Assalamualaikum! Dah 3 hari aku tak blog, tapi rasanya macam dah 1 minggu hehe! Aku tak dapat blog kerana streamyx buat hal. Bila connection tak ada je dia asyik kata your name does not register with the....... tah apa-apa aku tak tau, membuat aku naik angin! Rasa nak call streamyx jam tu juga! Tapi belum pernah callpun merajuk adelah.
Perkara yang kedua, kisah berebut computer ni dengan anak-anak. Adakala mereka kata aku ni dok hogging computer ni! Adakah pelak kata kat mak depa macamtu? Ni mak yang melahirkan mereka, bela mereka dari tapak kaki ..........., hehehe! saja nak kenakan mereka tu! Sebenarnya kami ada 3 computer dalam rumah ni tetapi yang ini je connect streamyx. Kami dah cuba buat connect semua sekali tapi berat sikit kut macam tak lancar jadi kami disconnect balek. Tulah jadi macam ni sampai kena booking kalau nak pakai computer yang boleh blogging ni. Of course lah, perkara yang ketiga ialah masa yang agak sukar terluang.
Kemudian, beberapa hari lepas aku terbaca dalam blog lain yang menuduh seseorang tu bragging dalam blognya. Of courselah orang yang dituduh tu tidak pernah bermaksud begitu. So aku yang sensitif ni terfikir pulak, mungkinkah aku tulis ni macam bragging? Akan hilangkah pahala amalanku menceritakan usaha-usaha kami? Rasa takut pula dan waktu itu terus teringat nak berhenti blogging. Namun bila aku bertanya pendapat seorang kawan blogger, dia berkata tak pernah nampak dalam tulisan aku berbragging!Dia juga berpendapat elok dikongsi pengalaman yang aku ceritakan itu. Dia berkata, asalkan iklas teruskanlah berblogging! So sekarang ni mak teh nak tanya, betulkah macam dia kata tu?
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
ada ke orang cakap cam tu Mak Teh? tak patut betul laa.. pada Neeza la kan, Neeza blogging sebab suka-suka. Tapi kalau orang nak baca, baca lah.. best jugak dapat kawan. Tapi, kalau ada kawan yang asyik fikir negative, tak payah la baca blog Neeza. Just leave and I don't think I'll regret for losing such a friend.
ReplyDeleteSometimes kan, kita nak tulis something yang we are happy about, we are proud about. Takkan asyik nak cerita pasal orang lain.. ataupun kisah duka kita aje. Sekali sekala, nak jugak cerita good deeds yang kita buat. Pada neeza tak salah.. bukannya kita expose kat paper Utusan Malaysia dan tulis kat berita utama "Saya telah buat sekian.. sekian.."
Wonder jugak Neeza...sapelah yang kata kawan blogger tu bragging ye.. hmmm.. nampak macam dia takde happy life aje..
kami selalu jugak jadi problem macam tu dengan streamyx! tapi kami dah banyak kali pun buat aduan!!
ReplyDeleteIn my humble opinion, teruskan saja niat nak berblog tu asalkan hati kita ikhlas, sebab Allah lebih tahu kan?
Pengalaman elok dikongsi bersama. Bila kita blogging, memang kita dapat baca kisah di sana-sini, kisah orang lain boleh kita jadi panduan, yang elok kita ambik yang kurang elok kita jadikan sempadan.
Tapi kalau tanya orang yang don't even know what is BLOG..haruuuu la jawapan dia kot :)
Neeza, mak teh bercerita pasal sekolah ni kerana nak menarik minat ibu-ibu seperti neeza memberi pelajaran seperti ini (agama, ilmu Al-Quran, menghafaz, dan juga ilmu akademik) untuk ana-anak. Dari pengalaman mak teh tidak ada cara lain untuk mendidik anak-anak memastikan mereka terselamat dari gejala zaman sekarang melainkan cara yang sebegini.
ReplyDeleteOO, kisah yang lain tu mak teh akan teruskan. Kisah yang sekolah ni mak teh akan tulis juga tapi akan more hati-hati niat menulis sesuatu itu.
ReplyDeleteThank you for supporting my blogging effort.
Memang elok Mak Teh buat gitu sebab kalau tidak, memang neeza tak tahu sekolah macam ni banyak. Anak2 neeza dulu kat Malaysia pun sekolah lebih kurang cam tu jugak.. Sekolah Rendah Al-Irsyad di Kuantan. Sebulan bayar 120. Ada lunch. Tapi, neeza puas hati sebab banyak ilmu agama yang dia ajar.
