Wednesday, 11 February 2009

Kembar Lagi

Assalamualaikum!

Semalam seorang ibu datang berjumpa kami. Sebelum itu ibu itu telah menelefon nak cakap dengan Pak haji. Pak haji memberitahunya bahawa sebelah pagi kami sanagt sibuk. Namun ibu itu berkeras juga hendak datang jumpa Pak haji.

" Oklah, datang 9.30 " kata Pak haji.

" Mak aji! Ada orang nak datang jumpa. 9.30" kata Pak haji.

" Saya ada kelas! " jawabku yang sedang bersiap-siap nak ke sekolah.

" You jumpalah sekejap dulu. Kemudian you pergilah kelas "

" Ok! " kataku.

Tidak lama selepas itu, datanglah si ibu yang menelefon tadi. Selepas bersalaman dan duduk di kerusi, dia mula bercerita tentang hajatnya datang berjumpa kami. Untuk meringkaskan cerita, ibu ini seorang doktor, suaminya seorang jurutera mempunyai sepasang anak kembar ( seorang lelaki dan seorang perempuan ) sedang menuntut di Tingkatan 1. Mereka sedang membuat aliran Tahfiz di sebuah sekolah Agama. Anak-anak itu sedang mengalami masaalah di sekolah itu. Itulah tujuan beliau datang meninjau sekolah kami.

Setelah Pak haji tahu latarbelang kes ini, maka Pak haji memberi kaunselling dulu kepada Si ibu itu. Nampaknya anak-anak itu tidak dapat cope dengan sistem pelajaran di sekolah itu. Mereka sedang menghadapi stress dan tekanan mental. Jadi Pak haji nasihatkan supaya Si ibu mengeluarkan segera anak-anak itu dari sekolah dan rehat dahulu di rumah, sebelum mereka mengalami nervous breakdown. Pak haji berkar sekiranya mereka dah breakdown susah untuk dipulihkan. Kesan dan akibatnya mungkin teruk nanti.

" Ambil mereka pulang segera dan rehatkan mereka di rumah. Perkara masuk sekolah ini atau tidak, perkara kedua. Apabila mereka sudah rehat dan bersedia barulah cakap pasal sekolah dan bolehlah bawa mereka berjumpa saya." nasihat Pak haji kepada puan doktor itu. Beliau mengagguk-ngangguk tanda faham dan bersetuju.

Akupun minta diri dan beredar ke sekolah.

Malam tadi akupun bertanya Pak haji mengenai kes itu. " Awak nak ambilkah budak-budak itu? "

" Issh, tak tahulah! " keluh Pak haji. " Nak tolakpun kesian. Kita tengoklah dulu nanti macam mana."

" Nak ke budak-budak tu buat aliran Tahfiz? Mereka berminatkah? Mungkin parents paksa kut? kalau tak boleh buat bawalah saja ke sekolah biasa!" kataku.

" Katanya memang mereka yang berminat buat Tahfiz. Dia tidak memaksa anak-anaknya tu . Itulah ramai ibubapa ingin nak anak-anak jadi Tahfiz tetapi tidak tahu cara dan jalannya. Ingat tak, kita dahulu pergi bertanya ramai orang yang tahu jalan ini baru kita masukkan anak ke sekolah aliran ini. Itupun setelah kita mencari sekolah yang terbaik dar selatan sampai utara!"

Kesimpulannya kalau anda nak bawa anak-anak anda ke jalan Tahfiz, carlah sekolah Tahfiz sebenar. Jangan masukkan ke sekolah Agama biasa kemudian ambil aliran Tahfiz. Mereka mungkin tidak ada kepakaran mengendalikan pelajaran Tahfiz dengan sistem yang betul dan berkesan. Anak-anak Tahfiz tidak boleh di didik cara anak-anak yang mengambil aliran biasa. Susah mak teh nak ceritakan dengan detail, tetapi kami menjaga jadual, pemakanan, ibadah dan riadah & rekreasi mereka.

8 comments:

  1. Salam,

    Semoga Makteh dan Pak Haji sihat sejahtera.

    Saya setuju apa yang Makteh kata, aliran tahfiz ni kena beri fokus 100% baru boleh berjaya. Pelajaran akadmik adalah sampingan tapi jika sekolah tu jadikan tahfiz sebagai sampingan memang akan membebankan pelajar, kesian anak-anak jadi stress. Saya pun cakap dari pengalaman . Saya doakan agar anak kembar doktor tu selesa belajar di sekolah Makteh jika pihak sekolah menerima kemasukan mereka kelak.

    ReplyDelete
  2. mak teh,

    boleh tak makteh share macamana nak gauge samada anak kita ni berkemampuan dan berminat atau tidak untuk masuk sekolah tahfiz?

    ReplyDelete
  3. maklang tak ada pengalaman, jadi baca aje cerita makteh...

    semuga anak2 kembar doktor dapat belajar dengan selesa...

    ReplyDelete
  4. Sarina, mak teh belum terima pelajar itu lagi. Semalam mereka datang bersama ibu mereka. Apabila ditanya apa masaalah mereka di sekolah sekarang mereka tidak memberitahu. Apabila di suruh pulang ke sekolah itu mereka menggeleng kepala. Apabila di tanya nak masuk ke sekolah ini kah mereka tidak segera menjawab.

    Jadi kalau kes yang begini mak teh tidak terus terima. Kami suroh mereka pulang buat solat Istikharah dahulu. Dua hari kemudian baru datang berjumpa kami kalau mereka rasa positif.

    ReplyDelete
  5. Elisa, anak itu mestilah anak yang tinggi IQ dia. Terang hati apabila di ajar al-Quran, suka buat ibadah dan cenderung ke hal-hal agama. Kita dapat nampak anak yang macam ini semasa awal primary lagi.

    Kita juga sebagai ibubapa dapat memainkan peranan ia-itu didikan hendaklah memberatkan agama semasa anak itu kecil lagi. Pendedahan mereka kepada ibadah dan perkara-perkara keagamaan, pemakanan yang kita beri mestilah halah dan bagus, lebih penting lagi doa kita untuk menjadikan anak-anak ini anak yang soleh dan pohonlah supaya anak itu akan jadi seorang al-hafiz. Insya-Allah akan di makhbulkan!

    ReplyDelete
  6. Mak Lang, terima kasih kerana menjeguk mak teh. Semoga mak lang sentiasa sihat walafiat!

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum Mak Teh ,

    saya singgah sebentar di blog mak teh .. seronok membaca , banyak cerita menarik yg boleh dijadikan panduan dalam hidup ...

    ReplyDelete
  8. Salam smurf! Selamat datang ke blog mak teh! Jenguk-jenguklah selalu. Terima kasih.

    ReplyDelete