Tuesday 16 June 2009

Masuk Semester Ke-2

Assalamualaikum!

Rasa lama juga mak teh tak buat entry. Kami terlalu sibuk sejak anak-anak Tahfiz masuk semula hari Sabtu lalu. Pada hari Ahad pula kami menerima masuk 4 orang pelajar-pelajar dari luar Negara. Tak payah nak ceritalah semakin kalutnya kami. Susahlah sedikit nak menjaga anak-anak orang luar berbanding menjaga anak-anak kita sendiri. Kebaikan menerima mereka masuk ke sekolah ini, yang jelas sekali ialah anak-anak Tahfiz terpaksa berkomunikasi dengan mereka dalam bahasa Inggeris.

Anak-anak Tahfiz Puteri sudah masuk ke Dorm baru, 16 orang kesemuanya. Agak padat juga Dorm itu tetapi nampaknya Anak-anak Tahfiz Puteri selesa kerana mendapat kemudahan yang lebih baik dari sebelum ini. Tirai berwarna sweet purple yang di dermakan oleh emak Ai cantik menghiasi Dorm baru itu.

Anak-anak Tahfiz lelaki pula nampaknya lebih ceria hari ini kerana coach part-time mereka sudah masuk join sekolah ini sebagai tenaga pengajar tetap. Coach Syah akan bertanggung-jawab mengenai semua aktiviti ko-kurikulum, sukan dan pertandingan-pertandingan sukan. Alhamdulillah! Kemasukan coach Syah ini akan meringankan kerja-kerja yang selama ini di tanggung oleh Cikgu Aizad. Tentunya juga ia akan mempertingkatkan tahap sukan sekolah ini terutama di pertandingan dan kejuaraan tertentu. Kita aim untuk cemerlang dalam kejohanan memanah tahun 2010.

Untuk adik-adik di rumah, malam ini Kakak-kakak dapat makan Pizza ( kami order dari kedai yang kita tak boikot tu ). Sorry, abang-abang tu tak dapat Pizza malam ni. Hari lain kita kasi abang pulak ok ?

Esok Mak teh akan sambung cerita. Maaf hari ini tak sempat nak load gambar-gambar. Tunggulah esok mungkin ada gambar. Bye...

4 comments:

  1. Pastinya sekarang Mak Teh dah kembali sibuk tapi dah tak sunyi lagilah kan. Kami pulak yang dah sunyi bila anak2 dah balik ke asrama. Semoga Semester ke 2 2009 ini akan lebih ceria dan menyeronokkan buat mak teh, pak aji dan anak-anak tahfiz semua!

    Salam...Kak Long

    ReplyDelete
  2. Wah! Angah makan pizza tak pe hari nie pun kita orang makan pizza jugak sebab abang nak. Abang baru lepas kena operate appendiks :)

    ReplyDelete
  3. Kak Long,

    Betul mak teh kembali sibuk. Seronok dapat mendengar bacaan anak-anak Tahfiz penuh semangat terutama bila mengakhiri sesi bacaan Al-Quran mereka sungguh semangat melaungkan " Allahummarhamna bil Quraan ........"

    ReplyDelete
  4. Princess,

    Semoga princess tidak terlalu merindui Angah dan semoga abang cepat sembuh.

    ReplyDelete