Tuesday 27 January 2009

Kisah Seorang Yang Sangat Tabah

Assalamualaikum!

Hari ini mk teh buka blog, terperanjat (lebih tepat teruja) melihat ada tambahan kepada pengikut-pengikut blog mak teh. Jadi rasa bertanggug-jawab untuk mencoretkan sesuatu yang berfaedah untuk tatapan pengikut-pengikut blog mak teh.

Ok! cerita mak teh yang pertama ialah kisah mak teh pulang ke kampung hari khamis lalu. Mak teh pulang dengan Zed sahaja disebabkan tidak mahu membawa Pak haji yang sedang beransur pulih ( takut pula gegaran travelling membantut pemulihannya ). Tujuan kami pulang ke kampung menghantar seorang maid yang tamat kontraknya. Peluang balik ke Kedah itu mak teh gunakan untuk bertemu dan menziarahi seorang kawan blogger yang sedang menghidap penyakit barah mulut. Apabila bertemu di wad Hospital Sultanah Bahiyah, mak teh sungguh terharu melihat kawan kita itu seorang yang sangat tenang dan kuat semangat serta kuat imannya. Melihat apa yang beliau alami dan telah lalui, mak teh terasa segala penyakit dan dugaan yang mak teh lalui ini amatlah kecil berbanding dengan apa yang beliau lalui. Setelah berkenalan dan berbual mesra didapati nenek-nenek kami kenal diantara satu sama lain dan keluarga beliau juga berasal dari kampung yang tidak jauh dari kampung asal mak teh. Maka cerita-cerita lamapun keluarlah apabila bapa, ibu dan ayah beliau datang ke wad melawat beliau dan bertemu mak teh. Ayah beliau amat mengenali arwah ayah mak teh. Jadi tak dapatlah mak teh nak berselindung lagi dengan mereka siapa mak teh ni. ( Sebelum ii mereka hanya mengenali mak teh sebagai mak teh sahaja.

Selepas 2 hari berada di kampung mak teh segera pulang kerana bimbang bertembung dengan Jam orang cuti hari raya cina. Kami bertolah pagi sabtu sebelum subuh. Maka sepanjang perjalanan kami tersenyum melihat jam di jalan bertentangan arah. Rasa legalah perjalanan kami tidak mengalami apa-apa kesesakan. Selamat sampai di Shah Alam 10 a.m. Kan bagus kalau rancang perjalanan kita supaya tidak perlu bersesak-sesak dengan umat lain.

Balik rumah mak teh hanya tinggal seorang pembantu rumah. Sudah puas mak teh berpesan kesana-sini nak seorang pembantu tak kisah local ke import ke. Sampai hari ini belum dapat lagi, maka bertambahlah lagi tugas mak teh selain pergi pasar, mengajar, admin tambah lagi jadi penolong bibik kat dapur! Kesian pulak kalau nak biarkan dia sorang-sorang sedangkan mulut nak makan ada lebih 60 orang!

Mak teh nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada pembaca-pembaca blog mak teh termasuk kawan-kawan kin yang telah bermurah hati menderma kepada sekolah kami. Ramai yang suruh mak teh masukkan akaun number sekolah ini supaya mereka dapat terus menderma on-line. Mak teh rasa tak sedap nak letak kat sini tetapi kalau ada yang ingin menderma tu silalah layari web sekolah www.mtaqsa.com. Terima kasih, Jazakallah!

4 comments:

  1. Salam,

    Itulah kehidupan, jika kita rasa kita susah/sakit ada lagi yang jauh lebih susah /sajut dari kita, itu semua dugaan buat kita. Harap makteh sihat selalu dan dapat menjalankan tugas dengan baik , InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. salam!! nak tau lebih lanjut tentang sekolah yg makteh kendalikan ni .. umur sekecil mana yg diterima tinggal diasrama utk belajar tahfiz?
    apa kelayakannya?

    ada ke brochures yg saya boleh dapat dari mana-mana?

    terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam disambut! Sekolah kami bermula untuk Tingkatan 1 berasrama penuh. Kelayakan 5A, min 3A 2B UPSR, PSRA Mumtaz, Jaid Jiddan. Lancar membaca al-quran dan mahir Jawi. Tenaga pengajar semua berkelulusan ijazah dan sarjana dalam dan luar negara.

    Mulai tahun ini kami bukakan kepada pelajar darjah 1 & 2 untuk sekolah harian sahaja. Kalau ingin melawat kami bolehlah buat temujanji. Tenaga pengajarnya berkelulusan ijazah & diploma.

    Terima kasih atas minat anda!

    ReplyDelete
  4. Salam Sarina, maafkan mak teh kerana telah lama tidak menjawab komen sarina. Mak teh percaya sarina faham keadaan mak teh yang tidak boleh lama di depan computer.

    Terima kasih di atas segala ucapan dan doa darimu!

    ReplyDelete