Saturday 21 June 2008

Bagaimana Masa Depan Anak-Anak ?

Assalamualaikum!

Semua orang sibuk menjalani kehidupan setiap hari sehingga kita terlupa untuk berfikir sejenak tentang masa depan anak-anak kita. Kita sibuk cari duit dan melakukan tugas-tugas seharian. Apabila kita pulang anak-anak sudahpun tidur atau tertidur didepan TV. Diri kitapun sangat keletihan dan akan masuk tidur sebentar lagi. Sempatkah kita bertanya kepada bibik apakah yang telah anak-anak lalui siang hari tadi? Kita tidak sempat berfikir bagaimanakah masa depan anak-anak kita? Kita hanya mengikut arus dan hanya berharap masa depan kesemua anak-anak kita akan jadi baik-baik belaka.

Semalam Mak teh bertemu sepasang ibubapa muda. Mak teh kasihan melihat keadaan mereka walaupun mereka kelihatan dari gulungan agak berada. Mereka membawa seorang anak lelaki yang mereka ingin di masukkan kesekolah mak teh. Pak haji bertanya,

" Kenapa datang lewat nak masuk sini? Sebelum ini belajar dimana?"

" Sebelum ni, mula-mula saya masukkan anak saya ni ke sebuah Madrasah Al-Quran nak buat Tahfiz sahaja di Perlis. Dia duduk di situ 4 bulan. Kemudian saya bawa keluar." jawab si ayah.

" Kenapa?"

" Guru yang mengajar dia di sekolah rendah beri tahu saya rugi hantar anak ke sekolah yang tidak ada akademik sedangkan katanya anak saya seorang murid yang berpotensi. Sayapun rasa serba salah. Sebab tu saya keluarkan dia dan kemudian saya bawa dia ke Kelantan. Ada kawan beritahu boleh masukkan ke Maahad Tahfiz Pulai Condong.Dia nak tolong kirakan."

" Bolehkah masuk Pulai Condong tu sedangkan setahu saya bukanlan semudah itu." kata Pak haji.

" Belum sempat buat apapun budak ni kata tak mau dok kat kelantan tu , katanya jauh sangat. Lepas tu kamipun baliklah."

" Memang tak akan dapat masukpun. Kalau kat Pulai condong kalau tak dapat 4 atau 5A, borang permohonanpun tak akana dapat." kata Pak haji.

" Lepas tu saya bawa pergi ke Maktab Mahmud. Depa tak terimalah sebab dia tak buat peperiksaan Entrance dulu. Dah terlepaslah pulak! Kemudian saya bawa dia balik ke tempat kami semula dan masukkan ke dalam sekolah menengah kebangsaan. Nak masuk tupun susahlah juga mujur ada guru yang saya kenal dan dia tolongkan"

" Kesian budak ini, awak bawa dia rata-rata. Pening kepala dia. Ni kes silap perancangan kerana tak rancang dan fikir betul-betul mana jalan nak bawa anak." kata mak teh.

" Kita kenalah rancang 2 tahun sebelum anak naik ke sekolah menengah mana jalan kita nak bawa dia dan kena beritahu dia awal-awal lagi!" celah Pak haji.

Si ayah dan si ibu mengagguk-ngangguk. " Memang silap kami! Lepas tu dia merajuk kerana nak sekolah al-quran dan agama juga. Petang-petang dia pergi termenung kat hutan dekat rumah, dia beritahu tokwan dia dah nasib dia nak buat macam mana, ayah dah tark dia balik masuk sekolah kebangsaan! Dah dengar tu sayapun cerita hal ni kat kawan saya bapa si X (pelajar kami). Bapa si X beritahu saya mengenai sekolah ini. Tu yang kami mai ni." Si ayah bercerita.

Aku meneruskan temuduga. Anak ini mendapat keputusan UPSR yang tidak cemerlang tetapi ada syarat minima yang boleh diterima. Seterusnya mak teh test bacaan Al Qurannya. Mak teh dapati bacaannya tidak lancar, dia hanya mengenal huruf, sebutan tidak tepat dan tajuidnya lintang-pukang. Agak mengecewakan, jadi mak tehpun bertanya kepada kedua-dua ibubapa muda itu.

" Sejak bila ingat atau terniat nak menghantar anak itu ke sekolah Tahfiz?

" Sejak dia dalam darjah 4 lagi. Kemudian saya telah pergi Umrah dan berniat depan Kaabah hendak membawa anak ini ke jalan Tahfiz."

