Showing posts with label My Novel. Show all posts
Showing posts with label My Novel. Show all posts

Tuesday, 18 December 2007

Sesuatu Yang Pelik

Petang itu sedang Wan Harun membersihkan porch depan bersama anak-anaknya, Yasmin bersendirian didapur. Ditepi ruang dapur ada satu bilik yang dibuat setor tempat simpan barang-barang. Pintu bilik itu tidak berkunci, Yasmin menjenguk kedalamnya. Dia melihat ada banyak berkotak-kotak barang tersusun diatas kabinet yang melekat kedinding. Ada sebuah katil dan banyak perkakas-perkakas lama di dalam bilik yang tidak berapa besar itu. Yasmin menutup semula pintu bilik itu dan membuat ingatan akan membersih serta mengemas bilik itu untuk dijadikan bilik pembantu rumah nanti. Yasmin membelakangkan bilik itu hendak ke sinki, dia berasa ada orang melintasi di belakangnya. Dia menoleh tiada sesiapa! Mula-mula dia menyangka mungkin suaminya telah masuk kedapur kemudian keluar melaui pintu ruang makan. Dia meneruskan kerjanya lagi menyusun barang-barang yang dibawa keatas kabinet dapur. Terasa ada orang memerhatikannya. Dia menoleh lagi, tiada sesipa di ruang dapur yang sunyi itu. Sambil dia meneruskan kerjanya itu terasa ada sepasang mata memerhatikannya! Gelisah dengan perasaan itu Yasmin terus kedepan mendapatkan suaminya.

"Abangkah masuk ke dapur kejap tadi?" tanya Yasmin.

"Taklah! Dari tadi abang disini membersihkan porch ini. Kenapa?" balas Wan Harun.

"Tak! Tak ada apa-apa. Saja tanya." kata Yasmin wajahnya berkerut.

Wan Harun memerhati ekspresi wajah isterinya dan dapat mengagak ada sesuatu yang tak kena. Namun dia teruskan kerjanya memberus lantai simen porch yang telah naik tanah dan lumut. Beberapa minit kemudian, Wan Harun sedang berehat diatas tangga depan, Yasmin membawa satu jag minuman air limau nipis. "Abang, tadi semasa Min didapur, terasa ada orang yang melintas, ingatkan abang lalu ke ruang makan!" bisik Yasmin.

Wan Harun melihat kemuka Yasmin dan memahami apa yang tersirat. Dia terdiam sebentar, kemudian berkata, " Tak apa, nanti malam ni Abang buatkan." kata Wan Harun, sejurus wajahnya kelihatan serius.

Kebetulan malam itu adalah malam Jumaat, Wan Harun dan Yasmin telah besedia lebih awal menunggu masuk waktu maghrib. Azan berkumandang di masjid setengah kilometer dari situ. Semua tingkap dan pintu telah ditutup, Wan Harunpun segera melaungkan azan agak kuat dalam rumah, Villa Seriwani itu. Wan Harun kemudian mengimamkan solat maghrib, isteri dan anak-anak menjadi makmum. Setelah selesai zikir dan doa, Wan Harun berseru, " Wahai penghuni rumah ini, kami balik ke rumah kami nak tinggal disini, pergilah ketempat lain. Ini adalah rumah kami, kami nak tinggal disini." Tiga kali Wan Harun berseru demikian. Itulah seruan atau kata yang pernah di ajar oleh neneknya kalau kita pindah ke tempat atau rumah yang disyakki ada didiami makhluk halus. Kemudian dia membaca Ayatul Khursi berualang kali.

Bagi anak-anak pasangan tersebut mereka sudah tahu tentang seruan sebegitu dan tidak merasa apa-apa peliknya kerana mereka juga tahu rumah itu sudah lama kosong. Anak-anak pasangan ini tidak diajar takut akan keaadaan sedemikian. Namun Yasmin dan Wan Harun tidak pernah bercerita perihal yang rumah itu dianggap berpenghuni dan cerita-cerita bahawa saudaramara yang pernah pulang kerumah itu tidak berani bermalam disitu. Mereka juga tidak memberitahu kepada anak-anak mereka apa yang telah berlaku pada siang hari tadi.

