Salam Semua !
Malam tadi kami telah mengadakan satu majlis ia-itu Majlis Anugerah Cemerlang MTAQSA. Oleh kerana majlis ini simple dan ringkas kami hanya menjemput ibubapa yang tinggal berdekatan di Lembah Kelang sahaja.
Majlis dimula dengan bacaan Surah Al-Quran secara bertaranaum oleh seorang pelajar senior. Seterusnya hadirin semua di minta bangun untuk menyanyikan sebuah lagu ' Sudahkah Kau Lupa' bersama-sama anak-anak Tahfiz. Bergema suara kami semua mendendangkan lagu tersebut dengan penuh semangat. Kemudian Penolong Kanan di jemput untuk memberi ucapan di ikuti dengan ucapan seorang bapa pelajar sebagai wakil Ibubapa dan sererusnya ucapan oleh Pengetua Mtaqsa. Semua ucapan ini memberi ikrar untuk melakukan segalanya agar Mtaqsa menjadi sebuah sekolah terbilang di masa hadapan. Semangat juga diberi kepada anak-anak Tahfiz agar belajar bersungguh-sungguh ilmu yang di sampaikan terutama memahatkan di dalam hati ayat-ayat suci yang telah di hafaz.
Di majlis ini Pengetua telah menyampaikan beberapa jenis sijil dan trofi kepada pelajar-pelajar, misalnya ada sijil anugerah pelajar terbaik, pelajar harapan, pengawas, kadet tahfiz terbaik dan kadet tahfiz harapan serta pemenang Gerak Gempur. Tersenyum pelajar-pelajar yang menerima anugerah ketika bergambar bersama-sama keluarga mereka sewaktu sesi fotografi. Anak-anak Tahfiz juga telah bergambar bersama-sama guru Maths dan guru tuition Maths mereka.
Selesai acara penyampaian anugerah, kami di tayangkan gambar-gambar perkhemahan Tabrani yang telah diadakan beberapa bulan yang lalu. Amat menghiburkan melihat aksi kadet-kadet tahfiz berada dalam ' hutan' sewaktu perkhemahan itu.
Walaupun majlis ini simple dan ringkas amatlah teratur dan berjalan dengan lancar. Tahniah di ucapkan kepada Ustaz yang telah merancang dan menjayakan majlis ini. Mak teh juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan ibubapa yang telah memberi sokongan padu mereka kepada kami untuk menjayakan sekolah ini. Mak teh terasa amat berpuas hati setelah majlis tamat pada malam tadi. (Insya-Allah gambar-gambar akan di masukan kemudian )
Sebelum mak teh mengundur diri hayatilah kata-kata ini: " Don't ask what your country can do for you, ask what can you do for your country."
Kadang-kadang sifat sesetengah manusia ini selfish ia-itu mementingkan diri sendiri , mereka sentiasa menyoal apakah yang mereka boleh dapat untung dalam satu situasi ( selalunya untung yang mereka sudah dapat mereka tidak akan nampak ) tanpa menyoal apakah sumbangan mereka dalam sesuatu perjuangan. Memberi ilmu agama kepada anak-anak dan menuntut ilmu agama terutama ilmu al-quran adalah satu perjuangan. Dan dalam usaha kita untuk mencapai matlamat sesuatu perjuangan kita tidak boleh lemah semangat !
Wassalam !
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Tak sabar nak tengok gambar2 majlis .Sure semua ceria .
ReplyDeleteSalam Mak Teh,
ReplyDeleteNampaknya percubaan berjaya setelah more than a month tak boleh post comment.
Tahniah kepada anak-anak tahfiz semua. Semuga mereka akan terus bersemangat untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi hafiz dan hafizah dan juga berjaya dalam akademik mereka.