Saturday 27 June 2009

Islamkah Dia ?

Salam Semua !

Pagi semalam Aizad buat announcement kepada the girls mengenai kematian penghibur terkenal Michael Jackson. Personally mak teh tak terasa sangat atas berita itu cuma kesian je kepada MJ kehidupannya tidaklah begitu bahagia. Lepastu teringat juga kalau berita dia memeluk agama Islam itu betul, siapa akan mengambil tanggung-jawab nak uruskan pengkebumiannya secara Islam.

Berkaitan dengan cerita ini aku teringat kisah seseorang di kampungku. Ada seorang lelaki Cina penjual ikan, suka sangat beramah-mesra dengan orang-orang kampung. Apabila berbual dan bergurau senda dengan sahabat-sahabat Melayu, dia suka melafazkan, " Laailahaillallah! ". Maka suatu hari dia jatuh sakit, kawan-kawan Melayu diapun pergi melawatnya termasuklah saudaraku Tok Cik Sepiah.

Apabila Tok Cik Sepiah pulang dari melawat Apek Ikan, dia memberitahu ibuku, " Apek sedang nazak, bila aku pergi melawatnya, matanya sentiasa memandangku dan mulutnya bergerak-gerak seolah-olah meminta aku sesuatu. Aku takut dan segera beredar dari sisinya.

Kata ibuku, " Apa yang Mak Cik takutkan ? "

Jawab Tok Cik Sepiah, " Aku takut melihat matanya seolah-olah meminta aku membimbingnya melafaz Kalimah Syahadah. Kan dia selalu bersembang dengan kita, mulutnya tidak putus-putus sebut ' Laailahailllah '! "

Kata ibuku, " Haa ! Kenapa Mak Cik tak tolong bimbing dia mengucap dah kawantu dah nazak ? "

" Issyy ! Takutlah aku, nanti aku yang bertanggung-jawab nak kata dia Islam, nak kebumikan dia cara Islam. Nak mampus aku kena lawan dengan keluarga dia pula! Itulah, dari dulu orang kampung suruh dia masuk Islam, dia hanya tersenyum sahaja." kata Tok Cik sepiah.

Selang 3 hari dari perbualan itu Apek Ikan meninggal dunia.

Sekarang kisah MJ pulak. Sesiapa yang mengaku tahu dia telah memeluk agama Islam, kenalah bertanggung-jawab menguruskan mayatnya secara Islam.

4 comments:

  1. Harapnya betul berita dia dah Islam. Abang MJ dah 20tahun masuk Islam.

    Saya memang peminat dia suatu ketika dulu , emang dia hebat !

    ReplyDelete
  2. Kak Long harap abang MJ yang dah 20 thn memeluk islam dapat menguruskan pengebumiannya secara islam jika benar beliau telah memeluk islam. Tapi 2 hari lepas ada keluar dalam tv dimana abangnya kata "Semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya"...Wallahhualam.

    ReplyDelete
  3. Sarina,

    Alhamdulillah, kalau dia ada abang yang dah Islam. Tentunya abang dia akan make sure MJ akan di kebumikan secara Islam kalau betul dia Islam.

    ReplyDelete
  4. Kak Long,

    Ya, kalau dia Islam, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

    ReplyDelete