Monday, 17 December 2007

Keluar Makan

Panggilan telefon dari Zed memberitahu semuanya ok di Shah Alam. Zed sengaja ditinggalkan di Shah Alam untuk menjalankan beberapa tugas. Tugas Zed adalah untuk mengemas dan mengunci rumah Shah Alam yang akan di tinggalkan itu. Zed akan bertolak ke Alor Setar dua hari lagi iaitu pada hari Ahad. Dia akan memandu sebuah Nissan Vennette membawa adik-adiknya, Alan dan Cik Su, pembantu rumah Indonesia, Wiwik dan semua barang-barang yang perlu dibawa ke Alor Setar.

Matahari sudah menegak, Yasmin sudah kemas dan bersihkan bahagian dapur. Cerah dan kemas nampak ruang dapur, angin dari luar meniupkan udara segar melalui tingkap-tingkap yang telah dibuka luas. Kaca-kaca tingkap telah dibersihkan oleh Lia tadi menampakkan kilauannya. Terdapat sebuah peti ais jenama GEC model lama masih boleh berfungsi dan ada sebuah dapur gas yang masih elok. Namun Yasmin belum boleh mula memasak kerana masih banyak perkara yang perlu dilakukannya.

"Mama Lia dah laparlah! Kita nak makan kat mana?" tanya Lia.

"Ok! Semua orang pergi mandi, siap kita nak keluar makan kat Alor Setar atau Jitra." kata Yasmin.

Setengah jam kemudian Wan Harun memandu kenderaannya menghala Alor Setar.Keluarganya yang ada bersama rancak berbincang tempat mana yang mereka akan tuju untuk makan tengah hari. Akhirnya mereka sepakat. Wan Harunpun membelok kenderaannya masuk ke kawasan kedai-kedai makan di Pumpong. Ada banyak gerai dan juga kedai makan disitu. Menu di kedai yang mereka masuk itu sangatlah banyak jenis lauk-pauk seta ulam-ulamannya. Anak-anak yang letih dan kelaparan itu ghairah memesan pelbagai jenis makanan. Tanpa melengahkan masa, merekapun menjamu selera hingga puas dan kekenyangan.

Hampir selesai makan Wan Harun ternampak seseorang masuk kekedai. Dia bangun lantas menyapa, "Assalamualaikum! Pak Ndak."

"Waalaikumsalam! Eh, Bila hangpa balik sini?", Kelihatan Pak Ndak tercengang.

"Baru malam tadi sampai pukul 12 malam." kata Wan Harun. " Pak Ndak mai makan sorang sajakah? Mana Mak Ndak?"

"Mak Ndak ada kat rumah, kurang sihat hari ni. Ni nak mai beli bungkus bawa balik. Hangpa mai dok kat mana?"

"Kami tinggal di rumah Wa Sin yang lama dah kosong tu! Pak Ndak mailah rumah bawa Mak Ndak sekali" Kata Wan Harun.

"Hangpa mailah rumah kami dulu! Mai makan! Nanti Mak Ndak dah sihat dia boleh masak."

"InsyaAllah! Tapi ni kami baru sampai, rumah Mak pun belum pergi lagi!" kata Yasmin.

Setelah berbual-bual sekejap, mereka semua bersalaman dengan Pak Ndak, "Kirim salam Mak Ndak ya!" kata Yasmin sebelum mereka beredar dari situ.

Masuk saja kedalam kenderaan, Aly bersuara, "Siapa tu Mama?"

"Tok Ndak hangpa, sepupu Tok Hangpa. Dia bekas ketua Tok Penghulu Negeri Kedah."

"Ya kah? Padanlah badanyapun besar macam sesuai watak Tok Penghulu dalam cerita P. Ramlee!" kata Aly membuat semua orang ketawa.

Sunday, 16 December 2007

Hembusan Angin Yang Nyaman

Jam menunjukkan 8.00 pagi, keluarga dari Shah Alam yang baru pindah itu sedang bersarapan pagi. Mereka bersarapan ala camping saja, diatas lantai alas surat khabar lama dan makanan di makan terus dari bungkusan yang dibeli. Sekejap saja merekapun selesai bersarapan.

