Friday 15 August 2008

Rehat Sedikit

Assalamualaikum!

Hari ini aku dan Pak haji boleh rehat sedikit sebab Yanna dan Ally sudahpun terbang dan selamat berada di bumi Mesir. Anak-anak tahfiz pula sebahgiannya sudah pulang bercuti semalam. Ada separuh yang tinggal untuk kelas Al-Quran tambahan akan pulang bercuti pada petang Isnin ini. ( Mereka yang buat wajib buat kelas tambahan ini adalah yang tidak mencapai target mengikut sukatan. Namun ada juga beberapa orang yang dah lebih dari sukatan tetapi tidak mahu pulang kerana nak pulun lagi!) Anak-anak yang bekerja sudah pergi kerja dan Alan anak yang second last dalam Ting 5 pun sudah ke sekolah. Ini yang menyebabkan aku boleh rasa relax sedikit.

Aku dan Pak haji terasa nak pergi bercuti setelah penat berhempas pulas setiap hari. Mungkin pada hari selasa ini kami akan pergi ke Pantai timur. Kalau jadi pergi nanti mak teh akan konteklah blogger silver sarina dan Mak Lang.

Pada pagi ahad dan isnin kami lapangkan masa untuk bertemu ibubapa dan anak-anak mereka. Ada yang nak datang untuk temuduga nak mendaftarkan anak mereka masuk sekolah kami untuk sekolah rendah dan Tingkatan 1. Ada juga yang datang untuk consultation kemana dan bagaimana nak menjurus anak mereka dalam pendidikan ini. Ada yang setelah membaca blog ini kisah Yanna telah belajar di Mesir sejak umur 14 tahun lagi ingin mencontohi Yanna mengambil jalan itu. Namun aku tidak menggalakan mereka berbuat demikian. Memandangkan kesusahan yang Yanna dan kami lalui untuk pembelajaran Yanna, maka kami telah membuka sekolah ini yang mana kurikulumnya berdasarkan kurikulum Al-Azhar untuk hafazan Al-Qurann dan matapelajaran Agama. Lebih cantik lagi di sini kita ada subjek akademik dan pelajar dapat mengambil peperiksaan SPM. Aku juga tidak yakin orang lain akan 'tough' macam Yanna.

Oleh kerana kami membuka sekolah ini maka anak kami yang bongsu, Cik Su tidak di hantar ke Mesir. Sebelum ( buka sekolah ) ini memang dalam perancangan kami nak hantar Cik Su ke Mesir seperti kakaknya, tambahan pula kakaknya dah berada di sana. Namun dalam perancangan itu aku dan Pak haji juga harus berpindah ke sana. Sekarang nampaknya tak jadilah dan aku juga setelah pergi melawat Yanna dalam tahun 2006 merasakan tidak berapa sesuai dengan cuaca di sana.

Dalam pengalaman aku dan Pak haji, kami dapati ramai ibubapa yang berhasrat murni hendak menjadikan anak mereka seorang tahfiz. Namun ramai yang tidak tahu jalannya, maka mereka membawa anak kesana sini merata-rata, sehingga anak itu yang telah meningkat umur tidak lagi dapat di masukkan ke sekolah yang mempunyai akademik. Ada juga yang menumpukan hafazan sahaja sehingga pelajaran agamapun diabaikan. Di sekolah kami, tekanan adalah kepada hafazan dan ilmu Al-Quran, seterusnya di integrasikan Dinniah Al-Azhar dan kurukulum KBSM. Matlamat kami ialah memberi pembelajaran yang seimbang untuk dunia dan akhirat ( An all rounded education for here and hereafter ).

Kepada yang berminat sila layari web kami www.mtaqsa.com.

4 comments:

  1. Silalah makteh datang ke rumah maklang. Boleh kita makan2 lagi ye...InsyaAllah...seronok tak terhingga bila tau makteh nak datang...Terpikir..nak masak apa pulak ye...

    Kalau makteh tak ada tempat tinggal kat sini, tidur aje kat teratak maklang ni...alangkah seronoknya...Maklang pun masih bercuti..Next week ...cuti minggu terakhir sebelum nak kerja...sob..sob...

    ReplyDelete
  2. betul tu makteh.. sukatan pelajaran malaysia yang terbaik so far. tambahan pula sekolah tahfiz macam makteh menyediakan sukatan pelajaran agama yang lengkap disamping kurikulum kementerian pelajaran..
    In fact kan, ramai pak arab berpendapat serupa.. di sini (mesir neeza tak pasti),sukatan pelajarannya agak loose...

    ReplyDelete
  3. Mal lang, terima kasih banyak-banyak kerana sudi menerima kami sebagai tetamu. InsyAllah kalau tidak ada aral melintang akan sampai jua.

    ReplyDelete
  4. Neeza, mak teh dan Pak haji telah mencari rata pelosok negeri untuk masukkan Yanna dan Ally ke sekolah tahfiz yang sesuai apabila mereka naik menengah selepas mereka dah belajar setahun di Sudan.

    Kemudian kami bertanya kepada banyak orang yang melalui pendidikan agama mengenai hal ini.Kemudian apabila Ally masuk Maahad Tahfiz Pulai Condong, kami aktif dalam PIBG. Kami dapat melihat demand untuk education aliran ini yang membuatkan kami membuka sekolah ini.

    Pada masa itu juga kami dapati tidak ada sekolah tahfiz berakedamik ( yang Bagus ) yang mengambil pelajar perempuan. Yanna masuk Muhammadi 2 tahun kemudian ke Mesir.

    ReplyDelete