Assalamualaikum!
Beberapa hari lepas mak teh , pak haji, anak-anak dan warga sekolah kami sangat sibuk membuat persiapan menyambut tetamu dari negara jiran Singapura. Sibuklah anak-anak tahfiz mengemas asrama mereka, mengecat pintu pagar dan merancangkan aturcara untuk meraikan tetamu yang bakal kunjung.
Semalam jam 9.30 pagi mereka sampai 2 bas kesemuanya 90 orang termasuk para pelajar lelaki dan perempuan guru-guru, waris-waris dan ada juga adik-adik kecil. Mereka datang dari sebuah Pusat Tahfiz Singapura. Semasa mereka sampai awan mendung seperti akan mencurah hujannya bila-bila masa sahaja. Namun berkat doa kami semua dan solat hajat anak-anak tahfiz malam sebelumnya, Allah Maha Pengasih, Maha Mengetahui hajat hambanya, telah mengalih awan hujan itu ketempat lain ( petang baru hujan mencurah disini ). Alhamdulillah! Maka lancarlah perjalanan aturcara yang telah dirancangkan itu. Selepas ucapan alu-aluan dan taklimat Pengetua, ucapan balas dari wakil pihak tetamu, ucapan Ustaz Nidzom, kedua belah pihak menayangkan video perihal aktiviti sekolah masing-masing dan saling bertukar cenderahati. Kemudian tetamu di bawa menyaksikan kehebatan memanah anak-anak tahfiz kami di padang. Para tetamu kelihatan kagum dengan pertunjukan itu.
Hampir jam 11.30 pagi barulah mereka beredar ke asrama dimana mak teh dan anak-anak serta ahli jawatan-kuasa biro makan menyambut tetamu itu. Mak teh terlebih dahulu bersama pembantu dan anak-anak tahfiz banat (perempuan ) telah menyediakan hidangan tersebut. Menu termasuk nasi lemak, bihun goreng dan roti jala bersama kari ayam spesial dan kuih serimuka pulut hitam (order je melalui guru sains kami). ( Penatnya tak terkira, sebabtu lah mak teh tak dapat menyambut tetamu masa merka mula-mula mereka tiba tadi ). Mereka menjamu selera sambil berbual mesra terutama Mudir dan tenaga pengajar kedua-dua sekolah. Kemesraan yang ikhlas dan sepontan menambat hati masing-masing. Itulah ukhwah di antara saudara sesama Islam yang berjuang dalam satu bidang terjalin dengan mudahnya walaupun belum pernah bertemu sebelum ini.
Mereka berangkat pulang pada jam 1.00 tengah hari dengan lambaian selamat tinggal kepada kami saudara yang baru bertemu tadi. Mereka telah berjanji akan menghantar sekumpulan pelajar-pelajar mereka untuk menghadiri Summer Camps di sekolah kami setiap musim cuti. Alhamdulillah kami juga bersedia menerima mereka untuk tujuan tersebut. Ada di antara waris yang datang bersama-sama rombongan menyatakan minat untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah kami. Alhamdulillah! kami berasa puas hati dengan usaha kami menyambut tetamu dan perjalanan aturcara keseluruhannya.
Kami amat bersyukur! Semua yang baik datangnya dari Allah SWT.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Alhamdulillah , tetamu makteh dari jauh tu pasti puas hati dengan layanan makteh dan warga sekolah.
ReplyDeleteSemoga sekolah makteh bertambah maju, InsyaAllah.
Salam..wah Mak Teh terima tetamu! Alhamdulillah semuanya berjalan lancar kan Mak Teh...
ReplyDeleteAlhamdulillah majlis berjalan lancar, mudah2an hubungan kedua sekolah bertambah erat, nanti boleh buat students exchange program.
ReplyDeleteSalam Mak Teh,
ReplyDeleteSaya ada persoalan sikit. Emmm...
Kalau kita terlepas/tertinggal sembahyang fardhu, bolehkah kita qadha? Sebab saya ada dengar bhw sembahyang tak boleh qadha cuma puasa saja yang boleh qadha.
Terima kasih, mak lang
Sarina, nampaknya mereka berpuashati dengan sambutan kami. Jalinan persahabatan itu akan diperkukuhkan lagi dengan mereka akan menghantar pelajar-pelajar mereka ke Summer Camps kita setiap musim cuti.
ReplyDeleteMr janggel trekker, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
ReplyDeleteOO, Alhamdulillah dengan izin Allah semuanya berjalan lancar.
ReplyDeleteInsya-Allah di masa hadapan apabila kita mempunyai lebih ramai kakitangan dan tenaga pengajar kita boleh mengaturkan such exchange programs.
Ina, setahu mak teh kalau kita terlepas solat fardu hendaklah di qadha dengan segera. Tak pernah dengar pula tak boleh qadha.
ReplyDeleteMungkin maksud mereka tak perlu qadha solat yang tertinggal sewaktu orang perempuan mengalami haid dan nifas, sedangkan puasa adalah wajib di qadha'. Wallau'alam!
alhamdulillah, semuanya berjalan dengan sempurna..
ReplyDeletesiap ada kuih seri muka pulut hitam lagi.. tak pernah neeza makan tu...