Assalamualaikum!
Kebanyakkan orang bangun lewat dipagi Ahad. Alasannya ialah dah penat bekerja sepanjang minggu. Ada yang sempat solat subuh ada yang subuh gajah ada juga yang tak solat langsung. Anak-anak akupun adakalanya perlu di kejutkan untuk subuh pagi Ahad. Namun ada satu perkara yang agak menghairankan; iaitu sekiranya mereka ada aktiviti di hujung minggu mereka boleh pula bangun awal tanpa di kejutkan.
Sesetengah keluarga menjadikan amalan bangun lewat di hari minggu. Kemudian mereka tidak bangun untuk sarapan pagi. Mereka akan bangun jam 9 - 10 pagi kemudian terus pergi keluar untuk makan yang mereka sebut 'brunch' iaitu gabungan breakfast and lunch. Ini adalah satu budaya orang-orang bandar yang tidak sihat. ( Budaya ini mereka tiru dari jiran mereka yang bangsa lain yang bukan Islam. Orang-orang itu tak perlu solat subuh dan tak perlu mandi pagi ) Jadi mereka mendidik anak-anak mereka tidak perlu bersolat subuh, merestukan sikap kemalasan dan memakan pemakanan yang tidak tentu masa dan kebaikkan nutrisinya ( bukan makanan yang disediakan di rumah ).
Bagi aku, ibu dan nenek telah melatihkan aku bangun awal, pertama untuk menunaikan solat subuh. Kedua ( mereka )orang tua-tua pantang kalau kita bangun selepas matahari naik. Katanya tidak membuka pintu untuk malaikat rahmat datang kerumah kita. Maka tidak ada rezki dan keberkatan untuk keluarga yang bangun lewat. Katanya kesihatan badan kita akan terganggu dan kita akan pendek umur. Sejak dahulu masa zaman persekolahan, aku bangun sendiri tanpa di kejutkan oleh jam atau orang.
Aku sangat percaya kepada pendapat itu dan aku tidak pernah bangun selepas matahari naik. Di sebabkan kebiasaan itu aku tidak pernah boleh tidur hingga matahari naik. Mengenai pendek umur itu sudah pasti kalau kita bangun jam 10.00 kita telah kehilangan masa yang penting iaitu dari jam 6.00 hingga 10.00 bermakna 4 jam dalam hidup kita berjumlah 8 jam seminggu ( kalau untuk 2 hari ). Anda hitunglah sendiri betapa ruginya kalau kita praktikan bangun lewat.
Aku amat berharap anak menantuku kelak tidak akan mengamalkan budaya bangun lewat ini. Aku pernah terdengar ada jiran pernah merungut, " Bukan saja kena kejutkan anak-anak untuk subuh, menantupun kena dikejutkan!" Minta-minta janganlah jadi begini pada diriku.
Untuk anda yang bangun awal untuk bersolat subuh, bacalah ayat ini setelah terbangun, " A'uzubillahi samiil'aalimi minasyaithonirrojim. Huwallah huladzi laa ilahailla huwa 'aalimulghaibi wassyahaadah, huwarrahmaanurrohiim. Huwallahuladzi laaillaahailla huwal malikulquddus sussalam mulmukminul muhaimin ul 'azzizul jabbarul mutakkabbir, Subhanallahhi 'aammayusyrikuun. Huwallahulkhawlikhul baariul mussawir, Lahulasmaa ulhusna yusabbihulahu maafissamawaatiwal ard . Wahuwal azzizulhakkim."
Ayat ini adalah tiga ayat yang terakhir dari surah Al- Hashr. Sesiapa yang membaca ayat ini 70 malaikat akan berselawat keatasnya sepanjang hari dan apabila di baca sebelah petang, sebelum matahari terbenam 70 malaikat akan bersolawat atasnya sepanjang malam sehingga pagi. Wallahu'alam.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
neeza suka entry Mak Teh pasal bangun pagi ni...
ReplyDeleteMemang betul, ramai orang buat macam tu. Kononnya, weekend, boleh la tidur lama sikit. Salah sebenarnya.. kita patut consistent dalam bab bangun pagi.. barulah badan sihat..
Cuma, ada jugak ahli keluarga neeza yang tido balik lepas subuh... bila neeza tegur, dia tunggu dalam 10 minit, then tido jugak.. hmmm... kena ubah tu.. tak tahu nak buat camana ni..
Mak teh, dulupun ummi suka tidur balik lepas solat, tapi semenjak dah sorang2 ni rasa banyak benda yang nak dibuat dan rasa rugi kalau bangun lambat..kalau dah terbiasa memang susah nak baung tabiat tu..
ReplyDeleteSalam Mak Teh,I'm one of your silent readers....this topic really close to my heart.I've been thinking about this.Most mothers akan kejut anak pagi,"bangun2,cepat siap pegi sekolah" so,itu yg tertanam dlm minda sampai tua.Anak2 akan grow up thinking,bangun untuk kerja dunia saja,it will then be the priority in their life.Hari tak keja/sekolah,tak payah bangun pagi.We,mothers should try this instead,"bangun sayang,solat subuh".