Tingkap-tingkap rumah yang telah lama tidak dibuka itu telah dibuka. Hembusan angin lembut dari kawasan bendang sangatlah nyaman.Rumah satu tingkat dikenali sebagai 'VILLA SERIWANI' yang selama ini kaku seolah-olah hidup semula.Cahaya matahari menjenguk masuk ke dalam rumah. " Aly sukalah rumah ni mama! Besar ye rumah Tok Wa ni. T.V tu boleh pasang ke ayah?" kata Aly sambil menunjuk ke arah TV besar model lama yang terletak disudut ruang tamu.

"Tu tv model lama, gambarnya hitam putih, rasa ayah dah tak boleh pakai! Nanti kemudian ayah cuba pasangkan " kata Wan Harun.

Selesai bersarapan Ida kemaskan bekas sarapan di masukkan dalam plastik sampah. Yasmin dan Lia kemaskan tilam-tilam tempat tidur dilipat dan disusun rapi disatu sudut.Beberapa minit kemudian mereka mula membersih mencuci rumah itu. Mereka mulakan dengan mencuci lantai ruang ke dapur dan ruang dapur. Kemudian air basuhan melimpah ke porch belakang dan ruang luar rumah tepi dapur, jadi bahagian itu juga dicuci. Membersihkan sawang kerja Idah, mengangkat mengemas barang kerja yasmin, membasuh lantai kerja wan Harun, mengelap tingkap dan perabut kerja Lia, sedangkan peranan Aly adalah membantu ambil itu dan ini.

Dua jam kemudian mereka berehat di porch belakang sambil menikmati minuman teh panas dan biskut. Sambil rehat mereka menikmati hembusan angin yang sepoi-sepoi, menyejukkan badan mereka dan mengeringkan keringat mereka. Angin juga membuatkan daun-daun pisang melintuk-liuk dan daun-daun kelapa melambai-lambai. Desiran daun yang paling ketara ialah desiran daun buluh dan bunyi dari batang-batang buluh yang bergesiran. Namun disuasana pagi yang nyaman sebegini bunyi-bunyi itu kedengaran indah dan romantis tidak seperti yang dialami pada malam tadi. Di siang hari keadaan halaman sekeliling rumah jelas kelihatan hijau dan indah, ditanam dengan rumpun-rumpun pisang, pohon-pohon mangga dan kelapa. Ditepi alur yang mengalir lesu tidak berapa jauh disisi rumah ada deretan rumpun-rumpun buluh dan pohon-pohon kelapa yang tinggi.Seberang alur terhampar sawah yang luas saujana mata memandang. "Ahh, indah sungguh suasana kampung ini!" kata Wan Harun, penuh nostalgia.

Saturday, 15 December 2007

Pagi Yang Tenang

Yasmin terjaga, suara azan yang sedang berkumandang telah mengejutkannya dari tidur. Dipandangnya jam tangannya menunjukkan pukul 6.15 pagi. Sejurus dia terfikir, "Eh! lewatnya azan" Kemudian dia baru teringat bahawa dia sedang berada di utara Tanah Air. Sememangnya dia sudah tahu di utara, waktu solat masuk 15 minit lewat dari waktu-waktu solat di Kuala Lumpur dan Shah Alam. Dilihatnya anak-anak masih nyenyak tidur begitu juga suaminya. Badannya yang masih terasa keletihan membuatkan dia berasa ingin saja menyambungkan tidurnya. Namun Yasmin tahu dia tidak boleh berbuat demikian, saperti kebiasaannya dia perlu menuanaikan kewajipan bersolat subuh. Lalu dia mengejutkan suaminya serta berbisik, " Abang! Dah azan subuh. Bangun bang! Kita di Alor Setar ni, banyak perkara yang kita nak buat hari ini."

Wan Harun mengalihkan badannya mengiring kekanan sambil menarik rapi selimutnya dan mengerekutkan badannya. Matanya belum terbuka, dia bersuara. "Eeee! sejuuuknya!" Yasmin menjawab, "Memanglah sejuk bang! Ni kan Alor Setar, pagi-pagi tak payah pakai air-con, tambahan pula musim kemarau ni." Mendengar kata-kata isterinya itu Wam Harun bingkas bangun, " Eh! ya kita dah pindah Alor Setar! Eh, banyak kerja nak baut hari ni." Wan Harun lantas bangun bergegas kebilik air. Yasmin menoleh kepada anak-anaknya yang masih nyenyak tidur. Dia memerhatikan tubuh-tubuh kesanyangannya itu, lalu timbul perasaan keibuan yang kasihan melihat anak-anaknya keletihan. Dia bangun membetulkan selimut-selimut mereka serta hatinya berkata akan mengejutkan mereka lewat sedikit.

