Sunday 25 May 2008

Kesyukuran di Hari Lahir

Semalam mak teh menulis pasal harijadiku. Hari ini mak teh nak sambung apa yang berlaku pada hari itu.

Hari sebelumnya, my good friend Mazz dah buat booking nak bawa mak teh keluar makan. Jadi jam 11.00 am kami keluar makan di Teapot SACC MALL Shah Alam. Sedang makan datang Puan Sri, tuan punye kedai yang mak teh kenal baik. Dia bertegur sapa dengan kami sebentar. Dah makan ayam 1/4 seorang and 1 chicken pie, dapat pula sepotong kek percuma kerana mereka dapat tahu itu harijadiku. Hehehe! Kami enjoy the makan dan borak-borak kisah lama. Mazz dan aku telah berkawan sejak kami di tahun pertama, Universiti Malaya dulu. Aku selalu menumpang kereta Mazz dalam kampus dan dia selalu juga membonceng motorsikal ku. Kami suka keluar tengok wayang berdua di Pawagam Section 17. Hehehe, seronoklah berborak kenangan zaman kami muda dulu. Tak puas borak-borak nak kena balik cepat sebab ada tamu nak datang rumahku. Aku juga mendapat sebungkus hadiah dari Mazz. Thanks Mazz! I really appreciate your friendship! May Allah bless you always!

Kemudian balik rumah masak sikit untuk tamu. Jam 2.00 pm, mereka datang satu kumpulan 8 orang dari sebuah instituisi berdekatan. Mereka di ketuai oleh Blogger friend N8. Mereka bawa sumbangan untuk sekolah mak teh 20 kampit beras. MasyaAllah! Betullah kata Allah " Sesungguhnya dalam kesusahan ada kesenangan, sesungguhnya dalam kesusahan ada kesenangan ". Pertolongan datang kepada kami berupa sedekah beras dan derma khairat keewangan kerana mereka juga membawa sumbangan wang rm 800. Perasaan amat bersyukur kerana hamba-hamba Allah yang perihatin ini dan mendapat semangat kerana support yang mereka berikan. Kepada mereka yang menyumbang kami mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas anda telah menyambut seruan Allah, " Siapakah yang akan memberi pinjaman kepadaKU?, pinjaman yang baik, balasannya di dunia dan juga di akhirat !" ( Nanti nak cari surah dan ayatnya )

Selepas mereka pulang barulah aku dapat membalas SMS mesej ucapan selamat harijadi dari Bakal Menantuku ( BM ) bernama Faz. Rehat sebentar lepas itu kerana aku telah diserang sesak nafas lagi sekali ( sebenarnya sebelum rombongan N8 sampai aku telah di serang sesak nafas ). Mujurlah sekejap saja, semasa merka sampai aku baru pulih. Aku juga telah mendapat SMS dari OO memberitahu ada lagi orang memberi sumbangan kepada sekolah kami melalui OO. Aku membalas mesejnya menyatakan kesyukuran.

Selepas solat maghrib anak-anak pulang membawa sejambak bunga carnations segar. Sememangnya mereka tahu aku sukakan bunga-bunga segar seperti deep red carnations itu. Kemudian mereka beritahu BM akan datang dan mereka juga telah plan celebration kecil untuk ku siap dengan Pizza, ice-cream cake Baskin Robins and carrot & walnut cake with cheese toppings ! BM juga telah menghadiahkan aku selembar kain.

Malam itu aku masuk tidur dengar penuh kesyukuran, Alhamdulillah! dalam kesusahan ada kesenangan! Itulah janji Allah dalam surah Al-Insyirah.

10 comments:

  1. alhamdulillah... hari-hari Mak Teh penuh dengan kegembiraan... pastinya rezeki Allah akan tersedia bagi orang-orang yang bersyukur, InsyaAllah...

    wah.. Mak Teh, BM bagi kain tu... pandai dia ambik hati BMM (Bakak Mak Mertua).. hehee..

    ReplyDelete
  2. BERSYKURLAH, dan ALLAH akan tambahkan lagi nikmatNya.

    ReplyDelete
  3. Neeza, Alhamdulillah Allah murahkan rezeki kami dan anak-anak tahfiz kami.

    Nampaknya BM mak teh pandai mengambil hati BMMnya. Hehehe!

    ReplyDelete
  4. Salam Abang Long! Ni pertama kali nampak abanh long masuk sini. Selamat datang.

    Alhamdulillah kami amat bersyukur diatas limpah rezeki yang Allah kurniakan kepada kami melalui hamba-hambanya. Semoga Allah memudahkan urusan kami membina sekolah ini. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  5. Salam Mak Teh,

    Hari ini baru dapat masuk blog Mak Teh. Week-end ni sibuk sikit dengan cucu baru.

    Alhamdulilah, ramai yang perihatin terhadap sekolah Mak Teh sekarang ni and Insyallah, dengan berkat doa Mak Teh, Pak Aji dan anak-anak murid setiap hari, pasti akan berkembanglah sekolah Mak Teh dan Pak Aji nanti.

    It was good that we got together and talk over old times on your birthday. Should do it again one of these days when Mak Teh is not too busy. Good to know that your BM pun dah pandai ambil hati BMM.

    Semoga hari-hari Mak Teh akan dipenuhi dengan keceriaan selepas ini.

    ReplyDelete
  6. Syukurlah, segala nikmat yang Allah bagi disaat kita rasa kita berada dalam kesusahan.

    Teringin nak jumpa BM Mak Teh tu..hehehehe..

    ReplyDelete
  7. Salam Mak Teh. Selamat Ulang Tahun. Muga bertambah usia adalm keberkatan.

    ReplyDelete
  8. Salam Mazz! Yes kita kena keluar lepak-lepak selalu di masa hadapan. Afterall kita dah penat bekerja dan membesarkan anak-anak. Minggu depan sekolah kita cuti boleh kita pergi jauh-jauh sikit.

    Thank you for all your good wishes to me.

    ReplyDelete
  9. OO, kesyukuran harus sentiasa ada dalam hati kita. Walaupun dalam kesusahan ( kesusahan itu dugaan )nikmat dan rahmat Allah dilimpahnya keatas kita hambanya! Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. Salam zlaa, lama zlaa tak mengunjungi mak teh. Terima kasih menjenguk mak teh hari ini dan ribuan terima kasih atas ucapan dan doamu.

    ReplyDelete