Assalamualaikum! Pagi tadi pak haji pergi berjumpa dengan orang-orang korprat sebuah syarikat multi-nasional. Tujuan Pak haji pergi temujanji itu sebab nak pohon derma sebuah bas untuk sekolah kami. Dengan bilangan murid yang meningkat lebih 40 orang serta purata tambahan 2 orang setiap bulan, kami mengahadapi masaalah pengangkutan. Selama ini Pak haji mengangkut pelajar-pelajar menggunakan Hilux nya, kereta anak-anak yang kecil-kecil dan van jiran yang baik hati. Tiap malam pak haji berdoa agar ada hati yang akan terbuka untuk menderma Van atau Bas kepada sekolah kita. Semoga doa pak haji dimakhbulkan. Ameen!
Semalam mak teh tersangatlah 'touched' apabila kawan baik mak teh, Mazz yang sedang menunggu kelahiran cucu pertamanya telah menyatakan beliau sudah mencadangkan (menyatakan keinginannya) kepada anaknya bahawa bayi cucunya itu akan di hantar ke sekolah kami. Alhamdulillah ! Ada juga kawan yang pandang begitu tinggi terhadap usaha-usaha kami. Ye lah! Mak tehpun bukan nak rekomen apa-apa. Tetapi melihat keadaan dunia sekarang rasa mak teh sekolah jenis MTAQSA ini lah yang akan memberi sebaik-baik pembelajara ilmu dunia dan akhirat. Wallahua'lam !
Dan apabila bercadang nak hantar anak-anak ke sekolah jenis ini, hantarlah anak-anak yang pandai nescaya mereka akan jadi orang yang berguna di masa hadapan. Bayangkan dimasa hadapan anak cucu kita menjadi pemimpin yang bijak pandai seorang professional atau ulamak yang berpengetahuan luas. Alangkah bahagianya kita. Pendek kata kalau matipun boleh pejam mata! Baguskan?
Permit expired ! Dan kisah ibu tua
4 years ago
Ya betul tu Mak Teh! Dunia sekarang sudah terlalu rosak akibat banyak mengamalkan "pintu terbuka" dan tak ada tapisan langsung. Sangat risau kalau memikirkan bagaimanakah generasi akan datang mengharungi pancaroba dunia.
ReplyDeleteBagus kawan you, Mazz tu dah bercita-cita nak hantar cucu dia ke MTAQSA. Semoga kami juga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan Allah serta di bukakan jalan dapat menghantar semua anak2 kami ke MTAQSA nanti.
Semalam saya baru baca about one of the pelakons terkenal dulu sekarang dah fully embrace islamic life dan sekarang sdg belajar bersama2 anak2nya di syria. When people asked him how are his children going to get a job w/out SPM (sebab muda2 dah ke syria), dia jawab REZEKI DARI ALLAH! and how I love his answer!
Ramai yang terlupa REZEKI DARI ALLAH dan bukan dari degree yang canggih manggih. Of course, ilmu is important but ada orang memperkecil-kecilkan parents/students yang hantar anak2 dia mendalami ilmu agama ni.
I too, dulu berfikiran bahawa kalau sekolah agama saja nanti susah nak dapat kerja. Astaghfirullah. May be dulu choice tak banyak, kalau ambik agama, tak ada aliran science but now dah banyak pilihan. We now have our local Universiti Sains Islam kat Nilai.
Alhamdulillah, Allah bukakan hati kami. I believe getting to know is taqdir Allah swt. Allahu Akbar. Ada hikmah semuanya.
And about Pak Haji is working on the school bus, mudah-mudahan berhasil nanti. Ramai orang yang akan mendoakannya, insyaAllah.
Sorry, panjang pulak my response.
mak teh, elisa pun doa kan semoga sekolah makteh dapat bas :)
ReplyDeleteOO, nanti mak teh akan cerita di entry masa depan bagaimana mak teh dan pak haji di perlekehkan apabila menghantar anak-anak ke jalan agama ni. Kemudian bila buka sekolah ni banyaklah dugaan termasuk orang memandang enteng buat tak tahu je di kalangan keluarga.
ReplyDeletemak teh, I was meant to say "I believe getting to know YOU and PAK HAJI is taqdir Allah".
ReplyDeleteYes, please share the stories of you came about to set up MTAQSA and the challenges! I think I'd like to imagine the young generations who let's say become surgeons and before performing the surgery recites Holy Quran and when if the become in charge with the hospital managements they will impose islamic rules and lifestyle for eg:
after subuh, ada doa di baca thru speakers so that pesakit dalam ward boleh dengar doa-doa or ayat2 suci Al-Quran. Bahagia kalau macam tu.
