak bersedeqah bila-bila masa kalau mau kan?
ReplyDeleteKebetulan, sekarang berkumandang surah Ar-Rahman di radio.
Teringat soalan yang berkali-kali diulang dalam surah ini:
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
Thank you for the beautiful answer. Now I understand what does it mean to be a millionaire.
Alhamdulillah! Maka lahirlah seorang Jutawan Istemewa. OO, mak teh bercadang nak sebarkan pandangan begini, maka Insya-Allah akan lahir lagi Jutawan seperti anda.
ReplyDeleteBila kita jadi seorang Jutawan Istemewa, kita akan hidup bahagia dan boleh selalu tersenyum. Masya-Allah!
Alhamdulillah..InsyaAllah kita semua akan beroleh hidayah dan menjadi jutawan-jutawan ye mak teh...Terimakaseh banyak2..
ReplyDelete