Saturday 30 August 2008

Menghadapi Kehidupan Sebagai Warga Emas

Assalamualaikum!

Wahai ibu-ibu muda, bersedialah menghadapi masa hadapan apabila anak-anak anda meningkat remaja dan dewasa mereka tidak akan sentiasa berada bersama anda. Misalnya pada hari ini sepatutnya adalah beberapa orang anakku dirumah. Namun apabila aku bangun pagi, tengok semua orang dah ada program masing-masing.

Maka apabila aku kesaorangan mulalah teringat kepada anak-anak yang jauh di perantauan. Anak-anakku berjumlah 9 orang. Lia, Yanna dan Ally ada di Luar Negara, jadi tinggal 6 orang bersama-samaku menghuni di rumah. Selepas subuh Ude sudah keluar ke Kelab Ekuin STC untuk latihan menunggang kudanya 2 kali setiap minggu. Sekarang Ude semakin serius membuat latihan sebab dia akan menyertai pertandingan Dressage di Terengganu awal Oktober nanti.

Selepas itu Zed keluar untuk mengajar ahli-ahli kelabnya memanah. Zed adalah presiden dan instructor Kelab Memanah MTAQSA. Dia melatihkan ahli-ahlinya setiap sabtu dan ahad. Sekarang ahli kelabnya mencecah 80 0rang pelajar-pelajar sekolah kami dan sekolah rendah dan menengah berdekatan.

Kemudian Kin dan Amal pula keluar untuk menghadiri majlis kenduri kawan masing-masing. Alan anak yang ke 8 ada aktiviti sekolah, dia termasuk seorang ahli band sekolahnya yang akan membuat persembahan malam ini untuk menyambut kemerdekaan esok. Anak yang bongsu, Cik Su pula menghuni asrama banat sekolah kami. ( Sebenarnya sebahgian dari rumah kami telah di jadikan asrama pelajar perempuan). Namu cik Su tidak boleh selalu menjenguk balik kerumahnya melainkan bila perlu sahaja.

Maka tinggallah aku, the maids dan pets, Polly the parrot dan kucing-kucing dalam sangkar masing-masing. Aku tidak mahu tinggalan kesaorangan di rumah. Pak haji akan membawa anak-anak tahfiz ke majlis membaca Yassin dan doa selamat di sebuah rumah di BJ. Jadi aku akan ikut samalah sebentar lagi. Nasib baik kami ada banyak lagi anak, iaitu anak-anak tahfiz yang 40 orang lagi tu. Mereka itu lah yang membuat aku dan Pak haji tersangat sibuk setiap hari.

Namun kesibukan jenis ini adalah kesibukan yang kami cari dan suka. Kata sesetengah orang " Tak ada kerja cari kerja ". Hehehe! Bagi aku dan Pah haji biarlah kami buat kerja ini sehingga akhir hayat kami. Semoga di berkati Allah SWT segala usaha kami dan di permudahkan segala urusan kami.Ameen!

10 comments:

  1. Mak Teh,

    Elisa nak mintak maaf sebab tak sempat nak jumpa Mak Teh masa cuti tempohari.
    Banyak sangat benda yang berlaku, memang tahun ni, tak jejak kaki ke Shah Alam lansung!
    Insya-Allah tahun depan, kalau panjang umur, kita jumpa, ya?

    ReplyDelete
  2. sekurang-kuranya masa Mak Teh terisi kan dengan buka sekolah ni.. anak2 jauh pun tak terasa sangat.. cuma, bila tengok anak orang, teringt anak kita..

    neeza pun akan hadapi masa2 begitu satu hari nanti.. takut pulak rasa.. tapi lebih takut bila mati.. lagi sorang2 dalam tempat yang gelap gelita...semoga tempat yang neeza duduk tu teranglah hendaknya.. Insyaallah..

    ReplyDelete
  3. Elisa, tak pa nanti panjang umur kita akan berjumpa juga di suatu hari nanti. Tambahan pula suami Elisa orang Kedah tak akan kemana pi mai, pi mai tang tu juga! Hehehe!

    ReplyDelete
  4. Neeza, mak teh bersyukur sangat di izinkan Allah SWT membuka sekolah ini. Ia membuat kami sangat sibuk tetapi sibuk ini sangat memuaskan!

    ReplyDelete
  5. Salam mak teh, time2 bulan puasa mcm ni... teringat masa dulu2 masa anak2 ada sekeliling kita... meriahnya.... bila dah jdi warga emas, semua hanya tinggal kenangan yang manis untuk kita mengingati semula...

    SELAMAT MENJALANI IBADAH RAMADAN.

    ReplyDelete
  6. Umie kakyong,

    Betul kata Umie tu, tapi nasib baik bagi mak teh apabila 3 orang anak ada di perantauan anak lain ( yang dulunya di perantauan ) sudah balik semula. Jadi taklah rumah ini kosong sangat. Cuma time semua keluar je mak teh terasa sunyi.

    ReplyDelete
  7. mak teh, sebut pasal Taufik org kedah, baru teringat.. kawan2 makteh tu kenal ke parents in law elisa?
    and our paths have crossed many times, cuma kita aje tak bertemu.
    Lembah Bidong tu dekat dengan kampung elisa (Kg. Merang) :)

    ReplyDelete
  8. Mak Lang,

    Selamat berpuasa juga untuk mak lang. Juga selamat bertugas semula.Harap mak lang sudah kembali sihat sepenuhnya.

    ReplyDelete
  9. Elisa, kalau mak teh selidik betul-betul tentu ada yang kenal. Lagipun kawasan perumahan itu memang ramai cikgu-cikgu.

    Masa nak ke lembah Bidong itu mak teh melalui kampung Maran. Tenang nampak kawasan itu dan ada banyak pohon-pohon kelapa.

    ReplyDelete