Selesai solat sunat fajar dan solat fardu subuh, Wan Harun dan isteri berdoa kepada Allah dengan panjang lebar. Saperti biasa mereka memulakan doa dengan memohon keampunan dari Allah SWT, menyatakan kesyukuran mereka diatas segala rahmat yang diberiNYA kepada sekeluarga, seterusnya mendoakan keselamatan mereka sekeluarga memohon Allah memelihara anak-anak mereka, Ain yang sulung dan Ammar yang kedua, sedang berada di United Kingdom melanjutkan pelajaran masing-masing. Mereka juga mendoakan keselamatan anak-anak yang masih berada di Shah Alam dan anak-anak yang bersama-sama mereka. Mereka menyambung doa agar perpindahan mereka ke Alor Setar ini mendapat kebaikkan kepada mereka sekeluarga. Doa ditutup dengan permohonan, "Ya Allah ampunlah dosa-dosa kedua ibu-bapa kami, dan datuk nenek kami, kesihanilah mereka saperti mana mereka kasihani kami semasa kami kecil. Cucurilah rahmatMU keatas roh-roh mereka yang telah pergi terdahulu dari kami. Ameen, Ameen, Ya Robbulalamin!" Wan Harun beralih kepada isterinya, Yasmin mencium tangan Suaminya sebagai lazimnya setelah selesai solat dan berdoa.

"Hmmm! Syukur kita dah selamat masuk rumah ni. Apa perasaan Min, kita dan pindah sini?" kata Wan Harun.

"Rasa lega pun ada, sikit cemas pun ada. Banyak kerja nak kena buat, tapi buat masa ni I want to take it easy!" kata Yasmin.

" Abang rasa lega kita ada rumah ni, macam rasa balik kerumah sendiri. Ok! Min buat minuman, gunakan plug dekat ni untuk flask air tu panas tu. Abang akan keluar beli sarapan bila cerah sedikit. Selepas bersarapan nanti kita aturkan kerja untuk setiap orang. Sementara itu abang nak cucikan bilik air dahulu dan isikan air dalam kolah. Senanglah anak-anak nak mandi nanti. Min jangan pergi dapur atau bahagian lain dahulu sebab debu dan habuk di atas lantai dan merata-rata sangatlah tebal. Kita kena tackle section by section."

"Baiklah bang ! Nanti kejap lagi saya kejutkan budak-budak ni. Cerah sikit kita bukakan tingkap-tingkap ni sebab bau dalam rumah ni pun satu macam saja, macam bau dalam gua!" balas Yasmin.

Perkara-perkara yang perlu dilakukan mula bersenarai dalam otak Wan Harun begitu juga dalam otak isterinya. (Pasangan ini macam ada 'wavelenght' yang sama) Walaupun tugas yang mereka akan hadapi pada hari itu banyak dan pelbagai, Wan Harun berasa bahagia, dia adalah saperti ikan yang telah pulang kelubuknya! Yasmin mula merelakan dirinya berada dalam rumah itu perasaannya dipagi itu beransur tenang ........

Friday, 14 December 2007

Nak Cerita Lagi

Wan Harun keletihan, perjalanan jauh memandu kereta dan kerja keras tadi membuat dia tersandar sebentar. Mata mula mengantuk, namun digagahi diri ke bilik air membersihkan diri dan ambil wudhuk untuk bersolat. Begitu juga dengan isterinya Yasmin. Setelah solat pasangan itu melafazkan kesyukuran kerana selamat perjalanan dan masuk rumah, mereka juga berdoa panjang. Kemudian kedengaran mereka berdua membaca Ayatulkhursi berulangkali dengan suara yang agak kuat. Mereka tahu dengan membaca ayat itu, adalah cara yang paling baik untuk menghalau makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata. Mereka arif perihal rumah yang lama tidak didiami orang akan didiami oleh makhluk-makhluk lain. Sebelum mereka tidur mereka telah menyalakan lampu luar rumah, porch depan dan belakang, lampu dapur, lampu ruang makan dan lampu koridor laluan ke bilik-bilik tidur. Semua pintu-pintu bilik belum dibuka. Bagi mereka itu adalah satu kerja yang besar dan memerlukan masa yang sesuai.