" Maaf ye! tetapi kenapa anak ini tidak lancar bacaan al-Qurannya. Kalau nak hantar ke jalan ini Al- Qurannya mestilah khatam atau sekurang-kurangnya lancar bacaannya."

" Itulah kami tidak dapat ustaz untuk mengajarnya. Kami cari orang nak bayar datang ajar kat rumah tetapi tak ada. Kami nak hantar kepada seorang ustaz itu terlalu jauh dari rumah kami. Tempat kami tinggal tidak ada guru al-Quran."

" Kenapa maknya atau ayahnya tidak ajar sendiri." mak teh bertanya.

" Ayahnya bekerja shift selalunya sampai malam. Saya tidak ada masa kerana saya juga berniaga." kata Si ibu.

Mendengar itu tak terkatalah lagi mak teh ni. Terdiam sebentar.

" Ada berapa orang anak lagi selain anak ini?"

" Dia ni anak ke dua, kakak dia dah masuk Maktab Mahmud. Adik dia ada 2 orang lagi, darjah 5 dan lapan bulan."

" Apakah cadangan puan untuk anak-anak yang dua lagi tu?" tanya mak teh.

" Tak taulah! nak bawa jalan ni juga rasanya."

" Kena mula dari sekaranglah? Didikan agama dan tekanan pada Al- Quran." sambung mak teh.

" Kami ni orang biasa-biasa saja dari segi agama, tetapi ingin anak-anak buat tahfiz dan agama." kata Si ibu.

" Ya lah kita memang orang biasa-biasa tetapi kalau dah nak menghantar anak ke jalan ini tak bolehlah biasa-biasa saje, kita kenalah lebih sikit dari biasa-biasa. Anak-anak kena di didik agama dan Al-Quran dari kecil lagi."

Ibu itu tersenyum dan mak teh pun tersenyum hambar......

Mak teh terpaksa berfikir lebih mendalam, " Patutkah aku terima anak ini?"

Kebiasaanya memang dah reject. Namun ada sesuatu mengenai anak itu yang membuat mak teh kasihan padanya. Pertama mak teh kasihan perihal dia telah di bawa kesana-sini, berpusing-pusing kerana kesilapan ibubapanya merancang. Mereka mungkin telah mengambil terlalu mudah perkara ini. " Kalau aku tak ambil apa akan jadi pada budak ini?"

" Awak sukakah bidang Al-Quran dan tahfiz ini?" mak teh telah bertanya awal tadi.

" Suka " pantas jawapannya sambil tersenyum.

" Nanti berpisah dengan mak, macam mana?"

Dia tersenyum tanpa berkata apa-apa. Sebelum ni kami dah ada kes anak yang terlalu manja hingga tidak dapat berpisah dengan ibunya, asyik menangis sahaja, akhirnya balik semula kepada ibunya walaupun dia seorang yang boleh menghafal al-Quran dan akademiknya juga baik.

" Boleh! Di sekolah yang dulupun dia boleh duduk." sampok si ibu.

Aku lihat perawakan anak ini menarik suka tersenyum dan dari air mukanya nampak cerdik. Dari gerak-gerinya nampak perangainya boleh dibentuk. Pada keseluruhannya aku tidak teragak boleh mengambil anak ini sebagai anak angkatku.

Begitulah perhitunganku apabila hendak menerima seseorang pelajar masuk ke sekolah kami. Samaada ibubapa mereka sedar atau tidak sememangnya anak-anak ini apabila masuk kesekolah kami, akan kami pelihara dan didik seperti anak-anak kami sendiri.

14 comments:

  1. Masa depan anak2 memang sangat penting.. di sini, pelajaran agama kurang sedkit..
    di malaysia, banyak pilihan..
    tapi, kami berusaha juga mencari tempat2 untuk ajar tajwid dengan betul sebab kami pun kena belajar juga ni...

    ReplyDelete
  2. oh.. susah juga ya nak masuk sekolah mak teh.
    di website ada requirements terperinci tak?

    ReplyDelete
  3. Neeza, Alhamdulillah kalau ibubapa sedar perkara ini awal-awal lagi. Cerahlah masa depan anak-anak.

    ReplyDelete
  4. elisa, taklah susah sangat. Kami terpaksa interview untuk menilai pelajar itu samada boleh menjalani program kami. Ada faktor-faktor yang boleh kami lihat ketika temuduga bakal pelajar dan ibubapa mereka.

