Tuesday 10 February 2009

Aktiviti Setiap Hari

Assalamualiakum!

Bangun pagi ini, bada terasa keletihan. Maka aku tak ikut sama anak-anak tahfiz banat berjalan ke sekolah seperti yang selalu aku lakukan. Almaklumlah badan telah menjangkau tahap usia warga emas. Macam-macam rasa pada badan, kalau aku luahkan tak enak bunyinya seperti orang tua-tua suka komplen. Aku telah lama bertekad tidak mahu komplen seperti bunyi cakap orang tua-tua. Hehehe! Aku tidak mahu orang kata aku ni dah tua. Jadi bila orang bertanya "Apa khabar?" aku selalu jawab " Alhamdulillah, sihat!" Bagiku selagi boleh bangun melakukan apa yang kita perlu buat seharian, aku kira itu dah boleh dikatakan sihatlah! Alhamdulillah!

Hari ini aku ada kelas BI, Tingkatan 3. Lepas itu aku nak ke pasar beli bahan-bahan makanan untuk esok. Kemudian aku nak ke bank dan buat beberapa bayaran perlu. Selepas itu aku nak per kedai pemborong alat tulis untuk membeli keperluan sekolah. Sambil aku lalu di kawasan itu nanti aku akan pergi ke sebuah kilang membuat keropok lekor untuk menu hidangan minuman teh bagi anak-anak tahfiz kecil. Semua ini telah terlakar dalam mindaku selepas aku menunaikan solat subbuh.

Kehidupan aku dan Pak haji kini berlegar mengenai perihal sekolah dan anak-anak tahfiz sahaja. Kerja kami nampak mudah tetapi amat mencabar dan memenatkan. Namun setiap malam apabila hendak tidur merihatkan badan, kami tersenyum puas sambil berbual mengenai kerenah anak-anak tahfiz kami itu ( dan juga kerenah ibubapa mereka yang datang menghendap-hendap nak melepaskan rindu pada anak-anak mereka pada hari-hari yang bukan hari lawatan keluarga) Kadang-kadang kami tertawa geli hati kami menceritakan hal mereka itu.

Permohonan masuk ke sekolah kami masih datang bertalu-talu. Perkara ini yang menyebabkan kami sedikit sedih atau terkilan kerana kami tidak dapat menerima pelajar lagi di sebabkan tidak ada lagi tempat dalam asrama. Kami sentiasa berdoa agar situasi ini akan berubah.Allah Maha Berkuasa, kepadaNya kami memohon dan berserah! Semoga kita semua akan di rahmati Allah SWT dan di berkatiNya segala usaha kita. Ameen!

6 comments:

  1. assalamualaikum mak teh

    sekolah mak teh ni kat mana?
    mana tau sambil2 lalu ble hsinggah jumpa mak teh sembang2! hehehe

    ReplyDelete
  2. Sekolah mak teh di Shah Alam, seksyen 3. Kalau nak datang melawat bawa anak-anak sekali. Mereka tentu suka sekolah kami.

    Call lah dulu sebelum datang. Boleh call cik gu Wani 03-55139880.

    ReplyDelete
  3. bila kita selalu cakap Alhamdulillah, sihat.. kata2 kita menjadi doa kan makteh..
    kalau kita selalu kata, sakit.. tak sihat.. pening.. jadi doa jugak.. nanti betul2 sakit kan..

    ReplyDelete
  4. Salam rindu Mak Teh...

    Bila ada banyak aktiviti kena buat, tak secara langsung, it makes us more alive.

    ReplyDelete
  5. Neeza, tulah mak teh kadang-kadang kurang minat bila orang asal cakap komplen sakit je!
    Insya-Allah apabila kita selalu bersyukurmaka tidak rasa sangat sakit-sakit itu.

    ReplyDelete
  6. Mak tehpun rindukan mamamia tetapi masa sangat cepat berlalu setiap hari sehingga mak teh tak boleh nak blog selalu.

    ReplyDelete