Monday 8 June 2009

Majlis Perkahwinan Meriah

Salam Semua !

Semalam kami pergi majlis perkahwinan 2 pupuku di Damansara Utama. Ibuku yang sedikit uzur kerana baru pulih dari sakit pun pergi juga. Seronok di majlis itu kerana dapat berjumpa dengan ramai saudara mara. Tambahan pula pasangan pengantin agak istimewa. Ada 2 pasang pengantin, yang kakak seorang doktor berkahwin dengan mat saleh Irish, yang adik seorang dental surgeon, berkahwin dengan jejaka Indian muslim. Lupa pula aku nak bertanya apa pekerjaan pasangan mereka. Tetapi aku agak dari bidang yang sama.

Nampaknya dah menjadi antrabangsalah keluarga sepupu ibuku ini yang aku panggil Mak Lang. Mak langpun hasil dari campuran yang unik, ibunya keturunan Melayu Sumatera yang moyang kami berdarah arab. Bapa Mak Lang berketurunan Melayu Thailand. So tak dapatlah aku nak bayangkan bagaimana wajah cucu-cucu Mak Lang nanti. Insya-Allah akan mendapat generasi baru yang comel-comel dan bijak. Namu kami doakan semoga akan menjadi orang-orang yang soleh dan solehah.

Nampak kepuasan dan keceriaan diwajah ibuku kerana telah bertemu kebanyakkan sepupunya yang telah lama beliau tidak bersua. Aku juga berasa begitu kerana telah bertemu pupu-poyang yang kami dulunya adalah satu geng berkawan semasa di kampung.Aku telah bertemu Pak Uneng, Pak Anjang, Mak Long, Mak Cik, Mak Teh, Mak Ndak dan ramai lagi. Apa lagi punya seronok bersembang sampai rasa tak mahu beredar dari majlis itu. Oh ya! makanan yang di hidangkanpun sangat sedap dan memuaskan.

Sekian dulu , terima kasih !

3 comments:

  1. Salam Mak Teh,

    Lama tak menjenguk keblog ni sebab sibuk dgn anak2 yang bercuti dan pada masa yang sama berperang dgn kerja2 office. Eloklah mak Teh dpt meluangkan masa dgn kaum keluarga dekat dan jauh sebab bila sekolah dibuka semula nanti, pastinya kembali sibuk dengan rutin harian mak teh dan pak aji. Selamat meneruskan cuti yang masih berbaki!

    Salam...Kak Long

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Long,

    Terima Kasih kerana menjenguk mak teh. Nampaknya kami akan menghabiskan cuti du rumah sahaja. Banyak perkara yang kami perlu selesaikan. Takpe nanti anak-anak Tajfiz masuk semula dan settle semua kami akan keluar weekend. Insya-Allah !

    ReplyDelete
  3. Salam Mak Teh,
    Memang betul tu... dapat berjumpa saudara mara sekali2 amat la seronoknya... kalau tak.. bila lagi kita nak jumpa ... kalau bukan masa ada kenduri kendara kan... umie pun sama gak... cuti sekolah ni.. banyak jumpa kerabat jauh dan dekat semasa balik ke kampung tempoh hari.

    ReplyDelete