Assalamualaikum!
Hari demi hari aku meniti hidup ini. Entah berapa jauh lagi aku akan menapak ke hari muka, aku tidak tahu. Orang yang disayangi ada yang telah pergi terlebih dahulu. Ada lagi insan-insan yang ku sayangi masih menemani hidupku. Alhamdulillah! Kalau hidup tanpa mereka tentulah hidupku akan sepi. Aku tidak dapat dan tidak mahu membayangkannya.
Semalam aku duduk diruang tamu sambil memikirkan sesuatu. Zed datang menemanuku lalu bertanya, " Mak rasa diri mak mudakah tua? "
Aku menjawab, " Hmmm, kalau sakit-sakit rasalah diri ni dah tua. Tapi kalau boleh buat apa yang nak buat setiap hari rasa macam muda saja. Tak ingatpun umur dah tua!"
" Sebenarnya mak masih muda!" tegas Zed. " Tengoklah tok tu, dah berumur 85 tahun baru je kebelakangan ni dia kurang sihat."
Betul juga apa yang Zed kata tu. Ibuku hanya kebelakangan ni uzur. Sewaktu dia berumur seperti umurku dia ligat bergerak kesana kemari. Selang sebulan dua, dia akan berada di rumah anak-anaknya di Shah Alam. Dari sembilan orang anaknya, 5 orang bermastautin di Shah Alam. Jadi dia akan terbang pergi balik bersendirian dari Alor Setar ke sini tiap kali hatinya tergerak nak bersama anak-cucunya.
Beberapa bulan yang lalu ibu jatuh sakit. Dia telah memanggil semua anak-anaknya pulang. Kamipun rasa cemas dan telah mengelilinginya di hospital. Kami sangka dia akan pergi. Kebetulan pada waktu yang sama Abang Long juga sakit dan diwadkan di bilik selang beberapa pintu dari bilik ibu. Seminggu kemudian kami berasa lega apabila ibu pulih dan keluar dari hospital. Kamu lupa bertanya hal Abang Long kerana menyangka dia demam biasa sahaja juga kerana Abang Long sebelum ini tidak pernah sakit.
Sehari selepas ibu keluar dari hospital, aku terkejut menerima panggilan yang keadaan Abang Long merosot teruk. Dia mengalami kidney failure serta tidak lagi boleh bercakap. Keadaan Abang Long amat menyedihkan! Tidak dapat aku ceritakan disini. Kami adik-beradik berkumpul semula membincangkan apa yang harus kami lakukan. Kami dapati doktor yang merawat abang long di hospital swasta itu cuai dan lembap.
Kami segera memindahkan Abang Long ke Hospital Besar Alor Setar. Kami berpuashati dengan layanan dan treatment yang di beri oleh para doktor dan kaki-tangan Hospital tersebut. Namun sedihnya di hospital Besar itu alat mesin dialysis tidak mencukupi. Para pesakit termasuk Abang Long terpaksa menunggu lama untuk giliran menggunakan alat tersebut. Seminggu Abang Long berada di Hospital itu, setelah dapat membuat dialysis yang terakhir dia tidur dengan tenang dan tersedar dari itu dia bercakap seperti dalam keadaan orang yang pulih dari sakit, boleh bercakap-cakap bersama anak-anaknya selama 2 jam. Kemudian dia tertidur semula dan terus keadaan coma. Keesokkan harinya pada sebelum masuk waktu 'Asr beliau kembali ke Rahmatullah! Inna Lillahi wainna ilaihiroojiuunn! Aku sangat bersedih atas pemergian Abang Long. Dia telah menjaga kami adik-beradik menggantikan ayahku yang telah meninggal sewaktu umurku 12 tahun. Umurnya pada masa itu baru 21 tahun.
Hari demi hari telah berlalu, sudah 2 bulan Abang Long meninggalkan kami!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
memang pilu apabila orang yang kita sayang pergi disaat tak terduga dan diwaktu kita masih memerlukan...
ReplyDeletetapi, ajal maut ditangan Allah..
semoga roh Abang Long Mak Teh tenang disana...
Salam mak teh...memang betul kata Neeza, sedih tak terkira bila yang dikasihi pergi meninggalkan kita kan... Moga roh Abang Long dicucuri rahmatNya..Amin...
ReplyDeleteMaklang terasa amat tua sekarang ni Mak Teh...tak kuat serta tak boleh kerja kuat2...kadang2 rasa macam tak sabar...tak bila ingat Maklang sedang diuji olehNya...maklang syukur dan berdoa supaya diberi kemudahan untuk menjadi seperti insan lain dan dapat pulih seperti biasa demi suami dan anak2 tercinta...
Neeza, thank you!
ReplyDeleteMak Lang, sakit itu adalah cara Allah memberi kesedaran kepada kita. Semoga dengan kesedaran itu kita akan membuat persediaan untuk hari akhirat pula.
Insya-Allah mak lang akan sembuh dan akan boleh buat banyak amalan lagi. Ameen!