Salam Semua !
Sekarang ini mak teh berasa seronok kerana anak-anakku akan pulang bercuti. Ada seorang iaitu Yanna sudah pulang 3 hari lepas dari Cairo, Mesir.
Sejak anak mak teh Yanna balik, kaki mak teh kuranglah terasa sakit. Tiap malam Yanna mengurut kakiku sambil memberitahu bahawa urat-uratku banyak yang masuk angin. Dalam keluargaku ada 2 orang yang pandai mengurut iaitu Yanna dan Kin. Besar kemungkinan kepandaian mengurut ini mereka warisi dari kebolehan tok-nenek kerana mereka tidak pernah mempelajari ilmu mengurut. Apabila mereka mengurut pesakit siap dengan sendawanya sekali, menunjukkan urutan mereka itu berkesan mengeluarkan angin dari badan pesakit.
Aku menunggu kepulangan Aly pada akhir bulan ini dan kepulangan Lia pada awal bulan Ogos. Apabila Aly pulang dia dapat membantu kami sedikit sebanyak dalam mengendalikan hal-hal sekolah. Kepulangan Lia pula akan meringankan kerisauanku mengenai perkara-perkara kesihatanku.
Aku cuba mengumpulkan keluargaku di bulan Ramadhan ini. Huda yang sibuk bekerja siang dan malam telah aku suruh meletakkan jawatan agar dapatlah sama-sama kami ke masjid menunaikan solat-solat tarawih. Insya-Allah Huda akan join kami sebagai Pengurus Stable Ekuin dan Instructor. Namun Kin ( anak sulung ) yang telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke UK akan bertolak ke sana beberapa hari menjelang Syawal.
Terakhir kami sekeluarga bersama-sama pada bulan Ramadhan dan syawal adalah 14 tahun yang lalu dimana anak-anak belum keluar belajar ke merata-rata tempat di pelosok dunia. Selepas itu ada dua kali mereka pulang semuanya sempat bersama dalam 1 hari sahaja pada 2 kali, yang mana kesempatan itu kami rakamkan gambar sekeluarga. Begitulah susahnya nak bersama-sama sepenuhnya apabila anak-anak dah membesar terutama bagi kami yang mempunyai ramai ahli keluarga.
Sekian dulu untuk kali ini. Terima kasih kerana menjenguk blog mak teh.
Anak-anak Tahfiz Ting 3 sedang membuat experimen pendebungaan untuk subjek Sains di luar Kelas ( Pokok-pokok bunga itu Pak haji tanam bersama anak-anak Tahfiz )
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Sure senyum meleret makteh dan Pak Haji bila satu family dapat bersama berpuasa kali ni. 14tahun satu jangkamasa yang lama tu. Kami tahun ni masih tak dapat bersama di bulan puasa , tahun ni masuk ke 8 tahun dah .
ReplyDeleteAnak - anak pewaris generai akan datang. :)
ReplyDeleteSalam Mak Teh....tak pasal-pasal rasa sebak pulak baca N3 Mak Teh kali ni....terbayang bila anak-anak dah besar dan mula meninggalkan rumah. Suami pernah terbayang bila kami tinggal berdua shj bersama pembantu rumah (aik!!nak pembantu rumah jugak bila dah tinggal berdua)...jawapannya...dah terbiasa, lagipun masa tu dah tua, tak berupaya...hmmm...banyaklah pulak alasannya.
ReplyDeleteSarina,
ReplyDeleteTerubatlah hati apabila mereka semua berada di rumah. Kadang-kadang kami rindukan mereka terkenanglah keadaan semasa mereka masih kecil dahulu.
Sekali-sekali kami cuba berkumpul semuanya apabila keadaan mengizinkan.
KKK,
ReplyDeleteItulah sebabnya kita berusaha keras untuk membentuk dan memndidik mereka agar menjadi manusia yang baik dan berguna.
Ummu Adam,
ReplyDeleteApabila tiba masanya anda juga akan di tinggalkan anak-anak demi ilmu yang mereka cari. Namun anda janganlah gundah. Ikutlah comtoh ibu Imam Syafie, beliau redha berpisah dengan anaknya semasa Imam Syafie masih muda lagi kerana menghendaki anaknya itu menuntut ilmu.