Wan Harun melangkah berhati-hati menuju hujung halaman, melintasi binaan struktur besi yang diatasnya ada tanki air. Selepas itu ada sepohon pokok mempelam yang besar dan rimbun, nampaknya sedang berbuah lebat kerana bertaburan buahnya dibawah pokok itu. Lampu suluh di suluh kehadapan kiri dan kanan, beberapa langkah lagi terletak meter air. Dalam samar cahaya lampu suluh itu Wan Harun ternampak sesuatu yang menghentikan nafasnya seketika. Lampu dihalakan ke sebuah busut kira-kira dua kaki dari meter air, kelihatan suatu longgokan saperti kain batik yang mendebarkan. Di suluh lagi lebih dekat dan tepat, nampaklah olehnya seekor ular yang badannya lebih besar dari betis orang dewasa. Lantas dia bersuara, "Kalau kau bukan ular pergi dari sini!" Oleh kerana dilihatnya ular itu tidak memanggungkan kepalanya berrerti tidak akan mematuk, dia berkata lagi, " kalau kau ular pun pergilah dari sini!" Secepat kilat ular itu berlalu dari situ dalam kegelapan malam tidak jelas bentuk rupanya hanya bunyi desiran laluannya di atas daun-daun kering dan diikuti dengan bunyi terjunannya kedalam air alur berhampiran. Wan Harun menghela nafas lalu segera membuka kunci air di tepi meter. Dia segera beredar dari situ kembali ke porch belakang rumah. Hampir 10 minit telah berlalu tetapi dirasanya terlalu lama. Tanpa memberi tahu apa yang telah dialaminya sekejap tadi dia berkata, " Ok! kunci bekalan air telah dibuka nanti kita boleh bersihkan lantai." Aly dan Anna telah keluar dari kereta masing-masing memegang sebatang penyapu dan aly sedang menyapu sawang. Sampah daun-daun kering dalam porch sudahpun disapu oleh mereka. Lia dan Idah mengangkat barang-barang dan meletakkan ditempat yang telah disapu. Yasmin dan Idah menurunkan barang lain dari kereta. Itulah kebiasaan keluarga ini, anak-anak mereka tahu apa yang perlu dilakukan dalan keadaan sebegini. Masing-masing mengambil peranan sendiri tanpa perlu banyak arahan.
Wan Harun masuk semula ke dalam rumah dan membersihkan lantai kawasan ruang tamu. Beliau bekerja keras memastikan ada ruang yang bersih untuk mereka berlabuh di malam itu. Lantai yang telah di mop basah, dikeringkan dengan kipas dipasang laju. Setengah jam kemudian mereka telahpun masuk kedalam rumah menghampar sehelai permaidani yang telah dibawa bersama, membentangkan tilam-tilam span nipis. Yasmin memasangkan cadar dan meletakkan bantal-bantal untuk anak-anaknya tidur. Namum Wan Harun dan Yasmin belum lagi boleh tidur kerana masih banyak perkara yang mereka mesti lalkukan dimalam itu. Malam semakin larut.... dan anak-anak sudahpun tidur.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
iyewwwwwwwwwwwwwwwww!
ReplyDeleteI don't like the slithery thing!
Benda itu bukan yang sebenarnya, besar kemungkinan jelmaan jin sebab dia menghilang begitu cepat kalau yang sebenar kita akan nampak dia meluncur pergi macam dalam National Geographic tu.
ReplyDeleteyeah, I teringat snippet dalam buku muhammad asad, Road to Mecca whereby he shot the snake yang sebenarnya jelmaan jin tu...and what happened to him next..semuanya kuasa Allah; I pun pernah dengar suruh bertanya soalan macam Wan Harun dalam novel you ni tanya kalau kita terserempak dengannya...especially kalau dah lepas Maghrib, betul ke? cukup with question or we have to recite ayatul kursi or azan or something alike?
ReplyDeleteNanti later akan diceritakan dalam novel kenapa Wan Harun mengesyakki itu jelmaan dan kenapa Wan Harun tidak beri tahu pada isterinya adalah kerana isterinya phobia ular. Hal-hal lainpun kisah rumah itu tidak diberitahu pada anak-anak supaya mereka tidak ada perasaan takut tinggal di rumah itu.
ReplyDelete