Sekejap saja cuti dah pun habis! Petang ni pelajar-pelajar masuk semula ke asrama. Semalam saya dah pergi beli barang-barang keperluan dapur, bahan makanan, ikan, ayam dan sayur-sayuran. Asrama pun telah di cuci dan di kemas oleh para pembantu. Dah rasa bersedia untuk menyambut kepulangan anak-anak yang ramai ni. Rasa rindu juga pada mereka bila tak kedengaran ayat suci yang selalu mereka baca dan lagu doa selepas membaca Al- Quran , Allahummarhamna bil Quraan , wajaalhulana imaaamaan wa nuurann wahudaann warahmah......, yang bunyinya dalam bahasa Melayu begini;
Allah rahmati kami dengan Al Quraan,
Jadikan ia pimpinan, cahaya petunjuk dan rahmat,
Allah ingatkan kami, apa yang terlupa,
Ajarkanlah, ajarkanlah yang tak dketahui,
Rezkikan kami membacanya,
Siang dan malam, siang dan malam,
Sepanjang siang dan malam,
Jadikan ia penolong kami,
Yaaa Robbal Aalamiinn....
Rasa suka bercampur sayu apabila mendengar mereka melagukan doa itu. Sudah menjadi kebiasaan hingga terngiang-ngiang di telinga sewaktu mereka cuti ini. Kemudian teringat juga perkara yang serupa dirumah ibuku zaman dahulu. Ibuku guru Al Quran di kampung kami hampir setengah abad. Murid-muridnya hampir 80 orang sesi pagi dan petang. Tetapi dahulunya kami lagukan permulaan hendak memulakan kelas Al Quran " Kalamun khodimulla yumalluu samaauuhuu ..... " Masa tu sampai sekarang sikitpun aku tak tahu maknanya.
Bila ibuku mengumumkan dia telah berhentikan kelas Al Quraan itu aku berasa sangat sedih tetapi aku diam sahaja. Tak sangka pula pada masa itu kami akan membuka sekolah ini. Syukur Alhamdulillah Allah telah menggerakkan hati kami membuka sekolah ini dan dengan izin Allah sekolah ini berkembang dengan cepat. Inilah kami rasa tugas yang diberi Allah kepada kami. Kami berdoa agar dapat melaksanakannya dengan baik. Ameen!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Panjang pahala Mak Teh buka sekolah untuk anak-anak yatim dan orang-orang susah. Sejuk perut mak Mak Teh dan aman dia bersemadi di sana... segala ajarannya Mak Teh teruskan sampai sekarang...
ReplyDeleteNeeza pun kadang-kadang mengalir air mata bila dengar orang mengaji especially kat Saudi ni kan.. bila tengok Imam solat jemaah di TV, membaca dengan sedu sedan, lagi lah sedih.. dia faham maksudnya kan.. tentang dosa dan pahala lah biasanya..
Salam ziarah Mak Teh. Kat mana sekolah Mak Teh ni? InsyaAllah, balik nanti saya akan ziarah. Biasa juga tinggal di pusat pengajian (pondok) kelolaan sepupu di Kedah (Dehrang) dulu. Bila baca coretan Mak Teh, terkenang waktu dulu-dulu. Rindu benar saya akan suasana itu.
ReplyDeleteCuti sekolah memang sekejap saja rasanya. Lepas ni busy lagi lah Mak Teh dan Pak Haji.
ReplyDeleteAlhamdulillah, ramai orang ni mendo'akan kejayaan students MTAQSA.
Sekarang ni, dalam kepala saya terngiang lagu wasiyatul Quran dalam rancangan Mari Bertarannum kat channel 119 setiap petang weekdays tu..Alhamdulillah, nampaknya anak2 minat tengok rancangan tu.
Salam mak Teh...
ReplyDeleteAlhamdulillah...nampaknya MakTeh sudah mempunyai tabungan amal yang pastinya berterusan di akhirat nanti...
saya memang berhajat supaya anak2 saya dapat menuntut di sek mcm tempat MakTeh ni, tapi nampaknya yang sulung x layak, dia cuma dapat jayyid sahaja. Hapanya anak yang bongsu dapat ke sek MakTeh nanti...
Biarpun begitu saya pun sejuk perut hati bila dengar naka-anak mengaji setiap malam...
Barakallahu alaik akak...
dah buka semula kelas , sure sibuk kembali dan seronok dikelilingi pelajar-pelajar yang bersih wajahnya dan baik pekertinya... sayang pada anak-anak macam ni... beruntung mak teh , besar pahala buka sekolah tahfiz ni.
ReplyDeleteMak Teh ni kira ikut jejak mak lah ya? May Allah bless you always..
ReplyDeleteNeeza, mak mak teh masih ada lagi, tapi dia dah uzur sebab tu about 10 tahun yang lalu dia bersara dari mengajar kelas Al-Quran tu.
ReplyDeleteNeeza, mak mak teh masih ada lagi, tapi dia dah uzur sebab tu about 10 tahun yang lalu dia bersara dari mengajar kelas Al-Quran tu.
ReplyDeletesalam zlaa! Terima kasih datang melawat mak teh. Nak tau more about sekolah mak teh lawati www.mtaqsa.com. Adakah zlaa juga orang kedah, sebbab cerita pasal dehrang tu? kalau betul camtu senegerilah kita. Hehe
ReplyDeleteSalam RG, terma kasih melawat mak teh. Kalau ada cita-cita untuk anak bongsu masuk sekolah macam ini, bawalah dia melawat sekolah kami. Madah-mudahan dia akan berminat atau layarilah www.mtaqsa.com.
ReplyDeleteOO, terima kasih selalu mendoakan kebaikan untuk kami. Untuk pengetahuan OO, pelajar yang bermasaalah tu 9yang OO tolong doakan ) telah kembali kesekolah setelah menjalani hukuman gantung dari sekolah 1 minggu. Nampak dia adalah rupa keinsafan sedikit. Dia cakap kepada ibunya kalau tak dapat masuk balik sekolah kami dia tak mahu bersekolah lagi.
ReplyDeletesilversarina, ada juga satu dua yang a little nakal. Tapi kebanyakkannya memang berjiwa bersih dan mencintai al Quran! Ya kita mudah sayang dan kasihan pada mereka.
ReplyDeleteMamamia, for over 20 years I was doing something else until Allah take me this way.
ReplyDelete