Salam Semua,
Pagi ini mak teh tak perlu pergi pasar sebab semalam dah beli semua bahan-bahan yang perlu untuk hari ini. Makan untuk jam 10.30 hari ini kami akan sajikan roti canai. Jadi tak perlulah berkejar-kejar ke pasar.
Oleh kerana hari ini " Hari Outing " jadual kelas pagi sabtu untuk maths dan aktiviti memanah di mulakan seawal 7.30 pagi. Jadi jam 10.30 nanti sudah siaplah semua aktiviti yang di jadualkan untuk pagi ini sebelum ibubapa datang. Ibubapa boleh datang selepas jam 11.00 pagi untuk membawa anak-anak mereka keluar. " Hari Outing " adalah hari untuk ibubapa membawa anak-anak keluar bersiar-siar dan membeli-belah keperluan anak-anak. Mereka tidak digalakkan membawa anak-anak mereka pulang ke rumah. Namun bagi mereka yang tinggal di kawasan Shah Alam dan yang berdekatan mereka tentu saja membawa anak-anak mereka balik ke rumah. Ada juga ibubapa yang tinggal luar kawasan ini membawa pulang anak-anak mereka kemudian menelefon memberitahu mereka tidak sempat menghantar pulang anak-anak, lalu memohon untuk hantar anak mereka keesokan hari. Inilah perkara yang pihak sekolah tidak suka berlaku sebab itu kami tidak galakan mereka membawa anak-anak pulang ke rumah.
Apapun jam 6.00 petang mereka mesti menghantar anak-anak mereka masuk semula ke asrama. Sekiranya didapati ada ibubapa yang melanggar peraturan ini 2 kali, maka hari outing seterusnya mereka tidak akan dibenarkan membawa keluar anak mereka. Kami harap ibubapa memahami perlunya akan peraturan ini sebab kami tidak mahu pelajaran anak-anak mereka terjejas.
Sekian dahulu, mak teh ucapkan selamat berhujung minggu kepada anda pembaca blog ini.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
No comments:
Post a Comment