Assalamalaikum! Tiga hari kami berada diKelantan kerana urusan membeli kitab-kitab, menziarahi sahabat handai orang Kelantan yang telah menjadi seperti adik-beradik sendiri. Kami juga bercadang untuk berjumpa dengan Doktor Pakar Mister Md Sobri yang kami amat terhutang budi kerana pembedahan terhadap Lia tahun lepas. Kami hendak memberitahunya Lia dah sihat. Alhamdulillah!
Semasa di Kelantan macam-macamlah sms yang diterima. Ada yang lucu, ada yang memperli kami pergi berkempen di Negeri Bulan Mengambang itu dan pelbagai lagi. Diantara SMS yang menarik ialah dari Pak Uneng. Pak Uneng ialah sepupu emakku dan merupakan peminat setia blogku ( silent reader). Dia pernah beritahu aku bahawa dia membaca blogku setiap hari. Pak Uneng berumur 4 tahun muda dariku sama dengan umur adikku. Anehnya aku dengan Pak Uneng boleh berkawan tetapi aku dengan adikku dari kecil hingga sekarang tak pernah sebulu. Anyway selalu juga pak Uneng SMS aku selepas dia baca entry blogku tetapi yang ini aku nak kongsi dengan pembaca.
Mesej berbunyi: RENUNGAN BERSAMA: Wasiat Luqman Al Hakim, "Wahai anakku! Untuk kesumpurnaan hidup: Ingatlah 2 perkara dan lupakalah 2 perkara, Ingatlah Allah dan Mati dan lupakanlah kebaikan kamu kepada manusia dan kejahatan manusia kepada kamu."
Setelah aku merenung mesej itu akupun membalasnya begini: TQ " Wahai Lugman Al Hakim, Allah ku ingati setiap hari, Mati ku renung dihujung jari, kebaikkan ku kepada manusia tidak dalam kenangan melainkan dibangkitkan olih sesuatu, kejahatan manusia kepadaku berparut dihati kekadang berdarah kembali, lalu bagaimana dapat aku lupai. ( Namun ada yang telah ku maafkan!) Nyatalah wahai Luqman aku manusia yang lemah tidak segagahmu, Engkau wahai Luqman Al Hakim dimuliakan Allah namamu tercatit dalam Al-Quran ! "
Aku tahu apa maksud Mesej Pak Uneng kepadaku. Lalu selepas membalas msej itu aku merasa lega. Sekarang aku sendiri menerima hakikat aku insan yang lemah! Jadi kalau ada banyak perkara yang aku tak boleh berjaya buat dalam hidup ini ok lah aku terima!
Selepas kisah SMS Pak Uneng tu kami pergi beli hadiah untuk tanda iklas kami berterima kasih kepada Doktor Pakar yang ke sebut diatas tadi. Tak sempat kami nak berbual panjang sebab dapat call dari HUKM menyatakan saudara Pak haji dah coma. Jadi kamipun tergesa-gesa pulang tak sempat nak membeli-belah lagi. Jam 2.30 kami check out dari hotel setelah makan tengah hari dan solat. (Hotel ni dah macam rumah kedua kami. Pekerjanya melayan kami istemewa sekali, kerana kami mula masuk semasa mula-mula mereka beroperasi, kalau tak silap 7 tahun yang lalu)
Perjalanan kami diiringi hujan lebat bertompok-tompok. Dalam perjalanan terpaksa memotong banyak lori-lori balak. Ada satu tu sangat bahaya kerana ternampak satu batang balaknya nak terkeluar dari ikatan iaitu terjulur bergayut-gayut. Kami potong dan hon lori itu sambil cuba memberi isyarat akan keaadaan muatanya. Sepanjang jalan aku menyesal kerana tidak memberhentikan lori itu. Takut kalau bahaya itu berlaku kepada pengguna jalan atau kanak-kanak yang sedang bermain di kampung kampung mereka ditepi jalan. Lepas itu akupun berdoa agar tidak berlaku apa-apa kemalangan yang terbayang dalam fikiranku pada masa itu.
Pukul 7.20 kami melepasi Kuala Lipis kami dapat satu panggilan telefon yang aku dah boleh agak beritanya. Panggilan dari adik saudara duapupu Pak Haji yang bersama pesakit, jadi aku yang amat penakut menerima berita yang aku takut dengar itu terus paskan hp kepada Pak haji. Pak Haji menyebut Innalillahiwainnailaihiroojiuun! Akupun maklum akan maksud panggilan itu.
