Assalamualaikum! Harini mak teh dan Pak haji rasa lega. Bukan lega fasal hal-hal mengundi. Kami rasa lega sebab semua pelajar-pelajar kami petang tadi dah balik kampung untuk cuti penggal pertama. Kami juga rasa lega dan puashati sebab ada beberapa pelajar yang dulunya masa awal-awal masuk sekolah dulu menangis nak balek. Alhamdulillah hari ini yang dari Sarawak " Kamek nak balek " pun kelihatan tersenyum sambil menunggu kedatangan ibuya menjemputnya. Selepas satu setengah bulan berada disini dia tidak pernah sebut " kamek nak balek "lagi.
AR pelajar yang trauma datang dari sekolah lain itu menunjukkan perubahan dan prestasi yang amat membanggakan. Dia cepat menghafal dan telah menghafal 4 surah lazim, iaitu, surah Sajaddah, Yassin, Addukhon dan Al-Mulk dan juga telah tammat menghafal juzu' 30. Sekarang dia sedang menghafal juzu' 1.
Pelajar yang terakhir join kami ialah seorang pelajar perempuan dari kemaman. Dia juga telah menangis dihari pertama di sekolah kami kerana kerinduan. Kemudian untuk membantunya mengatasi hal itu, saya telah bertanya didalam kelas, " Siapa yang pada masa mula datang sekolah ini dulu menangis nak balek kerana rindukan ibu dan keluarga. Angkat tangan !" Seramai 8 orang pelajar lelaki 2 antara mereka berbadan besar segera mengangkat tangan. Kemudian saya bertanya lagi, " Sekarang menangis nak balik lagi tak?"
" Tak dah !" jawab mereka. Saya berkata kepada pelajar perempuan itu, bahawa apa yang dia rasa itu adalah sementara sahaja. " Tengoklah lelaki yang besar-besar tupun dulu menangis, hehe!" kata saya kepada WNA. Itulah hari pertama dan terakhir WNA menangis. Selepas hari itu dia pulun menghafal. Lega hati kami melihat perubahan-perubahan begitu.
Diantara pelajar-pelajar kami ada 6 orang yang bertubuh kecil cili padi. Orang sangat suka melihat mereka ini segak bergaya berjubah dan berserban putih dan berjalan cepat seperti Imam Besar. Kalau bawa mereka ke majlis-majlis tahlil mereka menarik perhatian. Didalam kelas mereka ceria berinteraksi dan beri tumpuan. Maka tidak hairanlah mereka mendapat apa yang diajar dengan cepat.
Pada hari Rabu lepas kami telah membawa pelajar-pelajar membuat lawatan ke Pameran Angkasa di Putrajaya. Mereka nampaknya enjoy lawatan itu tetapi saya dan Pak Haji berasa sangat penat. Sebab itulah hari ini kami berasa amat lega. Bolehlah nak rehat sikit!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
teringat pulak masa form 1 dulu, nak masuk asrama. Masa parents neeza nak balik tu, neeza pandang dari lobby, sedih aje. siap mengalir air mata. Lepas tu dua tiga minggu dok menangis aje, homesick. Dah lama tu, okay dah. Bila parents datang pun segan aje sebab nanti orang kata neeza ni anak manja. hehehee...
ReplyDeleteDalam keluarga mak teh anak-anak sangat kami sayang tetapi kami tak manjakan lebih-lebih. Anak-anak kami juga dilatih dari kecil berdikari. Jadi bila mereka masuk ke asrama penuh atau dihantar keluar negara tak seorangpun menangis. Kesat airmata masa perpisahan kat airport tu adalah. Mak teh mungkin akan meulis buku mengenai pengalaman kami membesarkan anak-anak.
ReplyDeleteDalam keluarga mak teh anak-anak sangat kami sayang tetapi kami tak manjakan lebih-lebih. Anak-anak kami juga dilatih dari kecil berdikari. Jadi bila mereka masuk ke asrama penuh atau dihantar keluar negara tak seorangpun menangis. Kesat airmata masa perpisahan kat airport tu adalah. Mak teh mungkin akan meulis buku mengenai pengalaman kami membesarkan anak-anak.
ReplyDeleteAnak I Zaid dulu pun masa kami nak balik lepas melawat di pusat tahfiz di KB memang akan menitis airmata tapi dia tak nak berhenti belajar di situ, mungkin kecil lagi masa tu, lama-lama dia pergi/balik sendiri je... lega bila semuanya kini dah jadi kenangan manis :)
ReplyDeleteSarina please leave your phone no here which i will not publish. I would like to have direct contact if you don't mind about the anak yatim yang nak di sara pelajarannya oleh seorang ahli korporat. Thank you.
ReplyDelete