Yasmin terjaga, suara azan yang sedang berkumandang telah mengejutkannya dari tidur. Dipandangnya jam tangannya menunjukkan pukul 6.15 pagi. Sejurus dia terfikir, "Eh! lewatnya azan" Kemudian dia baru teringat bahawa dia sedang berada di utara Tanah Air. Sememangnya dia sudah tahu di utara, waktu solat masuk 15 minit lewat dari waktu-waktu solat di Kuala Lumpur dan Shah Alam. Dilihatnya anak-anak masih nyenyak tidur begitu juga suaminya. Badannya yang masih terasa keletihan membuatkan dia berasa ingin saja menyambungkan tidurnya. Namun Yasmin tahu dia tidak boleh berbuat demikian, saperti kebiasaannya dia perlu menuanaikan kewajipan bersolat subuh. Lalu dia mengejutkan suaminya serta berbisik, " Abang! Dah azan subuh. Bangun bang! Kita di Alor Setar ni, banyak perkara yang kita nak buat hari ini."
Wan Harun mengalihkan badannya mengiring kekanan sambil menarik rapi selimutnya dan mengerekutkan badannya. Matanya belum terbuka, dia bersuara. "Eeee! sejuuuknya!" Yasmin menjawab, "Memanglah sejuk bang! Ni kan Alor Setar, pagi-pagi tak payah pakai air-con, tambahan pula musim kemarau ni." Mendengar kata-kata isterinya itu Wam Harun bingkas bangun, " Eh! ya kita dah pindah Alor Setar! Eh, banyak kerja nak baut hari ni." Wan Harun lantas bangun bergegas kebilik air. Yasmin menoleh kepada anak-anaknya yang masih nyenyak tidur. Dia memerhatikan tubuh-tubuh kesanyangannya itu, lalu timbul perasaan keibuan yang kasihan melihat anak-anaknya keletihan. Dia bangun membetulkan selimut-selimut mereka serta hatinya berkata akan mengejutkan mereka lewat sedikit.
Selesai solat sunat fajar dan solat fardu subuh, Wan Harun dan isteri berdoa kepada Allah dengan panjang lebar. Saperti biasa mereka memulakan doa dengan memohon keampunan dari Allah SWT, menyatakan kesyukuran mereka diatas segala rahmat yang diberiNYA kepada sekeluarga, seterusnya mendoakan keselamatan mereka sekeluarga memohon Allah memelihara anak-anak mereka, Ain yang sulung dan Ammar yang kedua, sedang berada di United Kingdom melanjutkan pelajaran masing-masing. Mereka juga mendoakan keselamatan anak-anak yang masih berada di Shah Alam dan anak-anak yang bersama-sama mereka. Mereka menyambung doa agar perpindahan mereka ke Alor Setar ini mendapat kebaikkan kepada mereka sekeluarga. Doa ditutup dengan permohonan, "Ya Allah ampunlah dosa-dosa kedua ibu-bapa kami, dan datuk nenek kami, kesihanilah mereka saperti mana mereka kasihani kami semasa kami kecil. Cucurilah rahmatMU keatas roh-roh mereka yang telah pergi terdahulu dari kami. Ameen, Ameen, Ya Robbulalamin!" Wan Harun beralih kepada isterinya, Yasmin mencium tangan Suaminya sebagai lazimnya setelah selesai solat dan berdoa.
"Hmmm! Syukur kita dah selamat masuk rumah ni. Apa perasaan Min, kita dan pindah sini?" kata Wan Harun.
"Rasa lega pun ada, sikit cemas pun ada. Banyak kerja nak kena buat, tapi buat masa ni I want to take it easy!" kata Yasmin.
" Abang rasa lega kita ada rumah ni, macam rasa balik kerumah sendiri. Ok! Min buat minuman, gunakan plug dekat ni untuk flask air tu panas tu. Abang akan keluar beli sarapan bila cerah sedikit. Selepas bersarapan nanti kita aturkan kerja untuk setiap orang. Sementara itu abang nak cucikan bilik air dahulu dan isikan air dalam kolah. Senanglah anak-anak nak mandi nanti. Min jangan pergi dapur atau bahagian lain dahulu sebab debu dan habuk di atas lantai dan merata-rata sangatlah tebal. Kita kena tackle section by section."
"Baiklah bang ! Nanti kejap lagi saya kejutkan budak-budak ni. Cerah sikit kita bukakan tingkap-tingkap ni sebab bau dalam rumah ni pun satu macam saja, macam bau dalam gua!" balas Yasmin.
Perkara-perkara yang perlu dilakukan mula bersenarai dalam otak Wan Harun begitu juga dalam otak isterinya. (Pasangan ini macam ada 'wavelenght' yang sama) Walaupun tugas yang mereka akan hadapi pada hari itu banyak dan pelbagai, Wan Harun berasa bahagia, dia adalah saperti ikan yang telah pulang kelubuknya! Yasmin mula merelakan dirinya berada dalam rumah itu perasaannya dipagi itu beransur tenang ........
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
tentu seronok merasa suasana pagi di kampung!
ReplyDeleteBeeest! Nanti sya cuba ceritakan suasananya.
ReplyDelete