Bekalan makanan yang kami bawa bersama tidak termakan. Kami tidak singgah mana-mana tempat lagi. Aku dengar Pak haji beritahu urusan-urasan yang perlu dibuat. Kamipun telah bermesyuara 2 malam lepa to be prepared. Tugas Pak haji menyediakan tempat perkhuburan dan upacara pengkebumian. Malam tadi kami sampai rumah jam 10.00 malam. Aku keletihan tidak pergi ziarah terus. Aku sedar Pak Haji balik rumah Jam 4.30 am kerana menemani jenazah yang telah dibawa pulang ke Shah Alam rumah Mak Su. Apabila kematian berlaku barulah saudara-mara berkumpul. Aku telah menitiskan airmata sebelum janazah diusung ke perkuburan. ( Aku teringat apa yang telah berlaku diantara kami. Namun aku telah maafkannya! Semoga Allah SWT mengapunkan dosa-dosanya dan mencucuri rahmat keatas roh nya. Ameen!) Alhamdulillah jenazah telah selamat dikebumika jam 11.30 sebelum tengah hari tadi.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Innalillahiwainnailaihiroojiuun... semoga roh sedara Pak Haji tu ditempatkan bersama-sama para mukiminin. Insyaallah...
ReplyDeleteSeronok nampaknya Mak Teh jalan ke Kelantan ye. Neeza memang suka pergi Kelantan. Satunya sebab disitulah bersemadinya insan kesayangan neeza. Keduanya sebab memang banyak kenangan zaman kanak kanak neeza di sana. Ketiganya... entahlah, memang setiap kali balik Kelantan, hati neeza rasa tenang...
Hello Mak Teh, just dropped in to say hello.
ReplyDeleteAs my Bahasa is very rusty, learned wayyyy back before Merdeka, I will not comment anything as might be mistaken for a marriage proposal, ha ha.
Hope this finds you well, mak teh.
You have a great day, Lee.
Unik sekali nama panggilan Pak Uneng tu!
ReplyDeleteSemoga saudara Mak Teh ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang soleh. Ameen.
Innalilahiwainahirojiuun.
ReplyDeleteMak Teh, salam takziah buat Pak Haji dan Mak Teh atas kembalinya saudara Pak Haji ke Rahmatullah. Sudah pasti Mak Teh dan Pak Haji letih dan bersedih selepas perjalanan jauh dari Kelantan. Semoga Pak Haji dan Mak Teh bersemangat semula menjalankan tugas disekolah Mak Teh tu.
Saya juga tertarik dengan sms Pak Uneng dan juga jawapan Mak Teh kepadanya.Harap dapat berjumpa Mak Teh bila tak berapa sibuk nanti.
Wassalam.
Saya suka SMS pak Ueng ni. Sounds so easy nak dapatkan kesempurnaan hidup. Tapi bukan senang nak praktikkan..
ReplyDeleteNeeza, mak teh dan Pak haji memang suka pergi Kelantan walaupun kami berasal dari Kedah. Sama seperti neeza suka balik kelantan kami suka balik kedah. He, he,he.
ReplyDeleteU. Lee, you can always drop in and read my Bahasa or English. You may comment in whatever language, its ok with me.
ReplyDeleteOO. Pak uneng maksudnya Pak Kuning. My grandma letakkan semua title untuk semua anakbuahnya. Kebetulan pula anak buah my grandma ramai dalam setiap buah keluarga. Nasib baik takde Pak hijau and Pak biru. He he.
ReplyDeleteMazz, tq! Kami masih bersemangat untuk sekolah. Semalam kami bawa students pergi rombongan ke Putrajaya untuk melihat pameran Angkasa itu. Bagus untuk budak tetapi bertambah penatlah lagi kami yang tua ni.
ReplyDeleteMengenai perjumpaan kita, nanti selepas kami pergi mesyuarat dengan BB kat rumah mereka. Merekapun dok tunngu kami tak kunjung tiba. He, he cincin dah beli macam yang kita dapat masa kita muda-muda dulu.
Mamamia, kita cubalah apa yang termampu. Memang hidup ni sepatutnya mudah, kita yang menyusahkan diri dalam banyak perkara !
ReplyDeleteSemoga mamamia boleh menjadi orang yang lebih baik dari orang yang macam mak teh.
takziah.
ReplyDeleteMemang kita sebagai manusia dan hambaNYA yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan bermaaf-maafan adalah yang terbaiknya kerana hidup kita hanya sementara.... peringatan buat saya dah rakan-rakan.
hehehe...nasib jugak Uneng = kuning..
ReplyDeletekuning + biru = hijau!
takziah buat keluarga arwah...
ReplyDeletenampaknya mak teh ni bz sokmo ye..
Sarina, kadang-kadang mak teh terfikir gak, kalau tahu esok mati harini nak buat apa? Tapi kita selalu berfikir esok kita tak mati lagi. Semua orang tak nak fikir esok mungkin mati kan?
ReplyDeleteOO, mak teh tahu hijau warna favourite you. Hehehe.
ReplyDeleteMak lang, TQ. Mak teh sibuk macam-macam sebab tu tak pandai menjahit dan memasak yang special macam mak lang. Lagi sekali pi kelantan nak balik ikut Ganu nak singgah rumah mak lang. Boleh?
ReplyDelete