Wednesday 15 July 2009

Hujan Turun Di Pagi Hari

Salam Semua !

Sekarang ini cuaca masih kelihatan mendung walaupun hujan telah hujan turun di pagi hari tadi. Alhamdulillah, mak teh dan Pak haji sihat serta dapat melakukan tugas-tugas kami untuk hari ini.

Populasi sekolah kami telah mencapai tahap maksimum. Jadi untuk tahun ini sekolah kami tidak akan ambil kemasukkan baru lagi. Kemasukkan yang terakhir untuk tahun ini adalah 2 orang pelajar baru yang akan masuk asrama sabtu ini. Seorang datang dari Kanada dan seorang lagi datang dari Australia.

Pertanyaan-pertanyaan untuk kemasukkan tahun hadapan sudah mula meningkat. Hampir setiap hari ada saja panggilan bertanyakan syarat kemasukkan ke sekolah ini dan bila permohonan boleh dibuat. Permohonan untuk masuk Ting 1 untuk tahun 2010 akan bermula selepas peperikasaan UPSR, September 2009. Pemohon-pemohon hendaklah terlebih dahulu membuat temujanji untuk di temuduga. Pada hari temuduga mereka hendaklah membawa bersama keputusan peperiksaan percubaan UPSR. Untuk adik-adik yang berminat hendaklah datang seawal mungkin kerana kami hanya akan mengambil 40 orang sahaja termasuk lelaki dan perempuan. Ada lagi 10 tempat yang kami khaskan untuk pemohon-pemohon luar Negara. ( Merekapun sudah membuat permohonan dari sekarang )

Anda mungkin bertanya, mengapa di hadkan kemasukkan kalau ramai orang ingin memohon?
Jawapannya: Pertama sebagai sebuah sekolah swasta yang tidak mendapat apa-apa bantuan, kami kekurangan dana. Kedua, kami belum ada bangunan atau infrastruktur sendiri. Sekarang kami masih menyewa dan menumpang. Ketiga, kami hanya menerima pemohon yang berkelayakan.

Sekian dahulu hingga kita bertemu lagi.

No comments:

Post a Comment