Assalamualaikum!
Dalam hidup ini ramai orang ingin mendapat kemewahan, pangkat dan kemudahan. Dalam mencari atau mengejar perkara-perkara duniawi ini janganlah mudah kabur mata atau gelap hati. Kita harus sentiasa berwaspada terhadap tipu helah syaitan dan orang yang bersahabat dengannya. Kita juga harus ada prinsip hidup yang tidak akan mengorbankan agama dan bangsa kita.
Aku teringat kepada cerita ibu semasa aku kecil dahulu, ia-itu diakhir zaman Dajjal akan menjelma di dunia ini, di bahunya di kandarnya disebelah kira neraka dan di sebelah kanan syurga. Sesiapa yang mengikut kata-katanya akan di masukkan ke syurganya dan sesiapa yang menentangnya akan di masukkan ke nerakanya. Maka ramailah manusia yang akan tertipu dengan helah si Dajjal ini melainkan orang-orang yang beriman!
Setelah aku meningkat usia dan mengalami pelbagai asam garam hidup, nampaklah aku akan kebenaran cerita ibu itu. Aku amat berhati-hati dengan tipu helah Dajjal yang rasaku sudahpun menjelma. Pelbagai tipu muslihat Dajjal ada dalam hidup kita setiap hari. Dengan sedikit paparanku disini aku berharap anda juga sentiasa berwaspada.
Kes tipu helah Dajjal yang pertama aku temui ia-lah kalau hendak projek-projek besar hendaklah memberi rasuah. Maka Alhamdulillah tidaklah kami memberi walaupun sepuluh sen. Di sebabkan prinsip kami itu maka tidak dapat projek yang di pohonkan itu.
Pernah orang datang offer kewangan berjuta sekiranya kami melepaskan sesuatu projek yang telah kami pohonkan dan pada dasarnya dapat. Kami tidak menerima tawaran itu dan seterusnya tidaklah keluar surat kelulusan projek itu.
Kedua kalau nak barangan murah boleh pergi beli dari Supermarket Sang Dajjal, maka wang dari keuntungan itu akan di gunakan untuk membunuh orang-orang Islam. Maka tidaklah tergamak aku memijak kaki untuk membeli apa-apa barangan dari tempat itu.
Ketiga, kalau nak pangkat dan title amatlah mudah. Pernah juga kami didatangi ejen yang membawa "watikah" menjenmput minum bersa-sama kononya kenamaan tetapi hendaklah dihulurkan sumbangan puluhan ribu dan kami dijanjikan title yang ramai idamkan. Namu aku dan Pak haji tidak semudah itu di ajak minum dan tidak gila title.
Suatu ketika sebuah projek kami di offer untuk dibeli oleh bangsa asing dengan harga puluhan juta. Namun memandangkan tapak projek kami ada tanah Khas Melayu kami tidak tergerak hati untuk menjualkannya.
Banyak bisness yang boleh kami lakukan yang pulangannya cepat dan lumayan namun bila difikirkan konsep itu akan mengorbankan bangsaku, tidaklah akan aku lakukan. Ramai orang kita yang terpedaya dalam hal ini kerana mereka hanya nampak akan wang yang mereka boleh dapati. Mereka akan memasukki kumpulan jualan langsung yang barang yang dijual itu tidak berkualiti, kegunaannya tidak perlu, dan harganya terlalu mahal. Penggunak barangan ini adalah bangsa kita dan pengeluarnya adalah bangsa asing. Kerana kemewahan yang di kejar kita sanggup mengorbankan bangsa kita!
Dengan segala pengalaman diatas segala apa yang diunjukkan kepadaku sekarang aku mempunyai mata yang terang, tidak kabur kerana wang, mempunyai hati yang tidak gelap, Insya-Allah tidak akan mengorbankan agama dan bangsaku. Semoga kita sentiasa dipelihara Allah dan di beri taufik dan hidayahNYA. Aku tidak mahu masuk ke sangkar Dajjal dan aku juga berdoa semoga anda di pelihara dari mengikuti Dajjal jahanam itu.
Oleh itu berhati-hatilah wahai sahabat-sahabatku!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Kalau hidup berpaksikan wang ringgit, tak kekalkan mak teh...duit boleh mengalir macam air..
ReplyDeleteLebih baik kalau kita membuat sesuatu itu mengikut landasan yang betul. Walau pun keuntungan nya sedikit, InsyaAllah...tahan lama...
Memang beginilah keadaannya kalau mahu cepat kaya, mudah2an Allah sentiasa memelihara diri kita semua supaya tidak terjebak degan helah Dajjal.
ReplyDeleteAlhamdulillah kami dah pun stop shopping di Supermarket Sang Dajjal!!
p/s: lebih baiklah kita dambakan dan berusaha mendapatkan title yang Allah janjikan nanti di akhirat.
tak pernah neeza terfikir dajjal sebenarnya dah wujud...
ReplyDeletesemoga kita dijauhkan daripada terperangkap dengan pengaruh dajjal..
macam2 dugaan sekarang kan Makteh...
assalammualaikum.
ReplyDeletehadis nabi dari Aishah r.h,SESIAPA MENCARI REDHA ALLAH,DENGAN MARAHNYA MANUSIA,ALLAH AKAN MENCUKUPKAN KEPERLUANNYA.
SESIAPA MENCARI REDHA MANUSIA DENGAN MURKANYA ALLAH ,MAKA,ALLAH AKAN SERAHKAN URUSANNYA PADA MANUSIA.
salam makteh,
ReplyDeletehidup sederhana adalah yang terbaik , biar tak mewah asalkan halal sumbernya.