Thursday 29 May 2008

Cuti Pertengahan Tahun

Alhamdulillah! Hari ini bermula cuti pertengahan tahun bagi sekolah kami. Pelajar-pelajar telah tamat 5 bulan bersama kami. Mereka telah belajar apa yang kami ajarkan pada mereka dan telah menjalni peperiksaan pertengahan tahun. Selepas jam 3.00 pm ini ibubapa akan menjemput mereka pulang. Aku dan pak haji harap dapat berehat sehari dua kemudian nak balik ke Kedah menziarah ibuku.

Selepas itu jadual kami sangatlah padat hingga bulan disember. Pada 7 hb jun Lia akan sampai dari Amman, 8 hb jun kami nak buat sedikit makan-makan B-b-Q kerana Lia pulang dan untuk anak-anak tahfiz kami dan juga nak menjemput BM agar dapat berkenalan dengan saudara-mara sepupu anak-anakku. Sesiapa yang telah di jemput tu silalah datang.

Kemudian pada 13hb Jun kami akan menyambut rombongan Lawatan dari Pusat Tahfiz Singapura seramai 80 orang. Insya-Allah kami akan mengalu-alukan kedatangan mereka dengan beberapa acara. Inilah kali pertama sekolah kami akan dilawati oleh orang luar Negara dan jumlah yang begitu ramai.

Kesibukan kami akan bertambah kerana menyediakan keperluan untuk kemasukkan tahun 2009. Tambahan pula kami telah membuat keputusan akan membuka Sekolah Rendah Tahfiz Integrasi Shah Alam. Alhamdulillah, nampaknya sambutan ada kerana dari sekarangpun booking untuk kemasukan tahun 2009 telah bermula. Tempat yang kami sediakan adalah terhad ia-itu 50 orang untuk ting 1. Untuk sekolah rendah kami akan ambil 25 orang untuk tiap-tiap darjah 1, 2 & 3.

Seterusnya kami akan sibuk dibulan Ramadhan seperti lazimnya pelajar kami akan di jemput untuk bertaddarus di Istana. Pada tahun ini kami juga bersetuju bertaddarus di rumah-rumah persendirian di atas jemputan. Booking untuk tujuan ini hendaklah dibuat 1 bulan sebelum Ramadhan. Kemudian pelajar-pelajar kami akan bercuti hari Raya. Selepas Hari Raya mereka akan menghadapi peperiksaan akhir tahun.

Satu lagi perkara yang penting dan akan amat menyibukkan kami ialah acara di akhir tahun 2008 ia-itu majlis kenduri kahwin anakku pada bulan disember! Semoga Allah SWT memberi kesihatan dan kesabaran kepada aku dan Pak haji melalalui hari-hari depan kami dan di permudahkanNYA segala urusan kami. Ameen!

4 comments:

  1. neeza tumpang doakan semoga segala rencana berjalan lancar, Insyaallah..

    Mak teh nak dapat menantu Disember ni.. agak2 tahun depan timang cucu lah pulak ye.. bertambah busy la Mak Teh.. heheee..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, boleh lah Mak Teh dan Pak Haji berehat sekejap tarik nafas. Take care of yourself too...

    Nampaknya jadual padat menanti:

    - new school session
    - welcoming yang balik bercuti
    - wedding
    - preparation for new school

    mudah-mudahan semua urusan berjalan lancar dipermudahkan Allah.

    It seems that I buka lembaran baru in the middle of the year (Insya-Allah) bukan sebagaimana lazimnya di awal tahun :)

    ReplyDelete
  3. Neeza, terima kasih!

    Nak tunggu menantu dulu lepas tu baru kita pikir next stage. Kalau tak botaklah kepala ni nak pikir macam-macam.

    ReplyDelete
  4. OO, yes! Nak berehatlah ni. Tapi BM papers belum mark lagi. Lepastu nak pi Kedah, then Kelantan and Ganu atas urusan kerja untuk sekolah kita. Kita kira cuti-cuti sambil kerjalah. Hehee...!

    ReplyDelete