Monday 29 June 2009

Oh Kome Deghoyen Dah Berbunge !

Salam Semua!

Cahaya mentari yang tadinya terik sudah mula redup dan kedengaran sayup-sayup bunyi guruh. Petang ini anak-anak Tahfiz tidak ada aktiviti di padang kerana mereka berpuasa. Pembantuku sedang bersilat di dapur menyediakan makanan berbuka puasa kami. Nanti selepas asar aku akan masuk dapur memasak hidangan istimewa untuk hari ini.

Malam tadi, Pak haji pergi ambil durian dari dusun kami di Ulu Langat. Dapatlah dalam 40 biji cukup untuk beri makan anak-anak Tahfiz selepas mereka berbuka nanti. Alhamdulillah ! Itu adalah rezeki mereka. Kami telah membeli dusun ini berpuluh-puluh tahun dahulu semasa kami masih muda dan anak-anak masih kecil. Dulu rajinlah kami pergi berhujung minggu di dusun yang terletak tidak jauh dari Air Terjun Sungai Gabai. Sekarang dah tidak ada masa lagi dan tenagapun sudah kurang.

Apabila diberitahu kisah durian sudah luruh, anak-anak Tahfizpun teruja nak pergi camping di dusun. ( Dalam tahun 2007 kami telah membawa mereka berkhemah di sana )Pak haji sudah bersetuju bahawa mereka boleh pergi camping apabila Aly pulang kelak, dijangka hujung bulan July. Kalau hujung July, durian sudah tiada, kemungkinan yang ada hanya manggis dan rambai serta rambutan. Apapun anak-anak itu sudah sibuk set up committee merancangkan perkhemahan itu. Di antara aktiviti yang menarik nanti ialah BBQ ayam, menanam pokok-pokok baru, main sungai yang mengalir dalam dusun itu dan merentas desa di malam hari.

Untuk adik-adik di rumah yang ingin nak makan durian, datanglah kerumah mak teh dihujung minggu. Kalau ada rezeki dapatlah makan durian atau bubur durian sahaja. Ada yang ingin ikut berkhemah? Boleh je, tetapi ibubapa adik-adik hendaklah bertanggungjawab keatas keselamatan adik-adik. Maksudnya mereka hendaklah turut sama dalam program perkhemahan itu. Hehehe! Mahukah mereka??

Menu kami hari ini ialah rendang ayam, sotong masak tomato cili dan sayur campur. Hidangan istimewa ialah mee goreng basah, durian dan air sirap bandung. Hehehe, jangan teliur, kami hanya menyediakan a balanced diet !!



Tersenyum Anak-anak Tahfiz Puteri di hadapan Asrama mereka, sudah siap untuk turun ke Padang.

4 comments:

  1. Pesta deghoyan ye...memang rezeki anak2 tak putus2 datang Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Salam...sikecik beberapa hari ni tidur awal. Kalau dia nampak entry ni, mesti sibuk nak join perkhemahan yang dirancang tu. K.Long pulak lately ni balik lewat and now semua note books telah disimpan except mine dan hanya boleh di pakai pd hujung minggu shj. Tiada pilihan lain when the kids don't know how to discipline themselves...inilah masaalah anak-anak zaman sekarang. Kami parents ni pun jadi confuse nak bagi ke tak nak bagi....buat sementara ni kena simpan dulu as a punishment sebab dah beberapa kali warning...hmmm..tak pasal2 membebel pulak di blog Mak Teh ni!

    Mee goreng basah, durian and sirap bandung...memang terlioq!

    ReplyDelete
  3. Sarina,

    Begitulah rezeki yang di kurniakan Allah kepada anak-anak ini. Mak tehpun menumpang rezeki mereka.

    ReplyDelete
  4. Kak Long,

    Tindakan yang Kak Long buat itu adalah betul. Anak-anak kecil kena ada supervision apabila menggunakan internet, videos, tv etc. Too liberal on these things will cause problems to the children. Takpe boleh je nak membebel dalam blog mak teh. Hehehe!

    ReplyDelete