Ada satu perkara lagi yang mereka perlu lakukan sebelum tidur. Mengikut pesanan orang tua-tua (Yasmin mengingati petua neneknya) apabila berpindah kerumah baru hendaklah meletakkan sebakul beras ( dalam bakul mengkuang) dan semangkuk air ditepi tiang seri rumah. Yasmin mengambil barang-barang yang telah disediakan itu dan meletakkannya ditepi tiang seri rumah itu. Yasmin dan Wan Harun berpegang kepada adat itu walaupun mereka tidak tahu sangat kenapa perlu berbuat demikian. Mereka juga tidak pernah bertanya kepada ahli-ahli agama untuk mengesahkan sama ada perkara itu kurafat atau tidak. Hampir pukul 3.00 pagi baru Wan Harun dan isteri tidur dan mereka sangatlah keletihan.

Sambung Cerita Lagi

Wan Harun melangkah berhati-hati menuju hujung halaman, melintasi binaan struktur besi yang diatasnya ada tanki air. Selepas itu ada sepohon pokok mempelam yang besar dan rimbun, nampaknya sedang berbuah lebat kerana bertaburan buahnya dibawah pokok itu. Lampu suluh di suluh kehadapan kiri dan kanan, beberapa langkah lagi terletak meter air. Dalam samar cahaya lampu suluh itu Wan Harun ternampak sesuatu yang menghentikan nafasnya seketika. Lampu dihalakan ke sebuah busut kira-kira dua kaki dari meter air, kelihatan suatu longgokan saperti kain batik yang mendebarkan. Di suluh lagi lebih dekat dan tepat, nampaklah olehnya seekor ular yang badannya lebih besar dari betis orang dewasa. Lantas dia bersuara, "Kalau kau bukan ular pergi dari sini!" Oleh kerana dilihatnya ular itu tidak memanggungkan kepalanya berrerti tidak akan mematuk, dia berkata lagi, " kalau kau ular pun pergilah dari sini!" Secepat kilat ular itu berlalu dari situ dalam kegelapan malam tidak jelas bentuk rupanya hanya bunyi desiran laluannya di atas daun-daun kering dan diikuti dengan bunyi terjunannya kedalam air alur berhampiran. Wan Harun menghela nafas lalu segera membuka kunci air di tepi meter. Dia segera beredar dari situ kembali ke porch belakang rumah. Hampir 10 minit telah berlalu tetapi dirasanya terlalu lama. Tanpa memberi tahu apa yang telah dialaminya sekejap tadi dia berkata, " Ok! kunci bekalan air telah dibuka nanti kita boleh bersihkan lantai." Aly dan Anna telah keluar dari kereta masing-masing memegang sebatang penyapu dan aly sedang menyapu sawang. Sampah daun-daun kering dalam porch sudahpun disapu oleh mereka. Lia dan Idah mengangkat barang-barang dan meletakkan ditempat yang telah disapu. Yasmin dan Idah menurunkan barang lain dari kereta. Itulah kebiasaan keluarga ini, anak-anak mereka tahu apa yang perlu dilakukan dalan keadaan sebegini. Masing-masing mengambil peranan sendiri tanpa perlu banyak arahan.

Wan Harun masuk semula ke dalam rumah dan membersihkan lantai kawasan ruang tamu. Beliau bekerja keras memastikan ada ruang yang bersih untuk mereka berlabuh di malam itu. Lantai yang telah di mop basah, dikeringkan dengan kipas dipasang laju. Setengah jam kemudian mereka telahpun masuk kedalam rumah menghampar sehelai permaidani yang telah dibawa bersama, membentangkan tilam-tilam span nipis. Yasmin memasangkan cadar dan meletakkan bantal-bantal untuk anak-anaknya tidur. Namum Wan Harun dan Yasmin belum lagi boleh tidur kerana masih banyak perkara yang mereka mesti lalkukan dimalam itu. Malam semakin larut.... dan anak-anak sudahpun tidur.

