Petang itu sedang Wan Harun membersihkan porch depan bersama anak-anaknya, Yasmin bersendirian didapur. Ditepi ruang dapur ada satu bilik yang dibuat setor tempat simpan barang-barang. Pintu bilik itu tidak berkunci, Yasmin menjenguk kedalamnya. Dia melihat ada banyak berkotak-kotak barang tersusun diatas kabinet yang melekat kedinding. Ada sebuah katil dan banyak perkakas-perkakas lama di dalam bilik yang tidak berapa besar itu. Yasmin menutup semula pintu bilik itu dan membuat ingatan akan membersih serta mengemas bilik itu untuk dijadikan bilik pembantu rumah nanti. Yasmin membelakangkan bilik itu hendak ke sinki, dia berasa ada orang melintasi di belakangnya. Dia menoleh tiada sesiapa! Mula-mula dia menyangka mungkin suaminya telah masuk kedapur kemudian keluar melaui pintu ruang makan. Dia meneruskan kerjanya lagi menyusun barang-barang yang dibawa keatas kabinet dapur. Terasa ada orang memerhatikannya. Dia menoleh lagi, tiada sesipa di ruang dapur yang sunyi itu. Sambil dia meneruskan kerjanya itu terasa ada sepasang mata memerhatikannya! Gelisah dengan perasaan itu Yasmin terus kedepan mendapatkan suaminya.
"Abangkah masuk ke dapur kejap tadi?" tanya Yasmin.
"Taklah! Dari tadi abang disini membersihkan porch ini. Kenapa?" balas Wan Harun.
"Tak! Tak ada apa-apa. Saja tanya." kata Yasmin wajahnya berkerut.
Wan Harun memerhati ekspresi wajah isterinya dan dapat mengagak ada sesuatu yang tak kena. Namun dia teruskan kerjanya memberus lantai simen porch yang telah naik tanah dan lumut. Beberapa minit kemudian, Wan Harun sedang berehat diatas tangga depan, Yasmin membawa satu jag minuman air limau nipis. "Abang, tadi semasa Min didapur, terasa ada orang yang melintas, ingatkan abang lalu ke ruang makan!" bisik Yasmin.
Wan Harun melihat kemuka Yasmin dan memahami apa yang tersirat. Dia terdiam sebentar, kemudian berkata, " Tak apa, nanti malam ni Abang buatkan." kata Wan Harun, sejurus wajahnya kelihatan serius.
Kebetulan malam itu adalah malam Jumaat, Wan Harun dan Yasmin telah besedia lebih awal menunggu masuk waktu maghrib. Azan berkumandang di masjid setengah kilometer dari situ. Semua tingkap dan pintu telah ditutup, Wan Harunpun segera melaungkan azan agak kuat dalam rumah, Villa Seriwani itu. Wan Harun kemudian mengimamkan solat maghrib, isteri dan anak-anak menjadi makmum. Setelah selesai zikir dan doa, Wan Harun berseru, " Wahai penghuni rumah ini, kami balik ke rumah kami nak tinggal disini, pergilah ketempat lain. Ini adalah rumah kami, kami nak tinggal disini." Tiga kali Wan Harun berseru demikian. Itulah seruan atau kata yang pernah di ajar oleh neneknya kalau kita pindah ke tempat atau rumah yang disyakki ada didiami makhluk halus. Kemudian dia membaca Ayatul Khursi berualang kali.
Bagi anak-anak pasangan tersebut mereka sudah tahu tentang seruan sebegitu dan tidak merasa apa-apa peliknya kerana mereka juga tahu rumah itu sudah lama kosong. Anak-anak pasangan ini tidak diajar takut akan keaadaan sedemikian. Namun Yasmin dan Wan Harun tidak pernah bercerita perihal yang rumah itu dianggap berpenghuni dan cerita-cerita bahawa saudaramara yang pernah pulang kerumah itu tidak berani bermalam disitu. Mereka juga tidak memberitahu kepada anak-anak mereka apa yang telah berlaku pada siang hari tadi.
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
*goosebumps!*
ReplyDeletesemakin exciting cerita ni!
p/s the two days meeting with german "kwai-loo" is cut short for one day only (i,e yesterday only) - so hari ni boleh lah have my cup of tea pagi-pagi hehehehe..
Look out! akan ada banyak meremang lagi! He, he, he.
ReplyDelete