Assalamualaikum! Hari ini mak teh bercakap semula selepas seminggu mendiamkan diri. Terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang prihatin yang telah bertanya khabar diri mak teh. Sebenarnya mak teh sihat tetapi yang buat hal tu ialah computer mak teh!
Kisah yang lepas tu mak teh dah lupakan cuma tak lupa nak berterima kasih kepada kawan-kawan blogger yang memberi nasihat dan sokongan. Jadi semangat mak teh terus nak menulis blog. Sebenarnya mak teh pun tak boleh dok diam lama-lama, banyak yang nak diceritakan.
Ya, terlalu banyak perkara yang saya nak ceritakan. Oleh itu saya pilih yang bagus-bagus untuk diceritakan. Kisah yang pertama ialah mangenai pelajar-pelajar kami yang telah dijemput ke suatu majlis yang sangat istimewa. Seorang warga emas berumur 80 tahun telah diraikan oleh anah-anak menantunya dengan membuat majils harijadinya. Pelajar-pelajar kita telah lama di booking oleh menantunya yang merupakan jiran kami ( few doors away ) untuk membaca Yassin dan doa selamat khas. Seramai 15 orang pelajar dan 3 orang guru telah dajemput dengan sebuah van pelancong pada jam 10.30 pagi Ahad lalu. Tiba di rumah berkenaan pelajar-pelajar agak tergamam kerana majlis yang menanti mereka seolah-olah sebuah majlis perkakwinan. Semua tetamu yang ada sudah bersedia menuggu ketibaan pelajar-pelajar kita. ( Saya tidak dapat bersama mereka kerana ada tugas lain pada hari itu )
Majlis yang indah itu disertai oleh ramai sanak saudara dan sahabat warga emas yang diraikan itu. Pelajar-pelajar kita telah menyempurnakan majlis dengan bacaan Surah Yassin dan doa selamat khas untuk warga emas itu. Selepas menyempurnakan tugas mereka, mereka pula di raikan dengan jamuan makan yang hidangannya sangat mewah. Maka merekapun tidak lengah mengisikan perut hingga kenyang.
Apabila nak pulang mereka di beri buah tangan yang merupakan sebiji kek harijadi, bunga telur, bunga rampai, dan sampul berisi sekeping wang kertas biru besar tiap seorang. ( Wang yang di beri kepada pelajar kami galakkan supaya di masukkan ke akaun Simpanan Tabung Haji mereka supaya dapat kami (cadangan) bawa mereka melakukan Umrah di Tingkatan 4 , Insya-Allah terutama untuk mereka yang tamat hafazannya. Kami tidak pernah minta bayaran untuk membaca surah-surah dan doa. Namun orang tetap memberi seberapa yang iklas, ada yang memberi banyak, sedikitpun ada. Kami telah melatih pelajar-pelajar kami menerima apa saja pemberian dengan ikhlas.
Pak haji sangat berpuas hati dengan layanan yang diberi dan menyatakan itulah sebuah majlis yang sangat bagus, sempurna mewah dan teratur. Alhamdulillah! pelajar-pelajar pulang kekenyangan dengan senyuman lebar diatas pemberian hadiah-hadiah tersebut. Pihak tuan rumah juga sangat prihatin, mereka dengan murah hati membekalkan makanan kepada baki pelajar-pelajar yang tidak dijemput ( berada di sekolah ). Tidak habis di situ saja pihak tuan rumah siap booking pelajar-pelajar kita untuk kenduri menyambut bulan Ramadhan akan datang. [Terima Kasih kepada pihak tuan rumah kerana menghargai pelajar-pelajar kami ].
Kisah kedua yang ingin saya ceritakan ialah, ada seorang dermawan yang telah banyak kali menyumbang kepada kami sejak sekolah ini mula di tubuhkan. Semalam dermawan ini datang menziarah kami setelah sepi hampir setahun. Setelah bertanya khabar, rupa-rupanya perniagaan beliau telah melalui zaman susah jadi itulah sebabnya beliau menyepi, lalu Pak Haji menyatakan warga sekolah kami akan melakukan solat hajat khas untuk memohon rahmat dan kebaikan keatas beliau.
