Salam Semua!
Alhamdulillah dipanjangkan umur kita satu minggu lagi hingga kita bertemu hari Jumaat ini. Aku mengharapkan pagi Jumaatku ini tenang seperti setiap pagi Jumaat setelah kami seluruh warga MTAQSA pulang dari melakukan solat subuh dimasjid Negeri.
Ada kelainan sedikit di pagi ini ketika pulang dari masjid baru aku sedar Ilai anak Tahfiz junior ada ikut bersama kami. " Dialah yang telah bersiap awal untuk turut bersama ke masjid. " kata Pak haji. Selalunya pada hari Jumaat kami tidak mengejutkan Ilai awal untuk ke masjid tetapi kali ini dia dengan sendiri bangun awal bersiap dirinya agar dapat mengikuti kami. Itulah bak kata pepatah, " Kalau hendak seribu daya kalau tak hendak seribu dalih."
Hari Jumaat adalah hari yang aku ada sedikit kelapangan. Namun aku perlu juga ke pasar dan kemudian ke Bank untuk menuruskan bayaran-bayaran yang perlu di buat. Selepas ini aku akan ke pasar basah. Pembantuku sedang menyediakan makanan jam 10.30 pagi ia-itu bihun sup.
Malam tadi aku adakan kelas khas Bahasa Melayu untuk pelajar-pelajar Luar Negara. Mereka sudah ada perbendaharaan kata ( beberapa perkataan ) dan sudah boleh membuat ayat-ayat yang mudah. Aku ajarkan mereka mengikut latihan " Simple English " dan di ajarkan Bahasa Melayu jadi senanglah aku tidak perlu terjemahkan apa yang aku ajarkan itu. Cepat sahaja mereka memahaminya kerana ayat Inggeris sudah ada. Aku terangkan struktur ayat yang berbeza dari English dan bertanya adakah struktur ayat dalam bahasa ibunda mereka sama dengan Bahasa Melayu. Mereka menyatakan ianya sama dengan Bahasa Melayu. Maka lebih mudahlah bagi mereka untuk membuat ayat-ayat baru.
Mengikut takwim sekolah kami esok adalah " Hari Outing ". Ibubapa akan datang besok untuk membawa anak-anak mereka keluar bersiar. Mereka boleh ambil anak mereka seawal 11.00 pagi dan mesti menghantar semula masuk asrama jam 6.00 petang.
Anak-anak Tahfiz sedang menyediakan diri untuk latihan kawad berformasi berpakaian seragam lengkap yang akan di adakan pada hari Ahad ini. Ibubapa bolehlah datang menyaksikannya bermula jam 5.00 petang. Bawalah kamera anda bersama kerana di janjikan latihan itu akan mengagumkan anda. Terutama untuk ibubapa anak-anak Ting 1 akan melihat perbezaan yang ketara pada penampilan anak-anak mereka. Inilah di antara usaha sekolah ini untuk membentuk disiplin anak-anak Tahfiz dan untuk meningkatkan jati diri dan keterampilan mereka.
Mak teh harap adik-adik dapat datang menyaksikan latihan kawad abang-abang dan kakak-kakak. Jangan lupa, ingatkan ibubapa adik-adik ye!
Sekian dulu buat kali ini dan tidak lupa mak teh ucapkan " Jazalallahu Khairan " kepada penderma-penderma yang bermurah hati menyumbangkan keewangan dan barangan kepada kami. Insya-Allah, kerana sedekah anda itu, Allah akan melindungi anda dan keluarga dari segala keburukan dan kerugian yang mungkin menimpa. Ameen!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Salam Mak Teh,
ReplyDeleteMemang nampak Ilai pg td kat Masjid. Alhamdulillah, rajin dia. Teringat pada sikecik, dia pun bangun awal tapi tak dpt ikut sama ke masjid sebab pukul 6.10 dah kena keluar rumah tunggu bas...cian dia!
Yes, besok "hari Outing" seronoknya tapi saya ada kerja pulak. Will rush home immediately after my urusan selesai. Harap-harap kawad hari Ahad ni tak terlepas lagi :)
Ummu Adam,
ReplyDeleteIlai sememangnya membawa dirinya seperti kakak-kakak Tahfiz. Setiap aktiviti mereka di ikuti sama.
Yes, kawad hari ahad ini mesti datang. Bawa ahli keluarga lain bersama!
yehyeh esok angah balik!tak sabar nak jumpa angah.
ReplyDelete