Assalamualaikum! Lepas cuti 4 hari sekolah kami pun buka, masuk asrama Sabtu, kelas mula hari Ahad. Alhamdulillah semua pelajar-pelajar masuk semula tak ada casualty nampaknya setakat ini. Hanya seorang murid baru yang masuk lepas CNY ni, seorang lagi kami tak ambil dan 2 orang lagi kami expect besok atau lusa sebab mereka datang dari jauh nun seberang laut. Pelajar yang baru masuk ni namanya AR ibubapanya Dentist. Kesian dia! Sebelum ini dia telah dihantar ke sebuah sekolah swasta yang kurang standard sikit. Konon cerita di sekolah itu, makan hanya 3 kali sehari dan macam-macam lagi cerita yang menyayatkan. Tak baik lah saya nak coretkan hal tu disini nanti orang ingat nak burukan sekolah orang pula. Anyway masa dia datang tu nampak jelas dia telah mengalami trauma, matanya berair dan keadaannya nervous. Jadi kami telah cadangkan dia balik bercuti dirumahnya selama seminggu. Itu lah lepas CNY ibubapanya hantar masuk sekolah kami. Hari-hari ( dah 2 hari) saya pantau keadaannya, nampaknya dia dapat menyesuaikan diri dan makanpun berselera. Pak Haji obsrve AR pandai main bola sepak dipadang petang tadi.
Keadaan diMTAQSA adalah vibrant dan riang. Nampaknya pelajar-pelajar dah settled, mereka berlumba-lumba menghafal dan aktif semasa kelas subjek akademik. Pelajar-pelajar saperti Helmi, Azim, dan Izzat (sarawak) dah tak sebut nak balik kampung malahan mereka nampak tertib dan jinak dengan Pak Haji. Aniq dan Azreen, walaupun ada-ada je sebab kena denda (pushup or ketuk ketampi) mereka masih happy selalu je bertanya itu dan ini pada kami. Ramai lagi pelajar yang lain amat menyenangkan hati kami saperti Firdaus ( Brunei), Arham Irhami, Jawad, Fakhri, Ariffuddin and the girls sangat menyejukkan hati so far so good! Hati kami bahagia bila dengar ibubapa yang membertahu bahawa anak-anak mereka suka belajar disini. Ada yang tak sempat-sempat nak balik semula hari sabtu lepas cuti tu.
Hari ini saya semakin sibuk dari biasa menguruskan kotrak Dobi yang baru. Perkhidmatan Dobi dahulu tidak memuaskan ibubapa sebab uniform jubah putih pelajar tidak kelihatan putih berseri-seri. Ada lagi perkara lain yang ibubapa komplen jadi terpaksalah kami cari kedai dobi yang baru. Lain padang lain belalang jadi saya kena sediakan laundry basket dan plastic bags untuk perkhidmatan dobi baru ini. Kami juga kena ambil dan hantar pakaian ke Kedai itu. Jadi nampaknya makin bertambah sibuklah saya dan Pak Haji. Ni sedang nak cari pekerja all rounder yang boleh jadi driver, gardener and assistant sekali gus. He, he, siapa yang layak bolehlah fon mai sini. Jangan marah noooo!
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Masa dok asrama dulu, tak suka hantar dobi. Sebab ada aje yang hilang or tertukar. Terpaksalah basuh sendiri...
ReplyDeleteRunning a madrasah like yours involves lots of intergrity work. Macam2 nak kena buat ya....
Mamamia, sememangnya macam-macam kena buat saperti mendidk dan membesarkan anak-anak senderi. Seboleh-bolehnyanya nak memberi kapada mereka yang semuanya yang terbaik termasuk makanan, pakaian, riadah, sukan, guru-guru, pelajaran, didikan adab sopan dan pendedahan amalan agama dll.
ReplyDeleteinsyaAllah segala usaha dan penat lelah yang ikhlas akan di balas Allah juga.
ReplyDeleteOO, kerja ini penat tapi amat menyeronokkan. Dulu saya dan pak haji kerja siang malam,tungang-langgang (kata orang Kedah) tetapi banyak yang menyakitkan hati dan rasa kerugian masa dan tenaga.
ReplyDelete