Thursday, 13 December 2007

Sambungan Cerita

Kemudian Wan Harun memberi isyarat kepada keluarga yang masih didalam kereta supaya tetap berada disitu. Sambil memegang sebuah lampu suluh ditangan kirinya, tangan kanan memasukkan kunci kepintu kayu dengan lafaz Bismillah, dia membuka pintu tersebut lalu membaca AyatulKhursi. Dia menyuluh kedalam rumah sebelum melangkah masuk dan memberi salam, " Assalamualaikum!" tanpa menunggu jawapan dia sendiri mejawab perlahan "Waaalaikumsalam". Itu adalah adat masuk kerumah kosong yang telah lama diketahuinya. Dengan mengguna lampu suluh Wan Harun dapat mencari suis-suis lampu di dinding. Pantas dia memetik semua suis-suis lampu di ruang yang di masukkinya, kemudian dia terus ke ruang tetamu sebelah hadapan serta memetik suis-suis lampu diruang itu.

Setelah cahaya letrik menerangi ruang tersebut, diperhatikannya sekali imbas keadaan sekeliling ruang itu. Kedudukan semua perabut dan gambar-gambar yang tergantung didinding saperti yang pernah dilihatnya 15 tahun yang lalu. Cuma dua set kerusi yang fesyen zaman enampuluhan itu telah diselimut dengan kain-kain cadar besar. Beberapa saat mengamati keadaan dalam ruang tamu itu memorinya segera membuat gambaran-gambaran flashback. Namun Wan Harun tidak dapat melayan ingatan dan perasaannya segera bergegas mendapatkan keluarganya yang ditinggalkan diluar tadi.

" Ok ! sekarang boleh keluar dari kereta, tolong ayah bukakan tali pengikat kanvas, kita nak turunkan barang-barang dari bumbung kereta. Dalam rumah ok tetapi jangan masuk lagi biar ayah bersihkan debunya dahulu. Min kamu tolong tarik tali dari sebelah sana." Lampu spotlight dan lampu depan kereta dipadamkan dan enjin kereta dimatikan. Di luar cahaya lampu porch terasa sangat kesunyian dan kegelapan malam. Sambil mereka bekerja menurunkan barang-barang dari kereta, bunyi desiran daun-daun buluh semakin kuat berdesir mengikut irama tiupan angin malam. Wan Harun dan isterinya bukanlah jenis manusia yang penakut tetapa ada juga sedikit perasaan cuak didalam hati dalam keadaan yang mereka berada disaat itu. Namun mereka tidak ketarakan perasaan mereka itu kepada anak-anak itu. Anna dan Aly masih berada dalam kereta mata mereka masih mengantuk, memerhatikan apa yang sedang dibuat oleh ayah, mama, serta kakak mereka Lia dan Idah.

Wan Harun menurunkan barang-barang yang perlu dahulu saperti penyapu, penyapu sawang, mop lantai, baldi, sabun pencuci lantai, kain-kain buruk dan surat khabar lama. Kemudian dia memberitahu isterinya, "Abang nak buka kunci bekalan air, meter air ada dihujung sana" sambil menunjukkan kearah kawasan yang gelap. Dia mencapai lampu suluh dan sebilah parang.

Wednesday, 12 December 2007

Sambungan Novel

Penghujung jalan Sultanah, ada persimpangan, kenderan dipandu ke kanan menuju ke utara. Kira-kira 20 minit kemudian, 10 km dari Alur Setar, kenderaan dibelok ke kanan memasuki kawasan halaman luas sebuah rumah. Bagi Wan Harun dia berasa seolah-olah telah pulang ke kampung, ke rumahnya sendiri. Bayang rumah dan pokok keliling kelihatan berbalam-balam ditempat yang terkena simbahan cahaya lampu kereta sedangkan keadaan sekeliling gelap gulita. Di sekeliling kawasan rumah itu telah ditanam dengan banyak jenis pohon-pohon mangga dan pisang. Ada juga deretan pohon kelapa dan beberapa rumpun buluh dikawasan tepi alur berhampiran.Wan Harun memandu kenderaannya masuk ke dalam porch belakang. Lampu kereta yang cerah menyuluh pintu dan kawasan belakang rumah serta merta menampakkan keaadan rumah yang telah lama ditinggalkan, penuh dengan sampah daun-daun kering habuk di lantai dan sawang disetiap penjuru.