    Minimum qualifacation required as follows:
    2A, 3B UPSR or Equivalent
    Resonably proficient Al-Quran reading, Able to write Jawi, Passed KAFA ( Fardhu Ain )

    Dari interview pula kami nak pastikan minat yang tinggi terhadap ilmu Al-Quran, Boleh berdikari ( boleh berpisah dengan ibubapa ), keadaan fisikal boleh melakukan aktiviti sukan ( tidak terlalu gemuk ), wajah yang cerah dan ceria, ( orang yang boleh di bentuk perangai dan akhlaknya ).

    For your information, jan o9 kami akan buka sekolah rendah tahfiz integrasi di shah alam. Sekarang kami menerima booking untuk pendaftaran darjah 1, 2, dan 3. Insya-Allah, Guru Besarnya nanti ialah Puan....
    yang kita amat kenali. Bulan 7 ni dia masuk join sekolah mak teh full time.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah makteh bagi kebenaran anak itu untuk bersekolah di sekolah makteh, InsyaAllah jika kemahuan dan minatnya ke arah Al Quran, dia akan berjaya macam pelajar lain.

    ReplyDelete
  6. Salam Mak Teh, bagus Mak Teh dapat terima anak ini. Walaupun keputusannya kurang cemerlang tapi minat-nya buat saya kagum. InsyaAllah, dengan hidayah Allah, dia akan jadi cemerlang di sekolah Mak Teh.

    ReplyDelete
  7. Sarina, itu dah menjadi seperti satu tugas bagi kami untuk mendidik anak-anak yang berminat. Walaupun pada umumnya kami memilih anak-anak yang sudah bagus Al-qurannya, kami terpanggil untuk menerima anak-anak yang berminat tetapi tidak ada atau kurang pendedahan kepada pengajian Al-Quran.

    ReplyDelete
  8. Salam Zlaa, terima kasih menjenguk mak teh. Bila Zlaa balik sini mailah jumpa mak teh.

    Mengenai anak itu, mak teh nampak minat dia tinggi terhadap ilmu Al-Quran dan perawakan dia yang bagus. Jadi mak teh senang hati menerima dan akan mendidiknya. Potensinya ada dan Insy-Allah dia akan berjaya.

    ReplyDelete
  9. mak teh,
    kalau student tu takde kelulusan KAFA, macamana? Contohnya anak2 elisa yang sekolah di sini, bila balik malaysia nanti walaupun boleh baca al-quran and boleh tulis jawi, tak boleh nak masuk sekolah agama lah ya?

    Oh dah nak jadi Guru Besar dah kawan kita tu? ALhamdulillah!!! I think memang seswai sungguh, and I am sure her mother would be so proud of her :)

    ReplyDelete
  10. salam sejahtera.suyukur pada Allah,walaupun ibubapanya kurang agama,tetapi masih mahu anaknya berjaya dalam agama.
    orang melayu memang kurang arif dlm membentuk peribadi anak2.tidak ada perancangan dan azam utk bawa anak berjaya dlm agama.selalunya bila dah tak ada pilihan,barulah bidang agama sebagai pilihan.
    kepada sahabat semua,biasa-biasakanlah bawa anak kemasjid,duduk dalam majlis ilmu,bergaul dengan jemaah masjid dan kenalkan dengan ustaz2,supaya dia dapatrasa satu kelainan bergaul dengan ustaz dan orang2 masjid.insyaalah dia sendiri akan memilih bidang agama sebagai matlamatnya.

    ReplyDelete
  11. Elisa, kalau student dari luar negara trntulah tak ade certificate KAFA, jadi kami akan test dia pengetahuan fardhu 'Ain seperti berwudhu, bersolat, bacaan dalam solat dan sebagainya.

    Yang penting Al-Qurannya hendaklah lancar, boleh menulis jawi dan lebih elok lagi kalau dia ada asas tulisan khat.

    Untuk anak-anak masuk sekolah rendah kami tidak test sangat tetapi mencukupilah kalau dia sudah masuk kelas pra-sekolah.

    ReplyDelete
  12. Kitab Kuning, mak teh bersetuju dengan pendapat anda.

    Nak tanya " lundang paku " tu apa? Kitab kuning mak teh tahu.

    ReplyDelete
  13. salamsejahtera.lundang paku adalah nama satu tempat dikelantan,dimana terdapatnya orang soleh yang dipanggil syeikh ismail lundang paku.tak semua orang tahu akan nama tempat ini.mungkin ia bukan tempat mengaji pondok spt pasir tumbuh.tuan guru ini lebih cenderong kepada kesufian.
    saya mengenali murid kepada murid syeikh ini.

    ReplyDelete
  14. Kitab kuning, terima kasih!

    ReplyDelete