Assalamualaikum!
Pagi Jumaat ini suasana amatlah tenang. Kedengaran kicauan burung-burung dari pokok-pokok di hadapan dan sisi rumahku. Oh, ada lagi kedengaran suara ceria anak-anak tahfiz yang sedang membasuh van sekolah. Hari ini hari mereka mengemas dan mencuci asrama dan kawasan asrama.
Anak-anak tahfiz sudah bersarapan setelah pulang dari masjid. Sarapan mereka hari ini ialah susu segar, kepingan bijirin, roti, mentega, kaya dan teh. Sebagai menganti senaman mereka menolong membasuh van sekolah secara sukarela.
Ada permintaan untuk anak-anak Tahfiz puteri, menghadiri majlis kuliah-kuliah agama wanita di syarikaat gergasi berdekatan. Kami telah mempersetujuinya dengan harapan dapat memperkenalkan sekolah kami dan orang awam dapat mengetahui bagaimana kami mendidik dan membentuk anak-anak Tahfiz. Anak-anak tahfiz akan emperdengarkan bacaan surah ( hafazan ) dan juga nasyid-nasyid berunsur agama. Sesungguhnya anak-anak Tahfiz Puteri kami menarik perhatian di setiap majlis yang kami bawa mereka hadiri.
Malam ini kami akan adakan satu majlis membaca doa selamat untuk bakal-bakal haji iaitu seorang pelajar dan keluarganya dan sepasang ibubapa kepada pelajar kami dan keluarganya. Majlis skan diadakan pada jam 9.00 malam di rumah Pengetua.
Seperti biasa sebelum mak teh berundur renungilah kata-kata ini:
Jadilah orang yang suka membina dan janganlah jadi orang yang suka meroboh.
Jangan mendengar apa yang orang kata, lihatlah siapa yang berkata ( baru dengar )
Birds of a feather flock together ( jadi hati-hatilah, semoga kita ketahui dan sedar kita dalam golongan yang mana??)
Jangan memandang rendah seseorang itu kerana kekurangan harta dunianya, kemungkinan orang itu lebih mulia dari kamu di sisiNYA.
Kalau kamu meminta harta dunia, Allah boleh memberinya, namun kalau kamu inginkan syurga hendaklah ikhlas mengusahakannya.
Dalam mengharungi kehidupan, lidah janganlah bercabang dan talam janganlah dua muka.
Sesungguhnya Allah amat mengetahui isi hati seseorang, dan Allah memilih kepada siapa yang akan di beri ganjaran yang besar ia-itu sebuah Mahkota yang gemerlapan cahaya batu permata! Tersenyumlah ketika anda mendapatnya nanti.
Sekian, Wassalam !
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Suatu pagi Jumaat yang penuh berkat InsyaAllah.
ReplyDeleteTerimakasih atas tazkirah buat saya .
Salam Sarina,
ReplyDeleteMak teh rasa anda sudah tergolong dalam senarai penamaan calon untuk menerima Mahkota tersebut? Hanya Allah yang akan mengumumkan Pemenangnya. Bukankah begitu?
Syabas buat anda dan pasangan !
i.allah sye doakan smue bkal2 haji slamat pegi dan sampai...
ReplyDeleteSalam syekhulislam,
ReplyDeleteSelamat datang ke blog mak teh, Semoga mendapat faedah darinya.
Memandangkan tuan mengambil gelaran syekhulislam, kalau ada tulisan mak teh yang tidak tepat dari sudut islam silalah buat teguran. Terima kasih.