Assalamualaikum!
Hari ini anak-anak Tahfiz berpuasa sunat. Aku tidak berpuasa kerana badan rasa not up to it dan tahu banyak perkara yang aku kena lakukan hari ini. Selain ke pasar basah, ke kedai borong, masak dan mengajar, aku juga telah pergi ke KL bersama Pak haji untuk membeli buku-buku, kitab-kitab dan mengambil pakaian seragam ( jubah ) yang telah di tempah . Kami balik dri KL tadi sampai rumah jam 5.30 petang. Kami rasa sangat keletihan, namun kami bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengizinkan kami membuat kerja-kerja ini.
Jenis kerja yang kami buat ini ada suka dan dukanya. Kami amat suka mendengar anak-anak Tahfiz kami membaca al-quran dan bersungguh-sungguh menghafalnya setiap hari. Kami gelihati melihat telatah mereka berlumba-lumba dalam pelajaran dan permainan. Kami suka melihat setiap makanan yang kami sediakan habis mereka makan. Kami bangga melihat mereka segak dan tampan apabila berkawad dalam pakaian seragam Kedet Remaja Sekolah ( Sekolah kami pakai nama Kedet Tahfiz ). Apabila di bawa ke kolam renang mereka seperti itek mendapat air, bukan main suka lagi!
Kami gembira mereka akan masuk bertanding Tilawah Hafazan, akan di lantik menjadi Imam Tarawih, selalu di jemput ke majlis-majlis Agama. Kami suka mereka akan bertanding sukan atlit, sukan memanah dan bola jaring antara sekolah-sekolah. Banyak lagi kegembiraan kami melihat anak-anak kami sihat dan ceria apabila melakukan aktiviti setiap hari. Walaupun mereka bangun jam 5.00 pagi dan tidur jam 11.00 malam dan jadual mereka padat setiap hari, meraka tidak merungut atau menyatakan keletihan!
Kalau kami selalu gembira seperti yang di sebutkan di atas, anda tentu hairan apa pula yang mendukakan kami ? Haaa, memang ada! Kami tidak suka kalau ada di antara mereka yang jatuh sakit. Kami tidak senang melihat mereka tidak selesa kerana kami belum ada kompleks bangunan sendiri. Hatiku hiba apabila tidak dapat membeli makanan yang bagus-bagus kerana harga makanan terlalu mahal. Kami amat berduka apabila ada antara ibubapa yang mengeluarkan anak dengan alasan kewangan. Kami amat berdukacita apabila ada orang yang memandang serong atas usaha-usaha kami. Kami juga sedih kerana tidak dapat ambil ramai lagi penuntut di sebabkan kurangan dana untuk meluaskan asrama. Ada juga beberapa orang yang menghulurkan derma ikhlas kepada kami. Ramai juga orang yang sebut ingin membantu tetapi hanyalah di bibir sahaja. Namun kami sentiasa memohon kepada Allah SWT agar kami mendapat pertolonganNya dan di permudahkan segala urusan.
Hari ini ada lagi seorang pelajar baru ( lelaki )yang di terima masuk ke sekolah kami. Esok dia akan daftar masuk asrama. Kami belum tahu lagi bagaimana hendak menempatkan beliau kerana semua katil telah bertuan. Katil bouble decker tambahan telah kami order, namun ruang dalam asrama untuk menempatkan katil boleh di katakan tidak ada. Pak haji tidak putus asa, katanya dia akan ikhtiarkan sesuatu. Kita tengok saja besok macam mana perkara ini dapat kami atasi.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Semoga dipermudahkan segala usaha Mak Teh & Pak Haji....
ReplyDelete