Assalamualaikum! The last few days kurang mood nak buat entry! Faham-faham je lah suasana keseluruhan sekarang ini membuat ramai orang jadi moody. Jadi di pagi ini aku akan cuba memberi sedikit keceriaan dengan menceritakan topik lain sikit dari kisah semasa.
Pertama, semalam kami dapat surat dari syarikat yang kami telah pohon sumbangan Van tu, berita gembira menyatakan kelulusan dari pihak syarikat mereka. Sekarang dalam proses pengecualian cukai. Insya-Allah hujung bulan dapatlah kut van yang di nanti-nantikan tu.
Kedua, malam ahad lalu kami telah mengadakan sedikit majlis kesyukuran sempena kepulangan Lia bercuti, kerana Lia dan Yana Najjah (naik kelas ) dalam peperiksaan yang baru mereka lalui, kerana menyambut Bakal Menantu , dan juga sempena Zed berjaya mendapat MBAnya ( kebetulan keputusan tu baru 3 hari keluar ). Jadi majlis ini dibuat dengan niat kesyukuran dan juga sillaturrahim. Kami membjempuat anak-anak tahfiz kami, guru-guru, jiran terdekat, dan saudara-mara yang terdekat dan tinggal berdekatan. Doa kesyukuran telah di baca oleh Ustaz Nizam dan di sertai anak-anak tahfiz dan para tetamu. Alhamdulillah majlis berjalan dengan sempurna. Nampaknya makanan yang di sediakan memuaskan hati para tetamu. Syukurlah kami di atas segala rahmat yang Allah limpahkan keatas kami sekeluarga.
Ketiga, Pak haji akan mula buat rundingan untuk membeli Lot tanah tapak kompleks MTAQSA di Shah Alam. Sekiranya berjaya Kelab Ekuin kita akan bertapak disitu terlebih dahulu. Sememangnya besar perancangan Pak haji dan harapan kami untuk MTAQSA. Kami berdoa setiap hari, semoga Allah akan memakhbulkannya. Ameen!
Lagi satu berita gembira mengenai sekolah ia-lah kami akan mendapat seorang guru baru sepenuh masa untuk mengajar mata-pelajaran sain dan matematik pada hujung bulan ini. Kami mengalu-alukan kemasukkan beliau sebagai guru sepenuh masa. Semoga beliau akan bahagia berkhidmat bersama kami sebagai warga MTAQSA. Kami juga akan mendapat seorang lagi Ustaz Al-Quran kelulusan Syubro, Al Azhar. Lagi berita gembira, seorang kawanku, guru pakar Bahasa Melayu, bernama Cik Diah yang bersara sebagai pensyarah UiTM ( nama samaran ikut Cowrie Emas ) bersetuju nak datang mengajar part-time. Insya-Allah semakin mantaplah MTAQSA. Setakat ini sudah ramailah sahabat-handai, kenalan dan saudara-mara yang telah membantu kami dalam usaha kami mendirikan sekolah ini. Terima Kasih kepada semua yang membantu kami dalam pelbagai urusan dan moral support dan keewangan. Jazakallah!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
ALHAMDULILLAH, Seronok rasa dengar good news ni Mak Teh. Sesungguhnya banyak lagi nikmat Allah yang patut kita syukuri kan? Wah, bertambahlah tenaga pengajar MTAQSA nanti ya? Mudah2an warga MTAQSA dapat bekerjasama dan mengikat silaturrahim dengan baik serta diberkati Allah.
ReplyDeleteCongrats juga for anak-anak Mak Teh, Alhamdulillah one step futher for all of them.
Kami turut berdo'a untuk semua harapan Mak Teh dan Pak Haji supaya dimakbulkan Ilahi.
For better future, InsyaAllah!
seronok baca kisah anak2 Makteh.. semuanya dah berjaya.. sejuk perut ibunya..
ReplyDeletejuga, alhamdulillah.. nampaknya usaha Makteh buka sekolah ni diberkati Allah..
semoga lebih banyak berita gembira bakal dinikmati. Insyaallah...
Yanna ada balik cuti tak?
ReplyDeleteAlhamdulillah... semakin bertambah rezeki MakTeh, keluarga dan anak-anak. Semoga semua yang diusahakan mendapat keberkatan dan sentiasa dilindungi Allah,.. Amin..
ReplyDeleteOO, seronok lagi bila guru baru masuk sepenuh masa mengajar kat sekolah ini. Hehehe, diharap pihak guru itupun begitu.
ReplyDeleteAlhamdulillah! Allah hadiahkan kepada kami anak-anak yang agak mudah di bentuk. Doa kami semoga mereka akan menjadi orang yang lebih baik dari ibubapa mereka. Ameen!
Thank you Neeza. For your information kami sudah mengiklankan pembukaan sekolah rendah kami bernama Sekolah Rendah Tahfiz Integrasi Shah Alam. Sekarang sudah mula menerima pendaftaran murid Darjah 1, 2 & 3 untuk sesi Januari 2009. Now your wish come true, you will be able to send your children to Mak teh's school. And the Principal will be Puan ......ani! Hehehe. Silalah datang daftar secepat mungkin sebelum tempat habis penuh! Satu kelas 25 orang sahaja! Kita terima pendaftaran jarak jauh. Tidak ada asrama untuk tahap sekolah rendah, jadi you have to fly in daily nampaknya!
ReplyDeleteSalam Elisa, Yanna belum balik bercuti lagi sebab dia ambil 2 exam pada tahun ini. Alhamdulillah dia sudah najjah exam yang lepas. Sekarang sedang sit for the 2nd exam. Kesian dia! Tetapi Yanna adalah seorang yang sangat tabah. Kita doakan dia lulus cemerlang supaya dia dapat masuk Al-azhar U bulan 9 ni.
ReplyDeleteDia mungkin balik selepas exam ni ie lagi 2 minggu.
When you arrived in Malaysia please call me so that I can confirm date to meet you.
Mr. Janggel Trekker, terima kasih diatas doa anda. Harap cerita-cerita mak teh tidak merupakan angkat diri. Mak teh hanya ingin berkongsi pengalaman.
ReplyDeletesalam ceria buat makteh , family dan warga sekolah.
ReplyDeletekalau sudi, jemputlah ke rumah masa pulang dari kelantan nanti, dapat jumpa Lia ..rindulah , mesti dah semakin cute bakal doktor tu .. saya Jun ni tak dapat ke mana sebab hubby tak de.