Saturday 10 May 2008

Tolong! Tolong kami Perlu Beras!

Assalamualaukum! Wahai saudara-saudaraku sekelian, tolong kami, bantu kami, kami perlu beras! Anda terkeju kerana mak teh minta tolong?

Kisahnya begini, mak teh ada 50 mulut nak makan nasi setiap hari. Satu hari kami guna beraspurata 15 kg. Jadi satu bulan mak teh perlu lebih kurang 45 paket yang 10 kg. Selalunya bekalan beras mak teh beli dari kedai borong di Kelang. Kami makan beras jenama Merbuk (lama ) harganya rm 18 sepeket 10 kg. Kemudian 2 bulan lalu harga beras itu naik kepada rm 21, kemudian naik lagi ke harga rm 23. Padi tadi anak mak teh pergi membeli beras keperluan kami, didapati tidak ada bekalan. Yang ada beras kualiti lain dulunya berharga rm 17 hari ini harganya melambung kepada rm 25. Kemudian anak mak teh bertanya yang jenama jasmine, harga melambung ke rm 28.

Mak teh terkejut bila dengar harga beras melambung begitu tinggi. Apa akan jadi dengan bajet kami. Beras naik rm 8 sepeket 10 kg! Berikutan kenaikkan harga beras itu pihak yang tak bertanggung jawab tentu sudah main sorok-sorok. Pihak berkuasa tolonglah bertindak cepat nanti kami tak ada supply beras terpaksa pula beli dari pasar gelap dan harganya sudah tentu berlipat ganda.

Tentu anda juga sudah tahu bahawa semua harga bihun, laksa dan apa saja yang berkaitan dengan beras telah naik 50%. Harga sepeket bihun jenama jasmine dulunya rm 100 di Giant, sekarang rm 150 lebih. Bihun cap bintang pula harganya sudsh naik rm 2.70 sepeket.

Apa sudah jadi dengan harga kawalan? Apa sudah jadi dengan stok beras Negara? Kononnya keadaan harga beras naik melambung ini mengikut pasaran dunia kerana kekurangan stok beras sedunia. Oleh kerana keadaan ini Negara pengeksport tidak mahu eksport ke Negara kita.

Aduhai, kenapa kita tidak belajar dari kisah Nabi Yusuf dalam Al-Quran. Kalau kita prihatin kisah-kisah al Quran sudah tentu kita buat macam nabi Yusuf. Semasa kita kaya makanan (beras) sepatutnya simpanlah stok untuk masa memerlukan. Ini tidak, kita ada Lembaga padi Beras Negara diberi kepada syarikat pula untuk menyimpan dan memperdagangkan simpanan beras kita.

Adoi, tolong! tolong! Heheh mak teh penat.

6 comments:

  1. Alhamdulillah, ni baru boleh ON laptop, tadi ada wedding kat sek.20

    Pepatah mengatakan beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis, apa nak kata lagi - sepatutnya kita tak mengalami keadaan kekurangan dan kenaikan harga beras!!!!


    Contoh dalam Al-Quran dah ada kita tak teladani ini lah jadinya..

    kami di rumah sekarang pun cuba berjimat cermat berbelanja - terasa sangat living cost melampau-lampau naik. Kami as parents berlebih kurang janji anak2 masih dapat makanan berzat dan berkhasiat.

    Alhamdulillah jugak kami selalu masak kat rumah, tak makan luar - bawak bekal dsbnya - banyak jugak boleh jimat macam tu.

    Tapi kalau beras betul2 shortage, makan roti miskin la nampaknya!

    ReplyDelete
  2. sekaranglah masanya nak kenamengurangkan makan mak teh....kat rumah maklang lah...nak buat camana kan...terpaksalaaa...

    ReplyDelete
  3. salam,

    Rasanya bukan beras tak de, tapi dikurangkan penjualannya sebab tu harga naik.harap sekolah makteh dapt berjalan seperti buasa.


    selamat hari ibu buat makteh !!

    ReplyDelete
  4. mak teh, patutlah lama tak nampak kelibat makteh kat pasar sek 6 tu...
    azzah ucapkan takziah atas kepulangan abang mak teh tu.. dan makteh pun jagalah kesihatan makteh... anak2 makteh ramai tu (termasuk anak kat sek tahfiz tu)...
    cuma rasanya makteh kena banyakkan berehat, tak boleh stress..

    Selamat Hari Ibu buat Makteh...

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Pagi tadi masa dengar berita di radio ..agak terkejut jugak bile norang-orang Utara nak beli beras kene amek no. I/c dan butir-butir peribadi. huhuhu apa nak jadi????

    ReplyDelete
  6. Salam mak teh,
    Harap2 krisis beras dapat di selesaikan segera... mmg bermasalah kalau banyak barang naik melambung....kalau yg mmg kaya dan banyak duit mungkin tak terasa sgt... tapi kalau yg mempunyai anak2 ramai yg masih kecil2 tu...gaji pulak ciput... rasa amat simpati.... umie teringat kawan umie yg mempunyai 7 org anak yg sedang membesar... dalam sebulan dia perlukan 60kg beras.. Kenaikan harga barang akan melibatkan semua penjualan makanan naik harga... kesian jugak student2 yg mmg makan di luar... mak ayah kena bgi belanja lebih..... huhuu... kesian ler..

    ReplyDelete