Wan Harun membuka pintu kereta, angin sepoi sepoi sedang bertiup, kedengaran desiran daun buluh mengikut irama tiupan angin dan disertai dengan bunyi kreeeek dari batang buluh yang bergeseran. Sebelum keluar Wan Harun berkata "Jangan keluar lagi nanti saya bukankan suis lampu dahulu. "Hati-hati Wan!" kata Yasmin sambil memerhati jam kereta menunjukkan 12.30 malam. Semua orang dalam kenderaan diam memerhatikan Wan Harun menggunakan kunci yang dibawa bersama, membuka pintu grill luar. Kemudian Wan Harun pergi ke suis utama didinding luar sebelah kawasan dalam grill itu. Setelah beberapa suis dipetiknya sekelip mata keaadaan menjadi terang benderang. "Ahh lega!" kata Yasmin. Lia membunyikan suaranya cuba mengejutkan aly yang sedang nyenyak tidur di bahagian belakan kereta.

My Novel "Rumah di tepi Bendang"

Assalamualaikum! Few days back I'vs been trying to blog but Net was not up to it. So today Alhamdulillah nak melepaskan gian. As I have promised OO that I would be writing a blook, I will enter parts of the book in the making in my blog. Chapter 1 has been completed in WORDS. So my entry here is part of Chapter 2. Here it goes...

Pada suatu hari Rabu, jam 5.00 petang kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda penuh sarat dengan muatan penumpang dan barang bertolak dari Shah Alam menuju Utara. Wan Harun yang memandu kenderaan Pajero tersebut, di tempat duduk sebelahnya ialah Yasmin isteri tersayang. Ditempat duduk belakang ialah anak-anak pasangan tersebut Ida, Lia dan Anna melintuk liuk mengikut pergerakkan kenderaan tersebut. Di belakang sekali tempat barangan telah diubah suaikan menjadi tempat tidur, Aly sedang baring, ditangannya ada sebuah mainan. Diatas bumbung kereta yang telah dipasangkan rak barangan penuh dimanafaatkan terikat kemas dengan kain kanvas. Kenderaan sedang meluncur melalui Lebuhraya Utara-Selatan dengan kelajuan sederhana 100 km/j. Wan Harun memangnya seorang pemandu berhemah, jarang beliau memandu laju tetapi kali ini sememangnya beliau tidak boleh memandu laju kerana kerana muatan kenderaan yang terlalu sarat.

Setelah 3 jam dalam perjalanan mereka singgah di sebuah perhentian Plazza Tol untuk solat maghrib dan makan malam. Kemudian perjalanan mereka diteruskan dengan lancar. Malam semakin larut kelihatan semua penumpang dalam kereta sudah nyenyak dilamun mimpi. Wan Harun kusyuk memandu sesekali berzikir dan ada juga masa untuk mengelamun. Dia teringat rumah yang mereka tujui ini sudah tidak dihuni selama 15 tahun. Namun rumah ini tidaklah asing baginya sebab dimasa zaman remajanya dia selalu mengunjungi dan tinggal dirumah itu. Rumah itu adalah rumah Wa Sin iaitu bapa saudaranya yang tua sekali bernama Hussin. Neneknya juga tinggal bersama-sama Wa Sin sehingga nenek meninggal dunia 20 tahun yang lalu.Rumah itu telah ditinggalkan kosong sebab Wa Sin dan isteri telah tinggal bersama anak mereka di Kuala Lumpur Bertahun-tahun yang lalu setelah mereka uzur. Wa Sin dan telahpun meninggal dunia beberapa tahun yang lalu dan isterinya mengikutinya 2 tahun kemudian.

Kerana lamunan mengingati zaman silamnya Wan Harun tidak sedar beliau telah sampai di Plaza Tol Alor Setar Utara. "Min! bangun, dah sampai ni". Yasmin membuka matanya sambil membetulkan duduknya, dia memerhati jam di dashboard kereta menunjukan hampir pukul 12.00 tengah malam. Yasmin menoleh kebelakang, mengejukan anak-anaknya, " Bangun! bangun! kita dah sampai Alor Setar ni" katanya dengan nada ceria dalam loghat utara. Badan-badan yang bertindih tertidur dikerusi belakang mula bergerak-gerak. Kemudian Lia bersuara, " Ye!ye! dah sampai! Bangun ooi! Kita dah sampai" Beberapa minit kemudian tiga orang anak remaja itu pun duduk tegak memerhati keadaan luar laluan Jalan Sultanah yang sedang mereka lalui sunyi sepi, agak suram.