Salam Semua !
Alhamdulillah! Nampaknya kebelakangan ini minat terhadap sekolah kami berlipatganda. Setiap hari ada saja orang menelefon bertanyakan info untuk memasukkan anak-anak mereka ke sekolah kami. Ada yang bertanya untuk sekolah menengah dan ada yang bertanya untuk sekolah rendah.
Pagi tadi ada sepasang ibubapa datang memohon nak transferkan anak mereka dari sebuah sekolah yang terkenal di Kuala Lumpur. Alasannya disiplin di sekolah itu amat merosot. Maaf, tuanpuan kami tidak dapat menerima permohonan itu.
Untuk ibubapa yang ingin transferkan anak dari sekolah-sekolah lain, kami maklumkan bahawa kami tidak menerima anak-anak untuk Ting 3. Kami hanya menerima transfer cases untuk Ting 1 & 2. Kami juga tidak menerima kes-kes transfer kerana disiplin.
Anda jangan terkejut, ada ramai juga kes transfer dimana ibubapa anak itu adalah di kalangan pendidik. Maka tahulah kami bahawa ada sesuatu yang baik kami dapat lakukan di sekolah ini.
Petang ini kami akan menerima kunjungan lagi sepasang ibubapa yang datang jauh dari benua lain untuk memohon memasukkan 2 orang anak mereka ke sekolah ini. Kali ini mereka dari kalangan orang berkulit putih. Hari Sabtu ini ada lagi keluarga dari benua Afrika yang datang untuk interview akan membawa 3 anaknya. Aizad menggeleng kepala tidak mahu kami menerima mereka itu, sedangkan aku dan Pak haji sedar apa yang takhdirkan Allah ke atas kami. Maka tidaklah kami berani untuk menolak berjumpa mereka itu. Hanya kami berdoa, " Ya Allah permudahkanlah urusan kami."
Untuk adik-adik yang akan memohon masuk ke Ting 1 tahun 2010, bolehlah memohon seawal bulan September tahun ini ( selepas Hari Raya Puasa )dengan membawa bersama keputusan peperiksaan percubaan UPSR. Keutamaan akan diberi kepada mereka yang memohon awal dan kepada pemohon-pemohon yang sudah mempunyai abang atau kakak belajar di sekolah ini. Tempat kami sememangnyalah terhad.
Menu kami hari ini ialah ayam goreng bersalut tepung, udang masak cili dan sayur bayam. Minuman air sirap limau.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Wah..ini memang dah international nie. Apa-apa pun, mesti Mak Teh and Pak Aji tau apa yang terbaik...insyaallah!
ReplyDelete