ReplyDeleteMalangnya, di Saudi ni susah (takde kot) sekolah cam tu. Ilmu agama kurang sangat. Neeza pun tak faham kenapa jadi gitu...
Kalau one day neeza pindah area Mak Teh duduk tu dan anak neeza still sekolah, Insyaallah neeza pun nak daftar anak neeza sekolah Mak Teh :)
Elisa pun kadang2 pikir dua kali nak blog about some things. Takut jugak kalau ada orang yang first time baca blog Elisa and tak tahu menahu background Elisa, mesti ingat "amboih makcik nih, asyik cerita dia pegi jalan-jalan sana sini, dia masak itu masak ini, dia dapat hadiah itu ini, dia shopping itu ini , macam hidup dia aje yang bagus..!"
ReplyDeleteTapi kawan2 terdekat and family elisa mostly encourage me to write sebab that is the only way they can keep in touch with my life. So I press on, and pedulikkan what other people say. It's my blog, I should be able to be myself in it, kan?
BTW, mak teh, Elisa dapat banyaaaaak sangat benifit from reading your posts and knowing you. One of the things is of course, dapat kenal Yanna :) Satu lagi, baca pasal sekolah makteh ni, elisa rasa macam nak hantar anak2 elisa to your kind of school. Before this macam tak confident sangat (Maklumlah.. I'm not that religious myself even though i try my best), tapi bila baca your posts somehow I feel so motivated! :)
btw, ada kawan elisa tanya pasal sekolah tahfiz yang integrated with normal curricullum in selangor and I forwarded her matqsa's url :) Semoga makin ramai tahfiz akan di-didik oleh makteh and pak haji, insya-Allah!
*hugs*
Neeza, thank you! What you have written menunjukkan tujuan mak teh menulis mengenai sekolah ini telah menepati sasaran. Oleh itu ya! mak teh akan terus menulis memberitahu apa yang kami lakukan di sekolah ini sebagai suatu daawah menarik orang ke jalan agama. Mak teh dan pak haji berpengalaman mendidik anak-anak separuh ke jalan secular (masa belum dapat hidayah) dan separuh lagi kejalan Agama. Kami dapati dengan memberi didikan agama lebih, anak-anak jadi orang yang lebih baik. Alhamdulillah!
ReplyDeleteelisa, bergenang air mata makteh membaca komen elisa ni. Alhamdulillah, kalau macam tu mak teh akan terus menulis bolg. Tak sangka elisa mendapat banyat benefit dari membaca blog mak teh. Kalau ada nampak mak teh terover tolonglah beritahu secara peribadi pun boleh dan lebih baik.
ReplyDeleteThak you very much for your comments and support to our school. One day i will write about how we turn to religion and religious education. Maybe Yanna did not tell you but we came from secular education background. We first sent Yanna and younger brother Ally to Sudan when Yanna was 11 and Ally was 10. Can you imagine that!
salam Mak Teh
ReplyDeletetak ada salahnya kalau kita bertukar pengalaman.
banyak yang pB tahu dari blog Mak Teh nie.
Ha! tu dia Mak Teh!
ReplyDeleteThis proves that you need to keep on writing here!!! Alhamdulillah. Macam Elisa cakap, sekolah macam ni tak dapat banyak "liputan antarabangsa". This way, those expatriate kat oversea tu one day nak balik who knows they are looking for such school like yours!
InsyaAllah, for a better future!
salam maulidur rasul,
ReplyDeleteaaeeeikkkk nak berenti blogging ????
JANGAN , JANGAN !!
sedap baca blog makteh , kisah anak-anak sekolah tahfiz sukar diperolehi , teruskan blogging.
streamyx pulak memang macam tu, adakalanya lembap bukan main... adakalanya laju pulak...
Salam pB, terima kasih kerana mengikuti blog mak teh. Ok denga sokongan anda, mak teh akan terus menulis blog selagi ada kebaikan dan faedah dari nya seperti yang anda dan kawan-kawan lain beritahu mak teh.
ReplyDeleteOO, thank you ! Yes I will carry on.
ReplyDeleteSarina, salam maulidul rasul. Insy-Allah saya akan teruskan dan memfokuskannya dari segi berdakwah, iaitu menerangkan sesuatu yang elok supaya orang yang membaca tertarik untuk membuat perkara-perkara tersebut. Bolehkan camtu??
ReplyDeleteMak Teh can go for wireless connection which may just cost you between RM150 to RM200. You'll just buy the router(?)connected to your streamyx. With this the 3 PCs can go online concurrently. Likewise I have 3 PCs at home running wireless concurrently.
ReplyDeleteYou may attach photo to your posting. If you are not sure, I am willing to advise you later.