Assalamualaikum,
Di dalam kesibukan kita menjalani kehidupan setiap hari, kita selalunya melakukan ibadah solat secara tergesa-gesa serta sukar melakukannya dengan khusyu'. Selesai memberi salam kitapun terus bangun hendak menyambungkan tugas atau kerja yang kita tinggalkan tadi atau terus tergesa-gesa hendak keluar mencari duit, atau hendak pergi berhibur dan sebagainya. Dalam keadaan begitu kita lupa atau tak sempat hendak berzikir atau berdoa.
Seharusnya kita hendaklah beristighfar dan berzikir, Astaghfirullahhalazeem 3kali kemudian zikir Suhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali. Kemudian kita baca doa umpamanya,1) Robbana aatinaafiddunya hasanah wa filaakhirati hasanah wakhinaa 'azaabannar. 2) Allahumma 'ainni 'alaazikrika wasyukrika wahusna ibaadatika, 3) Allahumma inni 'aauzubikaminalhammi walhusni wa 'aauzubikaminal 'ajziwalkasal wa 'aauzubikaminal jubni walbukhli wa'aauzubikamin ghalabbatiddaini wakhohrirrijal. 4) Doa untuk kedua ibubapa dan lain-lain doa
Salah satu gulungan manusia yang Malaikat mendo'akan keatasnya ialah orang yang masih di atas tempat soalatnya (berzikir & berdoa ) untuk beberapaa ketika setelah selesai solat. Kalau selepas solat sunat malam seeloknya kita beristighfar 100 kali dan bersolawatlah 100 kali. InsyaAllah kita akan mendapat hidayah dari Allah SWT dan Allah akan memelihara kita.
Semoga Allah akan menyeru kita di akhir hayat kita dengan seruan, " Yaa iayatuhannafsul mutdhmainnah, irjii' ilaarobbiki roodiyatammardhiyah. Fadhkhulii fiiibaadi. Wadhkhulii jannati." Ayat 3 terakhir surah Fajr. yang bermaksud, " Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Robbmu (Allah )dalam keadaan engkau suka dan Dia meredhaimu. Masuklah dalam gulungan hambaku. Dan masukaklah ke dalam Syurgaku."
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Assalamualaikum Mak Teh & all,
ReplyDeleteI've been a silent reader for quite sometime..refusing to leave comments, but instead enjoying ur tazkirah and advice..
tapi hari ni berbeza. tazkirah Mak Teh buat saya menitikkan air mata..betapa senang nak dapatkan pahala and ketenangan, but we often neglect it. just a few simple doa after solat makes a huge difference..
you arr absolutely right. selalu lepas solat tergesa-gesa nak sambung whatever we were doing before. tanpa berfikir, Allah memberi pada yang meminta..
Thanks Mak Teh. this is an eye opener..
Wasalam..
Terimakaseh kerana mengingatkan...
ReplyDeleteMak Teh,
ReplyDeleteFirst and foremost thank you for this tazkirah. I dulu termasuk orang-orang yang bersegera bangun bila selesai memberi salam, berdo'a tu kira kalau sempat (boleh pulak "kalau sempat" tu kan?). Alhamdulillah I am a changed person (insyaAllah) though banyak lagi nak kena improve ni..one major changed that I can feel is after we've made a hijrah meninggalkan makanan syubhah. Subhanallah! dengan izinnya we can feel the difference - solat lebih khusyu', badan ringan nak buat ibadah more than yang wajib-wajib, hati lebih sensitif mendengar kalimah2 Allah/bacaan AlQuran serta makna..mudah2an berkekalan dan bertambah baik.
Lagi satu saya pernah jugak dengar kalau dalam sujud terakhir solat kita sebelum salam tu, boleh jugak nak berdoa waktu tersebut, betul ke?
Thanks for tazkirahnya Mak Teh.
Istighfar dan salawat 100x selesai solat malam tu akan cuba diamalkan, insyaAllah. Jangan tertidur masa berzikir tu sudahlah :)
Assalamualaikum.. Thanks for the tazkirah Mak Teh.
ReplyDeletemak teh apahabaq? sihat ka ?
ReplyDeleteterima kasih Makteh diatas tazkirah yang sangat berilmu ni..
ReplyDeletesaje je nak share sikit.. kat sini (saudi), payah nak tengok lepas solat jemaah, Imam baca doa.. diorang kata, dalam solat, dah banyak doa.. jadi tak payah doa lagi.. entah lah kan..
kita buat lah apa yang terbaik.. lagipun apa lah salahnya spend dalam 5 minit lepas solat untuk duduk sekejap... kalau duduk bersembang kosong, 50 minit pun tak terasa.. heheh...