ReplyDeleteNor.
Mak teh, semuga rohnya dicucuri rahmat. Harap semua ahli keluarga dapat menerima permergian abang tercinta. al fatihah.
ReplyDeletesalam ,
ReplyDeletesaya pun dari kecik sampai sekarang tak boleh bangun lewat, dulu arwah abah seorang tentera, sapa bangun lewat memang cari nahas, so dah terbawa-bawa hingga kini , bila tido balik lepas subuh alamatnya pening kepala satu hari, lagipun saya biasa tido awal. tapi bila dengan anak-anak memang saya tak dapat buat macamana arwah abah buat, lepas subuh memang mereka akan tido semula bila hari cuti sebab mereka tido lewat , ada yang lepas subuh baru nak start tido, nak-nak bila balik cuti dari asrama, memang ganti blik tido.
AlFatihah buat abang makteh.semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
ReplyDeleteTakziah buat makteh sekeluarga.
Salam Mak Teh, pertama kali masuk ke sini dan jatuh hati...:-)
ReplyDeleteOrang putih pun pandai, kan ke ada kata-kata tentang bangun pagi ni..
"Early bird catches the best worm..."
Some people bangga bangun lambat ni..kalau Auntie pulak rasa malu sesangat kalau bangun lambat.
Tetapi...sekali sekala tu terlewat jugak... :-(
Salam Mak Teh...baru terjumpa blog ni. Auntie dah lama memblog..sejak 2003.
ReplyDeleteTopik ni memang menarik. Ramai yang suka bangun lewat ni..Auntie pulak kalau terlewat rasa rugi sangat....tapi ada orang bangga pulak kalau bangun lewat.
Bukan ke ada kata-kata omputih
"Early Bird Catches The Best Worm " :-)
salam Mak Teh.. topik ni memang selalu saya fikirkan..dan sememangnya dah jadi seumpama habit rakyat Malaysia, bila tiba time cuti mesti nak bangun lewat sampai ke tengahari.. Yang wajib terus lupa tapi yang laro semuanya diingat.
ReplyDeleteanak2 elisa, kalau hari sekolah, kejut pukul 6 tu, sikit punya liat nak bangun, tapi kalau weekends, pukul 6 dah duduk depan TV, tak payah kejut pun..
ReplyDeleteheh heh.
p/s just heard the news from onee. Salam Takziah dari elisa untuk makteh sekeluarga.
Neeza, tidur balek selepas subuh ni tak berapa elok juga. Tapi mak tehpun kekadang tidur juga sekejap kalau terlalu mengantuk kerana sesuatu hal malam tu tidur lambat. Kemudian akan terjaga sebelum hari terlalu cerah.
ReplyDeleteLagi satu cara kalau kita terlalu letih boleh juga tidur balek jam take a nap jam 10 - 11 am.
Kalau tak mahu depa tidur balik kita umpanlah dengan breakfast yang menarik. Pujuklah nanti lepas breakfast kalau ngantuk boleh tidur balik.
Ummi, memeng betul kalau dah jadi tabiat susah nak ubah. Namun kita boleh berusaha untuk mengubahnya.
ReplyDeleteTerma kasih di atas doa dan ucapan takziah itu.
Nor, semuanya kena bermula dari rumah kita sendiri.
ReplyDeleteEloklah beri komen tak bestkan kalau jadi silent reader sahaja. Thanks for your comments. Silalah lawat mak teh lagi di masa hadapan.
Sarina, training dari bapa seorang tentera tentulah baguskan? Generasi anak-anak kita ni memang susah sikit nak bentuk jadi macam kita. Terutama yang bekerja tu, mereka nak the luxury of waking-up late on weekends.
ReplyDeleteMak teh bising kalau depa tak bangun. Kemudian pujuk bangun untuk sempat subuh. Mak teh pujuk macam ni " Bangun solat nanti kalau ngantuk sangat boleh tidur balek!"
Sarina, terima kasih di atas ucapan takziah dan sedekah Al- Fatehah untuk arwah.
ReplyDeleteMak teh masih bersedih lagi. Nak blog mengenai itupun tak boleh.
Auntieyan, thank you for visiting my blog. Lamanya auntieyan dah jadi blogger. Wonder how old you are. Maybe mak teh is older than you.
ReplyDeleteBetul, early bird catches the worm. Kita orang islam bangun awal solat subuh masuklah markah dalam buku rekod kita. Hehe!
Janggeltrekking, salammu disambut. Terima kasih jenguk mak teh.
ReplyDeleteKalau bangun awal di hari minggu bolehlah pergi junggle trekking. Hehehe!
Elisa, baguslah mereka bangun awal kalau tonton tv program agama dan bahasa arab untuk kanak-kanak. Pastikan yang mereka tonton itu berfaedah bagi mereka.
ReplyDeleteTerima kasih diatas ucapan takziah itu.