I've read that there one owner of this particular factory in which producing halal products appointed one Hafiz to recite Al-Quran daily so that his workes can listen to ayat2 suci thru out the working day.
when the company interviewing worker candidates, they will ask whether tau solat, tau baca Al-Quran or not and they only take non-smokers.
MasyaAllah, if only our generations are going to become like this one, alangkah cantiknya. Mudah2an kan? Hopefully we can pasang the correct niat.
Asalamualaikum Mak Teh, I also felt touched when I read that you have included my plans to send my yet to be born cucu in your blog. Insyallah, itu memang niat I and I have expressed it to my daughter and son-in-law. Her response was "suka hati maklah" was non-commital, but I believe dengan berkat doa kita, Insyallah ia akan menjadi kenyataan one day.
ReplyDeleteI pun doakan that you and your Pak Haji's plan to get your van or school bas will materialise soon. Insyallah will contact you when I'm back from Labuan next week. Wassalam.
OO, tah syak lagi itulah Takhdir Allah memasukkan watak U dalam pentas hidup kami. Sama-samalah kita lihat bagaimana jalan ceritanya nanti.
ReplyDeletePelajar-pelajar kami diajar selalu berdoa dan bersolat hajat. Kami juga mentarbiahkan membentuk perangai dan perwatakan mereka sesuai dengan ajaran Islam. Insya-Allah mereka akan hidup dengan nilai-nilai murni.
Waalaikumsalam Mazz! You pecah rekod booking cucu you yang belum lahir masuk ke MTAQSA. Ramai dah ibu-bapa yang booking anak-anak mereka dari sekolah rendah darjah 1,2,3, nak masuk MTAQSA, tetapi sekarang cucu you lah yang termuda sekali. Alhamdulillah atas niat you yang murni itu. Insya-Allah akan dimakhbulkanNYA you akan mendapat seorang cucu yang soleh. Berdoa'lah dari sekarang semoga cucu yang akan dilahirkan itu selamat serta menjadi seorang yang soleh! Ameen!
ReplyDeleteElisa, maaf, semalam mak teh dah reply tetapi tak timbul pula. Thank you for your doa. Semoga dengan doa elisa dan semua yang mendoakan akan dimakhbulkan Allah.
ReplyDeleteSekolah agama dah membuktikan pada kami sekeluarga ianya memang membuahkan hasil yang baik. Semua anak-anak kami memulakan sekolah di sekolah agama , cuma sorang ke MRSM semasa di tg 4 dan sekarang sedang buat medic , masa I hantar anak-anak ke sekolah pondok, keluarga sendiri memperlekehkan kami, kami buat tak tau je, kemudian kami masukkan Zaid anak yang sulung ke sekolah tahfiz , lagi mereka mengata, bila nampak zaid dah menjadi baru mereka terima yang idea masukkan anak ke sekolah agama /tahfiz adalah yang terbaik... tapikan makteh, bila anak I tinggal 2 orang kat rumah, I tak sampai hati nak berjauhan, so I masukkan ke Al amin yang berhampiran dan tak duduk asrama... I need my two kids ni berada bersama di rumah..kalau tak I pun akan masukkan dia ke sekolah makteh.Teruskan amalan mulia makteh berdua,INsyaAllah termakbul semua cita-cita.
ReplyDeleteSarina, I rasa you ni angkatan adik I yang lepasan USA. Diapun hantar anak dia terus ke seklah agama/tahfiz.
ReplyDeleteSekolah yang you hantar anak you sekarang ni pun kira dah elok, cuma bezanya sekolah kami buat Al-Quran sebagai core subject 5 jam sehari pelajar-pelajar membuat Al-Quran. Kemudian matapelajaran agama ada 13 dan akademik ada 5 subjek asas dan kemahiran hidup. Kami juga pentingkan ko-kurikulum iaitu memanah, berkawad dan berenang. Di tingkatan 4 pelajar akan mengambil subjek yang releven dengan cita-cita mereka.
Maaf! mak teh berpendapat suruh anak tinggal dirumah kerana kita kesunyian adalah tidak berapa tepat. Anak-anak adalah kepunyaan Allah kita hanya diamanahkan. So kalau Allah nak ambil balik anak kita bila-bila masa saja. Maaf diatas menyuarakan pendapat ini.