Selamat datang ke blog mak teh and thank you for your comments.
ReplyDeleteItulah ada kebaikannya anda meninggalkan komen sekurangnya mak teh dapat feedback mengenai apa yang mak teh dah tulis. Syukurlah anda tersentuh oleh sedikit tazkirah itu hingga menitiskan air mata. Itu bermakna jiwa anda sudah sensitif terhadap seruan2 agama.
Semoga anda mendapat faedah dari tulisan-tulisan mak teh seterusnya. Terima Kasih.
Mak Lang, sebenarnya mak teh juga mengingatkan diri sendiri juga untuk anak-anak mak teh yang membaca blog ini.
ReplyDeleteOO, mak teh dulupun macamtu. Nilah nak cuba buat yang sepatutnya tu.
ReplyDeleteApa yang anda mengalami sekarang itu ialah peningkatan keimanan dan ketakwaan kerana Allah SWT telah memberikan anda taufiq dan hidayahNya. Bersyukurlah banyak2 sebab Allah memuliakan seseorang itu dengan memberi taufiq dan hidayahNya bukan dengan cara memberi kekayaan dan pangkat! Kalau anda faham yang ini anda adalah orang yang bahagia sekarang.
Adik Jin, Alhamdulillah mak teh dah sihat sekarang. Diharap Adik Jin& partner juga begitu.
ReplyDeleteMr Janggel Trekker, waalaikumussalam! Terima kasih juga pada anda yang sudi membacanya.
ReplyDeleteNeeza, kita kena faham bahawa di Saudi itu mereka pakai mazhab Wahabi. Mazhab itu timbul for political reasons semasa keluarga ibni saud mula memerintah negara Arab selepas perang dunia, macam kita disini Islam Hadarilah. So Si Wahab sudah kata tak payah berdoa lepas solat maka mereka tak boleh doalah. Macam-macam lagilah Si Wahab tu kata tak boleh padahal selama ini beratus tahun kita telah memperaktikkannya dengan Nas-nas yang sahih. Yang sedihnya ada orang kita disinipun terikut2 dengan cara itu tanpa usul periksa.
ReplyDeleteKita di Malaysia adalah berpegang kepada Mazhab Imam Syafie. Mazhab ini salah satu mazhab dari Ahli Sunnah wal Jamaah. Telah lama di terima oleh Ijma' Ulama2 Islam seluruh dunia. Amalan ibadah kita juga amat tertib dan teratur. So peganglah kuat2 apa yang telah kita amalkan selama ini. Insya-Allah kita tidak akan terpesong dengan amalan2 dan kepercayaan karut.
Ada hadith nabi telah berkata bahawa di akhir zaman ada 77 cabang agama islam hanya satu yang betul. Itulah yang ulama' kita katakan Sunnah wal Jamaah tu lah yang betul.
oooo.. gitu ke?? baru lah neeza tahu cerita.. thanks ye Mak Teh..
ReplyDeleteTerimakasih atas tazkirah makteh ini, memang saya pun kalau ada urusan ,cepat2 je lepas eolat terus bangun, doa pun pendek2 je, kalau ada masa lapang baru berdoa lama sikit. kalau ada msalah paling lama berdoa... harap dapat perbaiki diri saya , InsyaAllah.
ReplyDeleteAssalammualaikum.
ReplyDeleteAlhamdulillah dengan tazkirah mak teh.
Sebagai pengetahuan bersama,kata seorang soleh,manusia melakukan kejahatan kerani hatinya kotor dan darahnya dipengaruhi syaitan.oleh itu ,untuk bersihkan hati-banyyakan zikir lalilahaillALLAH,untuk bersihkan darah,banyakkan selawat .
Waallahualam.
Sarina, sama-samalah kita cuba memperbaiki diri setiap hari. Tiap hari yang kita hidup adalah bonus untuk kita kerana ajal maut tidak kira usia seseorang itu.
ReplyDeleteWaalaikumussalam! kitab kuning terima kasih juga kerana berkongsi ilmu dan saling ingat mengingati.
ReplyDeleteMemang kelihatan satu kerugian yang amat besar, usai sahaja solat, masing - masing terburu - buru keluar dari rumah ibadah. Mereka bukan tidak tahu tentang ibadah yang paling sempurna, tetapi urusan dunia lebih - tarik, menarik, tertarik.
ReplyDelete