Setelah bercerita kisah beliau, kami terkejut apabila beliau menghulurkan sekeping cek bernilai Rm X banyak. Alhamdulillah! Rupanya kawan kita dermawan ini tidak pernah lupakan kami. Apabila ada orang sebut nak bersedekah ( sepepunya seorang usahawan yang berjaya ) beliau telah memintanya diberikan kepada sekolah kami. Bergenang air mata kami menerima cek tersebut kerana kami berniat hendak renovate asrama perempuan telah tertangguh kerana tidak cukup dana.
Bukan itu sahaja beliau juga membawa hadiah dari kawannya itu, sebuah computer yang kami sememangnya perlu untuk pejabat kami ( pejabat kami baru nak set up dengan pengambilan seorang staff baru, selama ni kami buat semua sendiri dengan bantuan anak-anak je ). Maka amatlah bersyukur kami kehadrat Allah SWT yang memakhbulkan doa kami agar di permudahkan urusan kami mendiri dan memajukan sekolah ini.
Untuk pengetahuan anda, sesi tahun 2009 kami anggarkan warga sekolah kami 120 orang pelajar dan 20 orang tenaga pengajar dan 5 orang staff. Jadi dari sekarang mak teh dan Pak haji amat sibuk membuat perancangannya. Sapa-sapa rasa ingin nak tolong mak teh mai lah! ( semua jenis pertolongan dan bantuan dialu-alukan ! )
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
selamat kembali 'berkata-kata' ...
ReplyDeleterezeki pelajar -pelajar tahfiz memang selalunya murah, berkat belajar al quran. alhamdulillah.
InsyaAllah segala cita-cita membesarkan sekolah dengan peralatan lengkap akan tercapai.Amin.
Ameen! Sarina, terima Kasih kerana tolong mendoakan.
ReplyDeleteBergenang air mata neeza mak teh. Sesungguhnya, bantuan dari Allah akan ada bagi sesiapa yang selalu mengingatiNya kan..
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki anak-anak tu murah betul. Semoga mak teh berjaya mendidik mereka dengan jayanya. Semoga mereka akan menjadi pewaris bangsa dan agama yang soleh dan solehah. Insyaallah...
Neeza, ada kisah yang mak teh tak pernah diceritakan disini tetapi pernah berlaku apabila kami terdesak memerlukan sesuatu pertolongan itu ia akan datang. Alhamdulillah.
ReplyDeleteItulah tujuan dan keinginan kami nak mendidik anak-anak ini seperti kami telah didik ana-anak kami malahan lebih baik. Insya-Allah.
Salam Mak Teh
ReplyDeletesyukur sangat sangat kan , kalau ada yang bermurah hati menderma.
Nampak gayanya tahun depan Mak Teh akan bertambah sibuk. Anak murid pun makin bertambah... alhamdulillah
ALhamdulillah Mak Teh, semuanya telah dpermudahkan utk sek Mak Teh.
ReplyDeletemakteh oi, bagi mai email address. Adalah benda yg orang nak habaq pi...tak buleh habaq kat sini. Malu...Cepat sikit, orang lapaq nasik ni.Lagi senang makteh email mai kat kami.. eddie@nurfarahin.con
ReplyDeleteSaya pun turut mendo'akan semoga Mak Teh dan Pak Haji dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dilimpahi rahmat Allah dan diberi rezeki yang tidak terhingga sebab perjuangan MTAQSA masih jauh dan panjang...
ReplyDeleteSalam pB, yes mak teh sangat bersyukur bila ada orang yang bermurah hati menderma berapa saja dan apa-apa saja. Sedikit sebanyak akan membantu juga.
ReplyDeleteMamamia, setiap hari kami berdoa agar dipermudahkan. Alhamdulillah nampaknya doa kami dimakhbulkan.
ReplyDeleteAdik jin, jangan kalut mak teh dah beri e-mail address tu kan. Terima kasih atas niat yang murni tu.
ReplyDeleteTQ OO, Ameen! kepada semua doa-doa anda itu. Semoga anda juga akan mendapat hidayah dan rahmat dari NYA.
ReplyDeleteMak teh.. ummi dah pernah letak comment suruh mak teh contact ummi. Ummi tunggu dan tunggu tak ada .. rupanya comment ummi hilang dari pandangan.. mak teh tolong email kat anilsahibad@yahoo.com. Ummi ada benda nak tanya sikit, boleh?
ReplyDeleteUmmi, mak teh dah beri alamat itu. Silalah berhubung.
ReplyDelete